December 18, 2018

Cara Rawat Pusat Bayi yang Timbul

December 18, 2018 2 Comments
Cara Rawat Pusat Bayi yang Timbul | Assalamualaikum guys, normal bagi bayi yang baru jatuh tali pusat, mengalami pusat yang timbul, tapi ini adalah tanda awal bagi penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi adalah hernia. Insyallah dengan entry ini bermanfaat buat ibu-ibu yang belum ada pengalaman pusat bayi terkeluar macam sha juga untuk buat rujukan adik edan nanti hihi, 


Kenali Apa Itu Hernia?


Apa  itu Hernia, bagi bahasa kampung adalah angin pasang, atau benjolan yang tidak normal pada organ dalaman bayi, korang boleh rujuk web ini untuk info tentang hernia --> Kenali Jenis Hernia, pusat bayi terkeluar kita dengar macam rasa ngeri ja kan, tapi sebenarnya pusat bayi terkeluar ini boleh dirawat dengan cara yang senang, ada juga pusat bayi perempuan timbul, ianya normal sebab bayi kan baru bercerai tali pusat, ibu jangan risau ya.

Sejak edan lahir, mak mertua sha yang urus edan mandi, kalau belum jatuh tali pusat sha memang tidak berani sentuh pusatnya, apatah lagi memandikan edan, maafkan umie, wahai anakku..haha errghh seram pegang tali pusat bayi yang belum putus tauu, jadi untuk jatuhkan tali pusat edan hanya menggunakan ubat cecair yang dibekalkan oleh pihak hospital, seingat sha dalam seminggu juga tali pusat edan jatuh

Bak kata orang tua-tua, lambat tali pusat jatuh maka anak itu keras kepala, biasanya tali pusat jatuh ambil masa 3-4hari, wallahualam, insyaAllah perangai seseorang tu tiada kena mengena dengan tali pusat dia 

Cara Rawat Pusat Bayi Timbul 


Sha ada join group Facebook Info Ibu Hamil, sejak mengandungkan edan, memang banyak tips sebelum, semasa dan selepas bersalin, salah satu cara rawat pusat bayi yang timbul sha dapat dari group ini, iaitu lekapkan duit syiling pada pusat bayi timbul selepas mandi pada siang dan malam, buka semasa mandi sahaja, Insya Allah berkesan, tapi sha letakkan kapas terlebih dahulu sebelum lekapkan pada pusat edan, sebabnya duit syiling kan sejuk, takut kembong pula perut edan


Semasa bersalin, sha ada try set bersalin Afiat, set ini termasuklah pati Afiat Balm, sha panggil ubat hijau hihi, sebab dia warna hijau, ini untuk ubat pusat..lepas mandi sha akan letakkan ubat hijau ini dulu baru letak duit syiling, tapi duit syiling tu sha lekapkan dalam 2 minggu saja, sebab sha amalkan cara di bawah ni

Image result for ubat pusat afiat
pic credit to google

Selepas mandi mesti badan rasa sejuk ja kan, so sha letakkan air panas pada botol tupperware lepas tu panaskan tangan dan letakkan pada perut edan, ulang dalam 3 kali lepas tu letakkan ubat hijau ni, alhamdulilah pusat edan dah tak timbul sejak umur dia 2 bulan lebih, tapi pandai juga timbul balik tanda dia sakit perut.

Orang tua-tua, dorang guna cara panaskan perut menggunakan lilin dan pemetik api, sha malas kotor-kotor dengan lilin haha, sebab edan pernah kena titisan air lilin tu, jadi tak safe kan..so guna cara atas lebih senang.


Amalkan sampai pusat dah tak timbul, selain tu korang boleh selawat sambil usap-usap perut si manja, pasti dorang selesa..selamat mencuba

Mana tau korang ada tips cara korang rawat pusat bayi yang timbul, boleh share dengan sha :)

December 11, 2018

IC Saya Digunakan Tipu Bisnes Cadar

December 11, 2018 7 Comments
IC Saya Digunakan Tipu Bisnes Cadar| Assalamualaikum guys marah betul dengan seorang peniaga online yang gunakan IC orang lain untuk buat bisnes..eh ko makan duit haram lah..takkan kemana juga rezeki haram ko dapat tu..aishh geram nyaaa


Ok sha mengaku pernah upload gambar ic pada tahun 2012 macam tu..since dah lama sha dah lupa entry tu dekat mana..cari tak jumpa..dekat google just ada gambar ja..link tiada so susah nak padam dah sha syak orang itu pick up randomly dekat google.

