September 6, 2018

Beli Beg Mummy 5 in 1 Murah di Shopee

September 06, 2018 7 Comments
Beli Beg Mummy 5 in 1 Murah di Shopee | Assalamualaikum entry kali ini saja-saja nak share pengalaman beli beg mummy 5 in 1 murah di shopee, untuk mommy to be macam sha, sha  sangat-sangat recommended korang beli beg ni untuk pergi bersalin dihospital nanti, ataupun nak berangkut ke klinik or pergi mana-mana bawa baju baby kan..senang packing.


Sha suka beli barangan di Shopee, mostly quality terbaik, penghantaran pun cepat dan harga terlebih murah berbanding beli dekat kedai, kecuali pos ke Sabah agak mahal sikit, tapi sekarang pun tengah ada diskaun untuk barangan RM35 keatas, so boleh diterima juga lah kan hihi.

Actually persiapan baby kena prepare seawal 7 bulan kan takut terberanak awal ja, so korang yang tengah pregnant tu boleh lah menghadap web site shopee, musim gaji time ni boleh cuci mata, at least kumpul barangan baby sikit-sikit, so bulan terakhir ni, sha beli Beli Beg Mummy 5 in 1 dengan harga RM30 plus postage ke Sabah RM8.00++ dan pilihan warna polkadot merah. Harga boleh murah lagi korang boleh survey dekat web site tu, tapi kebanyakannya postage mahal, so lebih kurang ja dengan harga sha dapat, kalau macam area semanjung memang free postage, untung korang haha.

ukuran beg


Beg mummy 5 in 1 termasuklah:- 

- 1 x Large Size Bag 
- 1 x Medium Size Bag 
- 1 x Changing Mat (Diaper Mat) 
- 1 x Bottle Warmer Bag 
- 1 x Food Bag



Quality beg memang terbaik, sha suka sebab tebal dan jahitannya pun kemas, warna menarik tapi husband sha cakap beg ni macam klasik ja, haha tak apala yang penting muat barang-barang baby :P, ada beberapa barang lagi sha purchase dekat shopee hari ini, barang baby dan barang sha, nanti ada masa sha review lagi ya.



Untuk beg mummy 5 in 1 ni sha beli dekat kedai sini boleh tengok komen pembeli termasuk sha mostly yang beli puas hati dengan quality beg, murah tak apa yang penting qualitynya terbaik kan..

September 5, 2018

Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018

September 05, 2018 8 Comments
Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018 | Assalamualaikum hi guys, ada tak yang tengah check kalender 2018, cari date yang sesuai untuk holiday dengan family? untunglah korang sha ni dah 35 minggu pregnant memang menunggu masa ja nak bersalin kan, jadi tengok ja korang plan bercuti sakan sob sob.. aipssss, iyakah sha tak boleh nak join plan sekali? ahhh ini sha nak share dekat korang Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018, menarik bukan???



Nak plan bercuti dimana ya?? cuti sekolah bulan 12 ni, mesti korang tengah fikir-fikir cari tempat yang sesuai, seiring dengan saranan kerajaan untuk menggalakan perlancongan dalam negara, habiskan dulu melancong dalam negara, gali lagi keindahan dan terokai kelainan disetiap negeri dalam Malaysia, korang dah pernah pergi Sabah? kalau nak tenangkan pikiran, kot-kot lah kan ada yang baru putus cinta haha, eh pengantin baru nak honeymoon ka, atau yang nak release kan tension dengan kesibukan kota, korang boleh melancong di Sabah, high recommended ! 

Kalau korang nak tahu, Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan penginapan hotel terkemuka di Asia Tenggara. Jadi, kalau korang sedang merancang percutian hebat dan jimat, pilih sahaja Traveloka, sebabnya, tiada harga tersembunyi, harga yang dipamerkan sudah termasuk tax dan cas lain. Yang paling bestnya korang boleh survey tiket murah dan tengok rate bilik yang sesuai dengan isi dompet korang hihi, hanya melalui laman web Traveloka ataupun melalui aplikasi sahaja guys..simple kan? review pasal hotel itu korang pun boleh tengok sama, of cos lah baca review tu penting, kalau macam sha dapat menyakinkan 100% untuk tempah bilik tu berdasarkan pengalaman orang lain, siapa macam ni kita geng hahaha.

Bagi tempahan penginapan bilik hotel melalui Traveloka, jaminan untuk korang stay, mana lah tau kan ada masalah time tempahan ka? bilik ada masalah, mesti stress kan, mau-mau hilang mood bercuti haha..jangan risau Traveloka akan tolong korang selesaikan masalah ini, diorang akan syorkan korang bilik hotel yang sama tanpa sebarang cas pun. Ataupun duit akan dikembalikan. Win win situation bak kata orang putih.

