Tembuni Putus Selepas Melahirkan Edan | Assalamualaikum hi guys, seram tak tajuk entry ni, seram sejuk ja sha nak story dekat korang, tembuni putus selepas melahirkan edan, ini adalah sambungan dari cerita edan dilahirkan dalam entry ini, pengorbanan ibu harungi sakitnya kontraksi, sakitnya melahirkan seorang anak, tak tahulah kenapa pembuangan bayi masih berleluasa huhu.
Selepas baby edan dilahirkan, anduh bah comelnya baby edan lahir 3.36kg, panjangnya 49cm hahaha, putih bersih dia lahir, angkat ja terus berak baby edan, diletakkan didada sha untuk sesi perkenalan dengan umie dia, "assalamualaikum baby" sejuk hati umie bila tengok baby dalam kandungan 38minggu 4hari keluar dari perut umie dan berdepan mata dengan umie, moment terindah guyss..alhamdulilah..syukur nikmat Allah selamat juga sha melahirkan..walaupun sakit itu masih ada, sha yakin sakit itu penghapus dosa.
Tapi selepas sesi perkenalan dengan baby edan, baby pun diangkat untuk dimandikan, dan mulalah proses mengeluarkan tembuni, tiba-tiba bidan cakap tembuni halus, susah nak pegang, bila tarik tembuni putus, Ya Allah, tak tahu nak cakap apa, bidan careless atau apa, sha dah tengah layan perasaan lega melahirkan sebab taklah sakit sangat, tiba-tiba kena berdepan dengan masalah tembuni putus. Jadi sedaya upaya bidan mengeluarkan tembuni tu, apalagi dia celuklah masuk dalam, sha pun dah lupa berapa lama proses pengeluaran tembuni tu, sha follow ja bidan tu suruh berdehem dengan kuat sambil dia tekan perut sha, bila dah keluar masalah pendarahan pula.
Banyak darah sha keluar, sebab koyak besar kan, so kena hentikan pendarahan baru boleh jahit, dalam labour room pun sha tinggal sorang ja, doktor silih ganti tengok keadaan sha, baby edan senyap ja tunggu umie dia dekat katil pemanas lampu biru.
Bila sudah selesai, sesi menjahit pula, aduhai, dijahit hidup-hidup, sha dahlah lemas lepas bersalin, kena meraung sekali lagi sebab sakitnya dijahit 3 lapisan, lapisan terakhir of course bahagian luar tu punyalah sakit, gas penyedut tu pun tak tahu berapa kali sha sedut, Allah sahaja yang tahu bertapa sakitnya dijahit, sha teriak berkali-kali suruh doktor berhenti sebab sakit sangat, sekarang pun masih terasa sakitnya, huhu..doktor tak layan sha, sebab doktor tu memang bengis, sha faham dia mau cepat habiskan menjahit, mesti dia kesian tengok sha dijahit tanpa bius, bila sha minta dibius dia cakap tak boleh takut kena jangkitan dengan redhanya sha tunggu sampai doktor habis menjahit dengan meraung tak henti-henti.
Alhamdulilah azab dijahit hidup hidup sudah selesai, 3 doktor bersilih ganti menjahit bahagian sulit sha, tak apalah yang penting selamat dan tak mahu dijahit sudah, dari jam 4.20 pagi lepas lahirkan edan, sha keluar labour room jam 7.00 pagi, masa melawat dah habis, husband sha dari semalam tak henti call, sha pun dah lupa nak bagitahu dia yang sha dah bersalin.
Sampai ja dikatil, sha nak tidur sangat, 1 malam sha tiada tidur sebab melayan sakitnya kontraksi, tapi sha belum jumpa baby edan lagi, tunggu punya tunggu, baby edan terpaksa ditahan sebab nak cek darah untuk gula, sampai ja baby sha rasa penat semua hilang, hi baby..panggil husband azan kan baby, bila nampak husband takut-takut nak pegang baby kali pertama, terjatuh air mata sha, "b dah jadi seorang ayah, sayang pun dah jadi seorang umie, semoga kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak kita"
Husband namakan baby edan dengan nama Muhammad Fyirdhan Uthman Bin Mohd Azrin dengan maksudnya, Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang Istimewa, semoga baby edan membesar dengan sihat walafiat, dipermudahkan rezeki, jadi anak yang soleh, dengar cakap umie sama baba..
Terima kasih kepada doktor dan nurse yang terlibat dalam proses kelahiran baby edan pada 24 September 2018 di Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan..edan sayang korang sangat-sangat
Allahuakbar..besarnya pengorbnan awak sha..huhu
ReplyDeleteSlamat brpntang mummy! Congrats again!
ReplyDeleteAllah.. seram baca pengalaman Sha.. [Sama pula nama panggilan kita.. :)].. Pengalaman kan Sha.. Alhamdulillah semuanya dah selesai.. semoga Sha dan baby edan sentiasa dalam kesihatan yang baik.. Aamiin..
ReplyDeleteAllahuakhbar..kak yang baca ni po terasa ngilu2 ni
ReplyDeleteAlhamdulillah ...sejuk hati melihat baby kan
ReplyDeleteCabaran bersalin kan sha ..
ReplyDeletegosok-gosok perut Sis membacanyaa..
ReplyDeleteMoga Allah gantikan pengorbananmu dengan anak-anak yang soleh dan solehah nanti..aamiinn
nanges pula aku baca entry ne Sha...ya Allah, sakitnya tu mcm aku pula terasa.
ReplyDeleteTahniah Sha & Azrin. Peluk cium tuk baby Edan.
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)