August 28, 2018

Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80%

Menyambut Kemerdekaan dengan Lazada - Diskaun sehingga 80% | Assalamualaikum hi guys, beberapa hari lagi negara kita nak menyambut hari Merdeka yang ke 61 tahun, semestinya minggu patriotik ini, Lazada tidak ketinggalan untuk sama-sama Menyambut Kemerdekaan dengan memberi korang Diskaun sehingga 80%, wow !! korang dah boleh start cuci mata guys, jom kita tengok apa yang menarik ada pada Merdeka Sale Lazada 2018.


Bestnya ada Merdeka sale, haha, of coz lah guys, sha kan pregnant, now dah 35 weeks, memang akan beli persiapan barang baby dan barangan keperluan sendiri kena lagi waktu-waktu gaji husband tengah dalam perjalanan...mau tak penuh troli, haha..dan sha memang prefer beli secara online, senang nak pilih, boleh tengok sama ada ready stok atau tak, bandingkan harga, murah pun memang murah, pos pula berbaloi, kira macam beli untuk diri sendiri, happy la kan dapat parcel berganda-ganda dari abang pos laju :P

Aip, korang jangan ingat sale ni untuk barangan baby ja tau, banyak lagi barangan lain. Dan sempena menyambut kemerdekaan yang ke 61 tahun ini, kita up sikit barangan tempatan kita contohnya, Siti Khadijah menawarkan 20% diskaun bila korang beli barangan bernilai RM100. Boleh beli untuk pakai sendiri ataupun hadiahkan dekat mak or mak mertua, telekung pun design banyak yang baru sampai, harga pun ikut quality. Selain dari telekung, ada juga jubah, dress, beg mengikut trend sekarang, ahh cepat grab sekarang !!!


Satu lagi jenama tempatan yang tak asing lagi, korang memang akan kenal punya, Naelofar Hijab, ala pemilik jenama yang cute miut tulah , siapa lagi kalau bukan Neelofa, banyak fesyen dan color menarik untuk korang pilih, bukan setakat tudung sahaja, inner tudung dan sajada pun ada. Jadi korang beli barangan bernilai RM150 dari kedai ini korang akan dapat hadiah. wow kan?


Ada banyak lagi jenama tempatan yang korang boleh usha-usha di web site lazada, hanya klik LAZADA MERDEKA SALE dan mula cuci mata hihi, korang kena ingat tau, sale dari lazada sempena kemerdekaan ini hanya berlangsung mula hari ini 28 Ogos sahaja sehingga 31 Ogos 2018 sahaja..add cart siap siap !! hihi


Untuk memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan di Lazada, semestinya FLASH SALE dengan promosi sehingga 15% rebat guyss..owh nooo, sha ternampak dekat situ barangan baby yang murah haha..grab cepat-cepat sebabnya nanti melopong walaupun promo sehingga 31 Ogos pun barang yang dipamerkan berlainan mengikut tempoh sale, so korang tidak mungkin ada peluang untuk grab barang yang sama sob sob menangis dalam bilik haha...

Flash Sale bermula dari jam 9 pagi, 2 petang dan 7 malam, so alang-alang sha tiada kerja ni boleh lah set masa untuk online time merdeka sale di web site lazada kan..hihi..



Nak dapat voucher percuma? korang boleh dapatkan hanya dengan shake shake handphone sahaja, tapi Shake dan Win Vouchers Today hanya menggunakan Aplikasi di telephone pintar korang caranya mudah sahaja :-



Korang boleh mula Shake shake setiap hari pada jam 1 petang dan 9 malam sahaja, valid sampai 31 Ogos 2018 yaaa..disitu kalau korang bertuah akan menang voucher RM15, so boleh enjoy shopping puas-puas, make sure stay dalam page Lazada bila nak dekat time shake tu hihi, kalau malas nak cari dekat google play korang boleh terus scan gambar kod untuk download aplikasi Lazada.



Selamat menyambut kemerdekaan bersama Lazada, shopping barang yang perlu sahaja tau, jangan boros, dan jangan lupa grab voucher setiap hari..

1 comment:

  1. ohoooohoi boleh tahan promotion Lazada kali ni untuk Merdeka. ada jugakla few things dok target nak beli tengah sale =D

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)