Mari sha share dekat korang Cara download Aplikasi Traveloka
1. Pergi ke Google Play / App Store di handphone korang
2. Cari aplikasi Traveloka dan download

Ok berbalik kepada topik cari date yang sesuai untuk holiday bersama family, sha pun nak juga..haha jadi sha pun boleh booking start dari 4 September hingga 10 September 2018 ke mana sahaja sha nak bawa family sha, memandangkan sejak pregnant ni sha langsung tiada jalan-jalan, more to saving la katakan,hahaha so sha plan nak cari satu date, tunggu baby keluar dulu lah haha, maybe dalam tahun depan, cuti tahun baru cina awal bulan 2 bolehlah melancong dalam atau mungkin luar negara, siapa tahu termakbul hahaha, sesuai sangat dengan tajuk entry ni Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Lagi satu, tempoh perjalanan anytime guysss..asalkan korang sudah booking siap-siap ya, lambat korang juga yang melopong..

Lagi cepat korang booking, on the spot juga Traveloka akan bagi korang Diskaun kupon 8% atau sehingga RM40 untuk tiket penerbangan. Tertakluk kepada terma dan syarat, tak semua syarikat penerbangan yang terlibat sahaja guys, oklah daripada tiada kan haha..eh RM40 tu kalau tiket flight RM100 korang hanya bayar RM60 sahaja tau, tiada cas tersembunyi, save banyak dekat situ, tapi korang kena cek betul-betul juga tu, ala senang ja korang boleh download aplikasi Traveloka, online anytime and everywhere gituuu..bestnyalah sudahlah kena bagi kupon diskaun tambahan 8% atau sehingga RM40, Traveloka tiada cas pun untuk booking fee..double wow..haha

Korang pernah pergi Matta Fair tak? sha kalau dekat sabah event begini memang kurang pendedahan  sikit, tapi setahu sha lah kan, Matta Fair adalah event yang menghimpunkan pelbagai syarikat penerbangan dalam dan luar negara mengikut pakej yang korang nak, jimat pun jimat guys..setahun 2 kali diadakan, bulan March dan September, so dekat event itu korang bolehlah survey mana yang best untuk percutian korang.Jadi sesuai bah kan kalau sha nak katakan Traveloka Sale-abration kali ini sangat berbaloi seakan-akan Matta Fair 2018. Sebabnya korang boleh jimat lebih hihi. 

Pasal payment pula, semuanya dihujung jari korang, hanya klik dan bayar,  Traveloka dah banyak deal dengan lebih 15 bank-bank ada dalam Malaysia melalui internet banking dan termasuklah payment melalui Visa dan Mastercard, sha baru tahu boleh bayar di 7-eleven haha, oklah semua tempat sekarang dah ada kedai 24jam ni, memudahkan korang kalau tak sempat bayar online kan.

So apa lagi asalan korang untuk tidak bawa family dan orang yang tersayang untuk pergi melancong??? Rancang Perjalanan, Tempah sekarang dan Terbang bila-bila masa dengan Traveloka Sale-abration dan Matta Fair 2018. Selamat bercuti :)

September 1, 2018

Due Date Semakin Hampir

September 01, 2018 6 Comments
Due Date Semakin Hampir | Assalamualaikum hi september, kejap sahaja dah masuk bulan 9, due date sha 3 October ngekkkk, cepatnya masa berlalu, sha sekarang dah 35 minggu 2 hari, minggu depan 9 bulan, owwww betul-betul tidak terasa cepatnya berlalu, terasa baru kejap tadi check pregnancy test hahaha..

Image result for due date pregnant

Banyak sangat pengalaman sebagai ibu mengandung sha lalui, mostly yg manis manis sahaja, sampai kena kencing manis on diet hahaha, moga baby sihat walafiat, ummie sangat excited menanti kelahiran putera sulung ummie ni, perut pun semakin berat nak bawa, guys cuba korang bayangkan pendek sha 153cm ja dengan current weight 65kg hahahaha..ukur lilit perut 42" hahaha..comel macam penguin gitu..

pstt, dorang cakap 1st baby memang cepat ja bersalin, iyakah? oklah kalau bersalin awal, means tunggu baby fully matang dalam 37 weeks, sebab sha dah start susah nak tidur, nak bangun, nak itu dan ini, hopely sangat bersalin nanti mudah..amin..

guys, korang doakan sha tau..dup dap dup dap pula hahha..