December 31, 2019

Top 5 Malaysian Street Food Inspired from Chinese

December 31, 2019 1 Comments


Top 5 Malaysian Street Food Inspired from Chinese | Assalamualaikum, cerita pasal makanan, Malaysia memang sangat terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan, tidak kira kaum Melayu, India Dan Cina, semuanya sedap-sedap belaka, namun orang muslim payah sikit nak makan makanan dari kaum Cina sebab kebanyakannya bukan halal, tapi sekarang korang jalan ja dekat tamu pasar malam memang akan nampak signboard Chinese Muslim Halal Food..

Jadi sha nak list dekat korang makanan yang korang boleh dapat dekat tamu pasar malam am nya..memang banyak jenis makanan Cina, kenapa pula sha pilih makanan kaum Cina? ala kan tak lama lagi Tahun Baru Cina, so kita up sikit makanan kegemaran sha versi Cina punya..hihi

1. Kung fu Ramen - Sha suka sangat dengan ramen ni, selain dari buatan Cina Muslim, ianya dihasilkan 100% menggunakan tangan..sha suka makan memang my favourite tau,  rasa asli mee tarik ini memang sedap..yang ayam BBQ pun satu gabungan yang mantop..sha selalu makan dekat Giant Kolombong, disitu hanya ada satu-satunya kedai kungfu ramen dibuka, nak order kena banyak jawab soalan..haha sebab banyak sangat jenis mee, ada lebar, ada nipis..dan mee tersebut akan dibuat depan mata korang..ahh siap berkungfu pakcik Cina tu..lambat sikit tunggu tapi enjoy..sampai ja makanan terus tak pandang tepi dah..sedap sangat.

pic credit to google

2. Dim Sum - Siapa tak kenal makanan ni dia rugi, haha..even di pasar malam pun banyak ja Cina Muslim jual ni dengan pelbagai bentuk dan rasa..saiznya kecil saja tapi bila dah masuk dalam mulut..punya sedap..lagi satu, orang Cina lebih suka makan Dim Sum bersama Teh,Yam cha maksudnya minum teh hihi..Sha selalu makan dekat kedai Fook Yuen di Kolombong, time kerja dulu selalu tapau sebelum pergi kerja, memang mengoda betul dim sum ni, banyak sangat pilihan, saiz bentuk dan rupa..

Image result for dim sum
pic credit to google

3. Keow Teow - atau dikenali sebagai Wat Dan Hor adalah makanan Cina yang sangat lazim, keow teow ada berbagai jenis masakan, iaitu basah dan gorang, selain mee kasar, ayam/udang dan sayuran juga disertakan. Tambahan dengan adanya telur menjadikan masakan ini bertambah pekat dan sedap. Makanan ni sudah menjadi menu lazim dekat mana-mana restoran, sha memang suka makan keow teow ni even dikedai India pun kita boleh dapat.

Image result for kuey teow basah sabah

4. Asam Laksa - ok ini korang selalu sangat makan, lagi-lagi dekat warung tepi jalan tu memang akan sedia satu kerusi dan meja untuk kita menikmati kelazatan laksa..aduhai..terasa di hujung lidah pedas-pedas laksa ni haha..Asam Laksa versi Cina ni ada rasa masam, manis dan pedas, sangat seimbang rasanya bila sekali hirup..

Image result for laksa cina
pic credit to google

5. Mee Kari - Eh jangan cakap kari hanya kegunaan kaum India saja, masakan Cina pun ada letak kari..biasanya mee kari atau mee berkuah ini dalam Bahasa Cina dipanggil hokkien mee tapi seriously sha memang pengemar masak kari..mee kari adalah pilihan terbaik kalau korang tak tahu nak lunch apa..mee kari dekat Sabah, lebih suka pakai bihun, rasanya lebih enak..


Image may contain: food
pic credit to google


Sha tambah 1 minuman haha, dah alang-alang makan yang sedap-sedap apa kata korang minum jus Lai Chi Kang untuk redakan panas dalam badan, seharian berjalan tengah panas, bak satu jus ni..memang sedap..bahan-bahan dalam ni memang untuk menyejukkan badan.

Image result for minuman buang panas cina
pic credit to google

Kadang-kadang tak sempat nak keluar makan, lidah pula nak makanan dalam entry sha..haha..adui sha jadi rasa bersalah pula, korang jangan skip makan pula ya, boleh ja order online dekat CHINESE FOOD disana banyak sangat pilihan makanan yang korang nak makan.