Nak dijadikan cerita..customer peniaga tu chat sha dekat FB tapi sha lambat respond..batery low bat time tu..then dia chat husband sha memandangkan status kitaorang married dekat FB so dia chat dekat whatsapp (husband sha penjual cuckoo area sandakan..korang boleh follow dia kalau nak apply penapis air/udara hihi FB : Mohd Azrin Abd Rahman)


Customer tu bagitahu  ic sha dan tanya sama ada sha ni penjual cadar, murah gilerr RM150 3pcs bukan cadar biasa ya..korang boleh tengok dekat fan page --> star market, ramai dah orang kena tipu transfer online dekat dia then blok dia..apatah lagi dia percayakan customer dia guna ic sha..


Sha pun pada hari itu juga pergi buat laporan polis untuk self-defense, sampaikan ada satu customer yang dia tipu dah bank in dalam rm600 chat sha cakap bukan-bukan aishh kalau ia pun marah please jangan babitkan anak dan suami saya..saya sendiri tidak bersalah apatah lagi mereka..so fikir baik2 sebelum keluarkannya..maaf bole diterima tapi tetap menyinggung perasaan orang tau.

So sha seru dekat kawan-kawan blogger tolong sha report dan komen dekat page star market supaya tiada lagi orang yang tertipu dengan peniaga online ni..

Difahamkan sehingga kini dia masih aktif berjualan..

Kepada peniaga tu..Ko dapat duit yang banyak didunia..tapi ko jawablah nanti cara ko dapat duit haram tu dekat akhirat nanti

December 8, 2018

Anakku Ikut Muka Babanya

December 08, 2018 2 Comments
Anakku Ikut Muka Babanya | Assalamualaikum hi guys hihi, lagi cerita pasal edan, sejak lahir lagi semua orang cakap muka edan sebijik macam muka babanya, kecuali lesung pipit dikedua pipinya, itu ikut umie haha, baba dulu masa lahir pun putih, tapi lawan lah putih dengan umie :P so memang orang akan cakap putih edan ikut umie, tapi nyata lagi bersuluh, anakku ikut muka babanya huhu



Sha tak kisahlah edan ikut muka babanya, jangan ikut muka song jong ki pula, kang marah baba nanti haha, ala sha bukannya suka tengok korea pun time mengandungkan edan, tapi sha suka tengok mawar rasyid, sampai sekarang suka tengok dia..cantik kan dia, alhamdulilah sekarang dia pun tengah mengandung, dia suka tengok sha tak time dia mengandung? hahaha kenal pun takk :P

Berbalik pada topik muka ikut baba nya, ada sesetengah bangsa dekat Sabah mengatakan kalau anak lelaki sama muka dengan baba nya = panas, dalam pemahaman sha, anak akan ikut perangai bapanya, kalau bapa seorang pemarah maka mewarisilah sifat tersebut, maafkan sha kalau maksud tak sama, hihi, jadi diorang cakap anak tadi tu kena jual dekat orang, macam contohnya edan ni kan sama muka dengan baba, jadi sha jual edan dekat aunty edan dengan harga RM1, untuk kasih lepas syarat ja, tapi sha tak pasti pula kalau betul ka tidak nya haha, sha belum try lagi 

Dan ada juga sha dengar kalau anak ikut muka babanya, maksudnya cinta baba tu lebih kuat dekat umie hahaha, gelak jantan jap..tapi kalau betul pun apa salahnya kan, bagus lagi cinta baba kuat dekat umie dari dekat orang lain?? ahh naya kauu..

Update edan hari ni dah 2bulan 2 minggu, berat dah 6kg hahaha, tapi kan best tau ada anak ni, rasa sejuk ja hati tengok dia membesar, lagi-lagi edan ni dah besar sikit banyak ragam buat kita tercuit hati, sekarang dah pandai berbual, tengok siling pun boleh ketawa sendiri apatah lagi time tidur pun boleh senyum, alahai anakk..

Sekarang pun tengah senyum-senyum dalam tidur, kantoi eh umie sedang membawang edan hahaha..kalau edan besar nanti boleh baca blog umie, umie sayang edan sangat-sangat..

December 7, 2018

Nak Bagi Hadiah Apa Dekat Mom To Be?

