July 14, 2018

Raya Berdua 2018


Raya Berdua 2018 | Assalamualaikum hi guys, habis dah raya, dan sha baru nak up entry hari raya haha..sha tersangat excited dapat beraya berdua bersama suami, InsyaAllah tahun depan raya bertiga dengan baby...

Tema raya tahun ini adalah peach, maklumlah raya pertama sebagai isteri, suami kena ikut tema hahaha..overall isteri yang kena plan everything sampailah sesi beli kain dan hantar tailor, memang harga baju raya lelaki lagi mahal dari perempuan kan? Huhh..tapi alhamdulilah my husband jenis yang masuk air ja..apa apa lah isteri dia buat yang penting isteri dia happy hahha.

Okey, raya pertama dirumah sha, rumah sha dengan kampung husband nda berapa jauh..dekat area sandakan juga..dibeluran drive pun hanya makan masa sejam sahaja..tiada gaduh gaduh macam dekat facebook tu hihi..so raya kedua boleh pergi kampung husband..tapi raya kedua rumah sha ada buat kenduri doa selamat..lagipun family husband tahun ni beraya dekat taman mawar, sandakan..so memang dekat sangat hihi.

Macam raya tahun sebelum ni, kerja hakiki sha tetap iron baju raya adik adik tambah 1 pasang baju raya suami haha..dan ingatkan sha tengah pregnant boleh skip kerja mencuci piring yang tegar rupanya huuuu...tapi it's ok haha..

Apapun sha terasa raya berdua bersama suami tahun ni best sangat haha..siap salam beremosi lepas solat raya tu hahaha..semoga ramadhan dan syawal tahun ni bermakna buat kita semua..

5 comments:

  1. comel ... next yr bertiag insya allah Sha.

    ReplyDelete
  2. comel je awak. semoga baby baik baik kat dalam tu <3

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah
    smg dipermudahkan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, nasib baik kampung husband tu dekat tu juga kan tiadalah berkejar sangat

    ReplyDelete
  5. wah. moga dipermudahkan ye ke arah nak bersalin.
    raya haji nanti dah bertiga ke, sha?
    good luck :) hi hi

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)