Cepat-cepat download aplikasi Food Panda ditelephone korang sekarang, ini aplikasi paling wajib ada di handphone sha, al maklumlah sha ni ibu yang menyusukan cepat sangat lapar, demand pula nak makan sedap-sedap, lagi satu sha kalau siang memang tiada masa nak keluar, baba edan pula kerja, senang ja ada Food Panda boleh tolong hantar sampai rumah sebab Food Panda ni bagi sha fast food delivery Malaysia..terbaikk

December 30, 2019

Link Sample Susu Percuma

December 30, 2019 4 Comments
Link Sample Susu Percuma | Assalamualaikum mommy out there, mesti korang pun macam sha tengah fikir nak bagi susu jenama apa dekat anak, mana fikir lagi susu tu sesuai ka tidok? actually susu ibu adalah yang terbaik untuk anak, tapi janganlah kecam mommy yang lain, mungkin mommy tu nak bagi anak susu formula sebab atas faktor kesihatan ka, atau susu ibu kurang, atau ibu bekerja ka..ahh kan..kalau nak cuba satu jenama alahai susu sekarang bukan nya murah dik oi..maka dengan itu sha nak share dekat korang jalan pintas untuk korang isi semua link sample ni..


Link Sample Susu Percuma

✔ANMUM
https://www.anmum.com/my/en/sample-request.html

✔MOM&ME
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-mom-me

✔FRISO GOLD
https://www.frisogold.com.my/en/get-a-free-sample

✔S-26
https://www.wyethnutrition.com.my/products/free-samples?fbclid=IwAR2pXTCNUwwiHHzIJxOAaDsAwN2VjKu_yr5Jr8Hp9OQWebScUiiDQx21vC4

✔SIMILAC/ENSURE GOLD/ISOMIL
https://abbottnutrition.com.my/campaigns/childsamplecampaign/5530FB51-6B31-412F-8166-36A072B567C5

✔NANKID 
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-nankid-optipro-3

✔LACTOGROW
https://www.startwell.nestle.com.my/ms/sampel-percuma-lactogrow-3?utm_source=facebook&utm_medium=cplc&utm_content=ppl_curtain_20181025-1231&utm_campaign=Lactogrow_GrowHappy_Aug_Dec

✔DUTCH LADY
https://www.smartmoments.com.my/en/get-a-free-sample?fbclid=IwAR2aqzuN-4VkI6tj8Kc8oCa-UgJNa5yA4Byt_W7fO5NQSFiV97Qyywh7K1k

✔ANLENE 
https://www.anlene.com/my/en/claim-sample-registration.html

✔ENFAGROW 
https://www.enfagrow.com.my/user/sample

✔PEDIASURE
https://pediasure.com.my/free-sample/request-a-free-sample

✔SAWANAH WOW
https://docs.google.com/forms/d/1mBmNwYtmJQUzmq-riVxLY0mDCTs8gJXt5GLjpHrQryU/viewform?edit_requested=true#responses

✔CERELAC
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-cerelac-infant-cereal

✔DUMEX DUGRO
https://www.dugro.com.my/dapatkansampel/

✔SUSTAGEN
https://www.sustagen.com.my/dapatkan-sampel-percuma-anda-sekarang

✔LACTOKID
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-lactokidr-1-3

✔LAZZ SUSU KAMBING
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc7kKh3cmL178EREms0twufPQ2Proca69ZEOwdcNGyuZPkLFw/viewform

✔SNOW
https://www.snowbrand.com.my/sample-request

✔APTAGROW
https://aptagro-com-my-prod.content.digital4danone.com/meta-navigation/sample-request.html

Link Sample Susu Percuma ini sha copy paste dekat group FB, so kalau error ka link tu boleh bagitahu sha, setiap 1 keluarga yang memohon hanya layak dapat 1 sample susu percuma, dan sample akan dihantar ke alamat makan masa juga 1-2 bulan begitu, jadi korang boleh lah isi semua borang sample untuk susu percuma

Pampers percuma ada juga nanti sha share ya..setakat ni, sha start isi pada bulan November 2019, baru dapat 3 sample susu, iaitu Dugro paling awal sampai..2-3hari or semingu begitu dah sampai, the dapat lactokid dan tadi dapat nankid..semua dah bagi edan test..semua dia tolak..alahai anak ku..

