Suka Duka Sepanjang 2nd Trimester | Assalamualaikum guys, lama sha tak update entry mengandung, sha tersangat excited namun kekangan masa ditambah dengan awal bulan ini berpindah ke Quarters husband sha, so sangat terhad untuk sha online. untuk minggu ini kandungan sha telah pun memasuki 31 minggu, yeahhh..tapi nak story pasal suka duka sepanjang mengandung 2nd trimester, aishh lambat benar update nya ni haha..sokay, nanti baby dalam perut boleh baca bila dah besar nanti.
picture of early 3rd trimester
Semakin besar kandungan semakin rasa penat dan mudah letih, bangun dari tidur pun susah, sha kerap sakit belakang dan of course kerap kencing, haha tapi sejak sha pindah rumah baru, kerja-kerja pembersihan sha buat seorang diri, jadi memang tiada rasa lamanya masa nak berlalu.
Suka Duka Sepanjang 2nd Trimester sha disahkan ada kencing manis ketika mengandung, korang boleh baca Paras Gula Tinggi Ketika Mengandung menyebabkan air ketuban sha banyak that's why kandungan sha besar semacam ja, bila pergi klinik nak check up ramai cakap "dah nak tunggu hari ka?" sedangkan sha baru ja 6-7 bulan huhu..sha pergi tanya doktor, dia cakap oleh sebab badan sha kecil so normal lah kandungan nampak besar..eh yaka? tapi scan baby berat normal 1.2kg, cuma air ketuban ja yang banyak..so guys yang mengandung tu kena jaga permakanan ya.
Disebabkan sha ada kencing manis ketika mengandung, so rutin setiap bulan kena check up BSP, check kandungan gula dalam darah, bayangkan sha berklinik di batu 12, then sha sekarang tinggal di batu 5, jauh sangat nak kena ulang alik naik bas sendirian untuk check up doktor, sebab husband sha kerja, so sha okay ja check up sendirian..itu belum lagi kena checkup dengan nurse untuk review mengandung..huhu..tabahnya hati ummie lalui semua ni kan, baby hihi..harap semunya dipermudahkan sampailah sha bersalin.
Kelengkapan baby, sha pun belum prepare lagi, sebenarnya nak tunggu jantina baby baru beli barangan, even 1 helai pun belum beli lagi huhu, baru 1 set baju new born itupun dihadiahkan oleh cousin sha hihi, tapi sha dah risik-risik dah kedai jual kelengkapan baby, of course sha sangat excited nak beli, tapi mungkin belum masanya,,hihi
Jantina baby dah nampak, actually sha scan dekat klinik kerajaan every month, 1st scan tu jantina agak samar-samar, tapi doktor bagitahu juga baby girl, hurayy ada geng ummie bergosip nanti, tapi bila 2nd scan pula dah nampak 2 bulatan kecil hahaha, ok itu geng baba pula..nanti sha nak scan dekat klinik swasta, nak print untuk kenangan, dekat klinik kerajaan tiada print gambar huhu..tapi apapun jantinanya sha tak kisah, asal anak ummie lahir selamat dan sihat walafiat hendakNya.
Sejak 4-5 bulan lagi banyak dah pilihan nama ummie dan baba nak bagi dekat baby, hahaha excited lah kata kan..tapi belum ada yang kena lock lagi..insyaAllah soon
Semoga Allah permudahkan perjalanan baby nak jumpa ummi dia
Itu Sahaja entry saja-saja hihi
Sekian dari sha dan baby dalam perut hihi
semoga dipermudahkan urusan kelahiran.. semoga baby dan ibunya sihat selalu.. doakan isteri ejulz jugak k..
ReplyDeletetake care of yourself! mesti bby comel nanti hehe
ReplyDelete