Cara Rawat Pusat Bayi yang Timbul | Assalamualaikum guys, normal bagi bayi yang baru jatuh tali pusat, mengalami pusat yang timbul, tapi ini adalah tanda awal bagi penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi adalah hernia. Insyallah dengan entry ini bermanfaat buat ibu-ibu yang belum ada pengalaman pusat bayi terkeluar macam sha juga untuk buat rujukan adik edan nanti hihi,
Kenali Apa Itu Hernia?
Apa itu Hernia, bagi bahasa kampung adalah angin pasang, atau benjolan yang tidak normal pada organ dalaman bayi, korang boleh rujuk web ini untuk info tentang hernia --> Kenali Jenis Hernia, pusat bayi terkeluar kita dengar macam rasa ngeri ja kan, tapi sebenarnya pusat bayi terkeluar ini boleh dirawat dengan cara yang senang, ada juga pusat bayi perempuan timbul, ianya normal sebab bayi kan baru bercerai tali pusat, ibu jangan risau ya.
Sejak edan lahir, mak mertua sha yang urus edan mandi, kalau belum jatuh tali pusat sha memang tidak berani sentuh pusatnya, apatah lagi memandikan edan, maafkan umie, wahai anakku..haha errghh seram pegang tali pusat bayi yang belum putus tauu, jadi untuk jatuhkan tali pusat edan hanya menggunakan ubat cecair yang dibekalkan oleh pihak hospital, seingat sha dalam seminggu juga tali pusat edan jatuh
Bak kata orang tua-tua, lambat tali pusat jatuh maka anak itu keras kepala, biasanya tali pusat jatuh ambil masa 3-4hari, wallahualam, insyaAllah perangai seseorang tu tiada kena mengena dengan tali pusat dia
Cara Rawat Pusat Bayi Timbul
Sha ada join group Facebook Info Ibu Hamil, sejak mengandungkan edan, memang banyak tips sebelum, semasa dan selepas bersalin, salah satu cara rawat pusat bayi yang timbul sha dapat dari group ini, iaitu lekapkan duit syiling pada pusat bayi timbul selepas mandi pada siang dan malam, buka semasa mandi sahaja, Insya Allah berkesan, tapi sha letakkan kapas terlebih dahulu sebelum lekapkan pada pusat edan, sebabnya duit syiling kan sejuk, takut kembong pula perut edan
Semasa bersalin, sha ada try set bersalin Afiat, set ini termasuklah pati Afiat Balm, sha panggil ubat hijau hihi, sebab dia warna hijau, ini untuk ubat pusat..lepas mandi sha akan letakkan ubat hijau ini dulu baru letak duit syiling, tapi duit syiling tu sha lekapkan dalam 2 minggu saja, sebab sha amalkan cara di bawah ni
pic credit to google
Selepas mandi mesti badan rasa sejuk ja kan, so sha letakkan air panas pada botol tupperware lepas tu panaskan tangan dan letakkan pada perut edan, ulang dalam 3 kali lepas tu letakkan ubat hijau ni, alhamdulilah pusat edan dah tak timbul sejak umur dia 2 bulan lebih, tapi pandai juga timbul balik tanda dia sakit perut.
Orang tua-tua, dorang guna cara panaskan perut menggunakan lilin dan pemetik api, sha malas kotor-kotor dengan lilin haha, sebab edan pernah kena titisan air lilin tu, jadi tak safe kan..so guna cara atas lebih senang.
Amalkan sampai pusat dah tak timbul, selain tu korang boleh selawat sambil usap-usap perut si manja, pasti dorang selesa..selamat mencuba
Mana tau korang ada tips cara korang rawat pusat bayi yang timbul, boleh share dengan sha :)
good sharing..:)
ReplyDeleteArtikel Yang Sangat Menarik,Kunjungi Website Saya Please Jasa cleaning service
ReplyDelete