Semoga entry sha ini membantu mommy semua..apapun pesan sha..susu ibu adalah yang terbaik tauu..good luck..hihi

December 24, 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com

December 24, 2019 9 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Setelah sekian lamanya, Header Baru

December 24, 2019 6 Comments
Assalamualaikum, seiring dengan tahun baru nak mula sikit masa ja lagi, sha pun terasa nak ja ada header baru..nak buang mood lama..so tercipta lah header yang ada dekat atas..ada umie dan edan ja hahaha..baba kerja..

Simple kan..

Sha tengah baik pulih sikit template blog ni..masih kosong lagi..bloglist pun belum ada..makan masa kot..sebab.kena tunggu edan tidur..dah tidur..sha kena take time pula belajar balik godek kod kod semua ni..alahai..tadi hang jap sebab hilang satu kod html..ahh naya kau..habis 30minit dekat situ..haha

Header sha tak macam budak2 juga kan?? Ke macam...org dah berusia hahaha...sapa ckp cantik meh sha nak belanja 1 header..perghh rajinnya sha kan...hahaha...

Gurau..

Blog sedang dibaikpulih

December 24, 2019 1 Comments
Assalamualaikum, mesti korang terkejut apasal la buka blog opzzpinky jadi warna putih semua ni..haha sha tengah tukar baju blog..rasa nak hias simple ja ni mesti sebab usia ni..hahaha ala..suka blog yg xberat, xsemak, tapi pink tetap ada..gituu haha..tapi bila tengah buka html..edan pula dah bangun..ala..terbengkalai kerja umie dibuatnya..xapa malam nanti sha sambung hias..

Jap lagi nak tengok chandra nandini..cuti ni xpergi mana pun..duk rumah ja hahaha..

December 23, 2019

Sinopsis Kampung People

December 23, 2019 3 Comments


Sinopsis Kampung People | Assalamualaikum, ramai orang cakap drama ni happening..best dari drama melayu yang lain..actually sha pun baru nak marathon episode 1 best lah..dengan watak elly mazlein sha suka sangat walaupun ada gedik dekat situ haha..nak sambung tengok nanti jap lagi dekat youtube..maklumlah unifi sha dah pasang hahaha

Drama ni disiarkan pada jam 9 malam setiap hari Rabu-Jumaat di TV3, sha memang tak dapat nak tengok kalau time malam..edan tidur awal...hihi so tengok online ja la kann

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

Sinopsis Kampung People Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

So korang rasa best ke tak? hihihi

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

December 23, 2019 3 Comments


Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online | Assalamualaikum, hi peminat Chandra Nandini..haha kita genk, hari ini ada tau, korang jangan lupa tengok pula, makin lama cerita nya makin best, oklah ada juga wayang yang sha ditunggu2 walaupun sha ni tak langgan astro..ini ja wayang sha setiap hari..

Drama Hindustan ini start pukul 4petang setiap hari Isnin-Khamis DiTV3

Terlepas tengok Chandra Nandini? korang jangan risau, sha tolong sort kan masa korang mencari channel mana nak tengok..sha dah berabis cari dekat you tube, jumpa tapi subtitle pula tiada, macam mana nak faham kan haha..

Cerita ni pasal apa ya? ok mari sha story sikit, awal-awalnya cerita dendam Chandra kepada ayah nandini sebab dia bunuh Bapa Chandra, then kebetulan dia ni keturunan Raja, lalu merampas tahta Nanda, ayah nandini, lalu jadilah dia Raja Magdad, kahwin terpaska dengan puteri nandini dan bermula lah bibit2 cinta didalam istana..

ok cukuplah tu kalau korang nak tengok full drama tu korang boleh tengok dengan page ANIME MALAY rajinkan like page dia ni, ada banyak lagi drama best dekat situ..hihi

ok can cin cau...


December 22, 2019

Happy 2nd Anniversary

December 22, 2019 4 Comments
Happy 2nd Anniversary | Assalamualaikum, eh tak sedar dah 2 tahun bersama..aishh cepatnya masa berlalu kan b, sha ingat lagi, 2 tahun yang lalu pada 22.12 iaitu hari jumaat jam 2 petang, kita diijab kabul, terasa berderai laju air mata time tu sebab dah sah jadi isteri orang..banyak tanggung jawab kena pikul bersama..


alhamdulilah, semuanya Allah permudahkan, walaupun hakikatnya masalah satu persatu datang diawal perkahwinan..terutamanya bila kami suami isteri buat keputusan untuk keluar berdikari didunia yang penuh dugaannya..hidup berdua dengan edan didalam perut umie..tinggal bersama di teratak kecil..syukur Allah permudahkan..

semoga di masa hadapan, kita akan terus bersama mengharungi suka duka kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, semoga dimurahkan rezeki anak-anak..