December 07, 2018 0 Comments
Nak Bagi Hadiah Apa Dekat Mom To Be? | Assalamualaikum, hi guys rasa senang sikit nak update blog bila edan dah tidur haha..sebelum kejap lagi dia bangun bagus sha siapkan cepat-cepat entry ni, mesti ada kawan korang yang tengah mengandung, lagi-lagi anak pertama, al maklumlah tahun ni ramai sangat ibu mengandung alhamdulilah, best kan..sha pula terlebih excited nak share dekat korang lubuk hadiah untuk mom to be.


Eh entry ni khas untuk semua tau, sha cuma highlight mom to be sebabkan dalam website yang sha nak story ni, banyak sangat gift mencuit hati yang korang boleh hadiahkan lagi-lagi mom to be tak semua barang baby dia ada, mostly orang akan hadiahkan baju, boleh ja kalau nak hadiahkan baju, tapi dekat website ni boleh custom baju dengan nama baby tersebut, ahh rare sikit hadiah korang tu (sha nak satu boleh?) hahaha..


 >> Lovingly Signed << 

Lovingly Signed adalah salah satu laman web terkemuka di Singapore yang menampilkan pelbagai barangan baby diseluruh dunia, dalam masa yang sama, mereka tolong korang bungkus cantik-cantik parcel korang, then hantar depan rumah, sangat sesuai untuk korang surprise kan kawan baik korang yang tengah mengandung ataupun baru bersalin, mesti happy dapat hadiah kan hahaha.

Keunikan daripada Lovingly Signed selain dari service bungkus hadiah, juga menarik hati pembeli terutamanya mak mak yang sukakan warna pastel yakni warna lembut, rasa nak add cart ja kan haha..lagi-lagi warna pink tu aduhai tak tahan umie nak belinya haha..




Sempena Hari Natal bulan ini setiap pembelian SG$100 korang akan dapat Patung Santa Claus, boleh simpan buat kenangan atau bagi dekat anak kawan yang non muslim, dekat Sabah ni kawan akan jemput raihkan sekali Hari Natal, so boleh hadiahkan barang dekat web site ini, settled masalah nak bagi hadiah apa dekat dorang kan hihi.

Dah selesai pilih barang, untuk penghantaran, percuma ja di Singapore, ambil masa dalam 4-5hari sampai, manakala penghantaran percuma juga bagi antarabangsa jika tempahan tersebut lebih dari SGD250 dan ambil masa 4-8 hari sampai depan pintu rumah korang

Risau barang tak ngam? Lovingly Signed juga menawarkan pulangan barang mengikut terma dan syarat korang boleh rujuk dekat link web tersebut. Rasa macam bestnya kalau ada Lovingly Signed dekat Malaysian kan, kot dia berkenan nak belikan baju untuk edan kan..hihi

Laman web : Lovingly Signed 
Facebook : @lovinglysigned 
Instagram : lovinglysigned



December 5, 2018

Rezeki Mengandung Serentak 3 Kawan Baik

December 05, 2018 1 Comments
Rezeki Mengandung Serentak 3 Kawan Baik | Assalamualaikum macam funny ja tajuk entry sha tapi korang..betul tauu mengandung secara serentak 3 kawab baik ni kira macan bff goals la kann..ka terjangkit? Ni sha nak share dekat korang bukan story orang tau..ini happen dekat sha dan kawan kawan hahaha

Kisah ini adalah benar ya..sha dan kawan lepas ja sha kahwin terus pergi berurut..jadi kami pergi bertiga..dorang dua ni dah memang kahwin dulu dari sha..yang tengah tu nama daya..yang tepi dia nama is, daya dah 3 anak..lama dah kahwin anak bungsu pun dah 2tahun time tu..is pula kahwin awal 4bulan dari sha. Jadi planning pergi berurut tempat bidan tak silap sha awal tahun tu sebab sha kahwin bulan 12 tahun lalu. Nak perbetulkan rahim kononnya hahaha..

Nak dijadikan cerita awal bulan 2 sha dapat tahu sha mengandung..lepas beberapa minggu pula khabar gembira dari is pun mengandung juga haha..masih ok lagi tu..then terkejut pula daya turut join kami sama haha..rezeki Allah alhamdulilah..

Kalau ada siapa2 nak cuba khidmat bidan ni tuk iktihar mengandung..dengan izin Allah..area sandakan sabah boleh pm sha ya.

Dan kini kami bertiga selamat melahirkan anak berderet ja edan bulan 9, sazie bulan 10, adrian bulan 11..haha..semua baby boy tauu..semoga mereka ini sihat walafiat dan jadi anak yg soleh dan sekali gus jadi bff macam mommy mereka insyaAllah

Releks ja edan kena ambil gambar hahaha