Happy 730 days anniversary, b..
edan and umie loves u so much..
jangan lupa baca entry ni tau hihi

Unifi Dah Pasang

December 22, 2019 3 Comments
Unifi Dah Pasang | Assalamualaikum, alahai rindunya dengan blog, lama betul sha tinggalkan tanpa entry, dekat sebulan juga, itupun selepas sha tukar sim kad ke Tune Talk =.=' terus line lembap..sayang ja sha subscribe data RM48 untuk unlimited data..bos tune talk ok ka? ermmmm..ntah lah hahaha..so memandangkan tempat tinggal sha ni dekat taman sejati baru nak up internet unifi so sha dan husband pun fikir lah nak pasang..


Kami daftar since 2 bulan yang lepas, then baru kemarin technician datang pasang, macam free sebulan kan? so sebulan tak payah bayar, tapi kontrak 2 tahun haha..oklah dari stress line tune talk lembap, bolehlah ambil plan RM89 ni so semua dapat pakai..edan pun happy tengok karton dia dekat you tube tanpa sekat sekat..hihi..

So, insyaAllah tiada lagi masalah tiada entry ya sharina haha..

November 16, 2019

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

November 16, 2019 3 Comments
Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysia | Assalamualaikum, alhamdulilah hari ini sachet terakhir untuk 30 hari minuman hydrolyzed collagen, yes semua orang ingin cantik dan sihat, lagi-lagi diusia sedang meningkat ni, hujung tahun sha dah masuk 31 tahun haha, alahai cepatnya masa berlalu kan..sha perlukan banyak lagi collagen untuk recover balik semua yang hilang tu..

Baca entry : Terima kasih Jeanc bagi patung bunny


So, sha try lah minum collagen ini, terjatuh cinta pula, tak miss kena minum sebelum tidur, supaya kalau bangun terasa awet muda sentiasa haha, actually banyak ja sumber semula jadi korang boleh ambil hari-hari untuk dijadikan collagen, tapi rajin ka korang nak masak lagi, nak prepare lagi, sha tak rajin tau, sha ada anak kecil haha..memang nak singkatkan masa..kalau boleh nak minum sambil tidur..hahaha..simple ja

Kekal Cantik Dan sihat Dengan 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian
JeanC 30 days Hydrolyzed Collagen diperbuat daripada kolagen laut 3000mg peptida dan tinggi antioksidan menggunakan vitamin C, vitamin E, astaxanthin dan
ekstrak superfood.

Berdasarkan kajian, Collagen adalah 75-80% kulit dan selepas kita berumur 25 tahun, badan kita akan kurang menghasilkan collagen yang akan menyebabkan berkedut, garis halus dan kulit kering, ada juga faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya pengeluaran iaitu pengambilan alkohol, pengambilan gula tinggi, merokok dan terlalu terdedah  kepada matahari.

Antioksidan pula melindungi sel-sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan dan DNA serta menyumbang kepada proses penuaan. Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh disebabkan oleh beberapa faktor tekanan dan gaya hidup tabiat seperti pencemaran udara, merokok, pengambilan alkohol, tahap gula dalam darah tinggi
sejumlah besar asid lemak (makanan goreng), pendedahan berlebihan kepada matahari, dan lain-lain

Oleh itu, Collagen Drink Malaysian ini khusus untuk mereka yang mengalami masalah seperti diatas

Faedah Collagen:
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama
- meningkatkan kesihatan tulang
- memperbaiki kesihatan usus

Faedah antioksidan:
- pembaikan dari kerosakan matahari (perisai radikal bebas)
- Membaiki kulit kusam dan nada kulit yang tidak sekata
- mengurangkan kedutan
- meminimumkan parut
- anti keradangan (kawalan jerawat)

Apa kebaikan yang ada pada 30 days Hydrolyzed Collagen Drink Malaysian

Collagen
- setiap hidangan mengandungi peptida kolagen 3000mg
- menggunakan kolagen ikan hidrolisis untuk penyerapan yang lebih baik
- meningkatkan kelembapan kulit dan ketegasan
- memperbaiki kesihatan rambut dan kuku
- memperbaiki kesihatan bersama

Vitamin C
- membantu sintesis kolagen
- Hadkan kerosakan uv
- Mengurangkan risiko kulit kering
- sokongan penyembuhan luka (rawatan parut)

Vitamin E
- berfungsi dengan baik bersama-sama dengan vitamin C
- mengurangkan kerosakan uv
- Pastikan kulit terhidrasi
- hormon keseimbangan
- membantu gejala PMS

Astaxanthin
- "raja karotenoid"
- 800X lebih kuat daripada coq10
- 75x lebih kuat daripada asid alfa lipoik
- melindungi kerosakan UV
- Meningkatkan kelembapan kulit & pengekalan lembapan

Butiran Superfood
Amla (India Superfood)
- 20X vit C berbanding dengan oren
- mengurangkan kesan penuaan pramatang
- menghidrat kulit
- mencerahkan kulit
- Kurangkan parut

Açai (Amazon Superfood)
- kaya dengan polifenol
- kaya dengan anthocyanin
- kawalan pigmentasi & jerawat
- meringankan parut

Baobab (Afrika Superfood)
- Afrika "pokok kehidupan" superfood
- dua kali antioksidan delima
- kaya dengan polifenol
- pelembab kulit
- meningkatkan pengeluaran kolagen

Lingonberry (Scandanavian Superfood)
- lebih banyak antioksidan daripada blueberries & cranberry
- mengandungi arbutin (pemutihan kulit)
- menghalang pengeluaran melanin
- mencegah hiperpigmentasi yang disebabkan oleh uv

Senarai Bahan Penuh
Buah Premix Juice Juice, Kolagen Peptida (Ikan), Isomaltulosa, Vitamin C, Vitamin
E, Ekstrak Amla, Ekstrak Acai, Serbuk Serbuk Bawang Baobab, Sucralose, Lingonberry
Ekstrak dan Astaxanthin.

Cara Pengambilan : Campurkan 1 paket dengan 150ml air. Kacau dan minum segera.. Ambil 1 paket setiap hari

AMARAN !! Ibu mengandung, menyusukan bayi, atau sedang menjalani rawatan, sila dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Tidak disyorkan untuk mereka yang mengalami alergi terhadap makanan laut

Korang boleh dapatkan produk ini di laman web JEANC dengan menggunakan diskaun kod yang tertera dibawah ini ya.

1. Buy 1 for RM79 - “JEANC79” to get RM10 off with FREE delivery (normal price RM89)
2. Buy 3 for RM219 - “JEANC219” to get RM48 off with FREE delivery (normal price RM267)


Jangan lupa untuk ikuti perkembangan mereka di:
Laman Web : https://jeanc.my



November 10, 2019

Patung Bunny

November 10, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, lama sha tak dapat patung, last dapat time 2015 kot, terasa agak tua disitu haha, tapi bila dapat patung happy nya bukan main, ini bukan patung bunny biasa tau, selain patung ni comel, patung ni juga nampak macam real, bulu nya, tangan dan kaki..haha



Kalau korang nak tahu, bunny ni adalah power bank..yes..comel macam ni rupanya sejenis power bank..alahai..edan geram benda berbulu ni, haha..apapun tetap comel..boleh lah kalau nak sambung nyawa phone sha kan..

Terima kasih JeanC bagi bunny comel ni..nanti kita review produk dia ya..tunggu tauu

November 8, 2019

Berus gigi Edan

November 08, 2019 6 Comments
Assalamualaikum guys, sha baru berpeluang nak update entry hahaha..memandangkan masa tidur edan lama sikit hari ini..so jom baca blog sha jap ya..


So entry kali ini pasal berus gigi edan, kalau korang nak tahu, sha start berus gigi edan pada umur 5 bulan, sebulan sebelum dia makan dan sebulan sebelum dia tumbuh gigi, sha guna berus gigi silicone putih yang sha beli dekat shopee harga 90sen 😍sahaja..so beli 4 sekali gus..senang nanti setiap 2 bulan boleh tukar.

Kenapa sha berus gigi dia seawal 5bulan 😱, ok ini sha ada baca dekat laman web parenting, sha berus gigi dia awal sebab mau biasakan dengan dia rutin harian, setiap pagi dan petang, akan ada benda masuk dalam mulut dia untuk berus gusi nya..

Untuk pengetahuan ibu bapa sekalian, cara awal ini boleh mengelakkan gigi anak rosak awal usia mereka 😎 , nanti lepas dorang sudah makan, gigi akan cepat kuning dan berkarat, so time ini lah korang kena rajin dan cekalkan hati untuk terus lakukan rutin harian ini pada bayi korang


Awalnya mereka akan menangis, berdrama  😑 sebab tak selesa benda masuk dalam mulut dorang..haha..sha guna silicon tu kena masukkan jari telunjuk..edan memang akan tutup mulut..gigi tak berus, bibir dia yang jadi putih..kadang sha guna juga ganas2 sikit..hahah tapi mostly memang akam dapat gosok sikit


Sha baru ja tukar berus gigi nya kepada berus gigi macam orang dewasa tapi kecil comel..muat2 ja dengan saiz gigi depan nya 😝

Apa yang sha nampak..berus gigi comel ni memang padan dengan edan..dia jadi senang mau berus gigi..edan tak meragam dan selesa ja..gigi jadi putih..menyesal tak tukar awal haha 😂

So yang mana belum tukar..tukar cepat..dekat mydin rm2.70 ja..sha berus gigi edan guna berus gigi ja tanpa ubat gigi..lepas tu rendam dalam air panas sekejap..then simpan elok2..

Selamat mencuba guys

November 1, 2019

Kaki tiba-tiba jadi sejuk

November 01, 2019 7 Comments
Assalamualaikum guys malam ni sha tak dapat tidur bukan sebab kaki sha sejuk, tapi sebab belum mengantuk lah haha..yes kemarin sha tiba-tiba mengalami masalhah ni, of coz sha tak selesa..sha pun tak tahu punca kenapa Kaki tiba-tiba jadi sejuk

Sha mengadu dekat mak, mak kata itu tanda2 masalah rahim..sha fikir lepas setahun bersalin kan edan, everything kembali kepada normal, rupanya kesakitan boleh datang balik..huh...

Kesakitan macam mana ya?

Sebulan selepas bersalin, sha ada alami masalah kaki kebas, sejuk dan berkaran..memang akan suruh husband urut bagi releks..punca sebab banyak angin dan kerap mandi air sejuk

Masalah timbul bila dah setahun bersalin kan edan..kita juga yang rasa bila tak jaga badan dengan bagus kan..



Sha iktihar dengan minum air rebusan akar kayu, ada beberapa sachets lagi tinggal, baki dari set bersalin afiat di shopee RM70+ sha beli sebelum bersalinkan edan..

Alhamdulilah, semalam minum, tidur pun ok, kaki kembali normal

Selain tu sha juga hidu bau balsem serai untuk hilangkan aura2 negatif..terasa nyaman mood sha malam tu..ni beli di mydin dengan harga RM5+ ja..ataupun tumbuk serai..sama ja..hidu lama2

Tidak terhenti disitu, mak suruh amalkan senaman kegel untuk naikkan rahim..sha dah pernah buat dulu tapi tau lah ada anak kecil ni payah sikit mau konsisten..haha..dah rasa sakit baru nak cari solusi..adehhh..senaman ni korang bole cari dekat utube..banyak sangat jenis senaman..tryla amalkan setiap pagi dan rasailah perbezaan nya

Rasanya tak perlu jumpa bidan untuk urut kot..kata husband sha..perut ni part sensitif untuk di urut..iyaka? Sha pun tak tahu, sha cuma takut nanti urut perut..mengandung pula..hihi kena tunggu edan besar sikit kot..hahah

Kalau dah rezeki, apa salahnya kan..ada kawan edan nanti, insyaAllah..

October 27, 2019

People Changed

October 27, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, selepas entry semalam..sha rasa bersyukur dan lega..keadaan tak selamanya 'kosong'jika tak berusaha..begitu juga dengan orang, orang akan sentiasa berubah, sama ada jadi baik mahu pun sebaliknya

Baca : Dari sebuah rumah yang kosong

Kalau macam sha, sejak kahwin ni dah semakin rajin masak, see guys..ada hikmah juga khawin ni kan..haha..sha sebagai suri rumah memang banyak masa untuk sajikan masakan dari rumah untuk suami dan anak..alhamdulilah dapat husband yang tidak cerewat dalam bab makan, even makan telur dadar ja..edan pun serupa baba dia..xcerewet dengan makanan..



Bukan nak cakap sha langsung tak pandai masak semasa bujang haha..cuma lepas kahwin ni lebih berdikari sendiri..belajar masak favourite suami..selalunya minta ajar dengan mama dan mostly dekat youtube hahaha

Suami puji masakan kita sedap, pun kita dah puas hati, thats y people ada reason yang kuat untuk berubah..

Banyak skop yang boleh dibincangkan mengenai people changed..yang pastinya semua manusia diberi peluang untuk berubah..jangan putus asa..hiduplah untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling kita..insyaAllah hihi




October 26, 2019

Dari Sebuah Rumah yang Kosong

October 26, 2019 3 Comments
Assalamualaikum, Alhamdulilah malam ni ada free sikit, mau share something yang sangat menyentuh hati sha..kisah dari sebuah rumah yang kosong perlahan2 terisi, walaupun hanya husband ja yang kerja kikikiki

Maafla gambar tak related hahaha

Setiap isteri idamkan rumah yang sebati dengan jiwa..kalau sha, tak kisah asal selesa dan mampu dimiliki..

Barangan pula, bila pindah rumah baru, barang tak semuanya kita terus beli kan? Apa yang penting bagi sha ialah ais box dan dapur gas, kita beli ais box second hand ja wak..masih ok lagi..nanti ada duit lebih boleh ganti baru..then sha beli barang dapur..mostly penting bahagian barang dapur..ada juga barang hadiah kahwin..gelas, piring dan kontainer..terima kasih sebab hadiahkan barang yang cukup berguna selepas kahwin haha..

Sha memang nak pindah rumah sendiri lepas kahwin, means that ada kehidupan sendiri dengan suami dan anak..dengan privasi sendiri..actually awal awal kahwin kewangan tak berapa mencukupi until sha dan suami decide pindah rumah di kuarter husband kerja..time sha pregnant edan 7 bulan..

Semuanya kami mula sendiri, sikit sikit beli barang..kebanyakan barang sha beli dekat kedai rm2 dan ninso..murah2 ja tapi best tengok ada barang dapur sendiri..sayang nak buang even harga murah

Lepas ekonomi dah stabil start beli barang keperluan lain..masih dalam lingkungan keperluan yang dimesti kan ada dalam rumah..macam TV, mesin basuh dan rice cooker..itu semua sha baru ja ada tau..

Tv sha beli second dekat saudara..tapi suara tak keluar..bolehlah tengok chandra nandini guna subtitle hahaha..then bila ada rezeki lebih baru beli smart TV, boleh edan tengok youtube dekat TV, lagi satu xperlu guna decoder mytv..sebab dah ada channel dalam TV tu hanya sambungkan antena saja..sha pakai antena dalam rumah..

Cuci baju pun dah guna mesin..hari tu rumah bawah complain dia basah sebab sha jemur kain kan tak perah..maklumlah xda mesin..hahaha..now alhamdulilah walaupun hanya mesin basuh manual..sha tetap dapat cuci baju dengan bersih

See guys walaupun benda murah, function tetap sama..dari sebuah rumah yang kosong qlhamdulilah rezeki Allah beri kami keperluan untuk diisi pada rumah tersebut..

October 11, 2019

Anak dah Setahun, Tapi tak Pandai Jalan?

October 11, 2019 3 Comments
Anak dah Setahun, Tapi tak Pandai Jalan? Assalamualaikum, hi, macam stress ja tajuk entry ni, haha, alhamdulilah edan dah setahun, tapi edan belum pandai jalan huhu..someone boleh teriak dekat telinga umie tak yang it's a normal until umurnya 18 bulan..gelisah betul anak belum pandai jalan ni..haha..dont push sangat, kesian baby..

Image may contain: 2 people, baby and close-up

Edan sekarang sha tengah selalu urut perlahan, secara bulatan dekat lutut dia, sebab ada dengar orang tua kata nak cepat berjalan setiap pagi urut lutut, alhamdulilah sejak sha buat tu, memang tunjukkan yang dia dah pandai berdiri, berpaut pada almari dan cuba lepaskan tangan dia, kadang2 kita sebagai ibu kena ransang juga anggota badan dan emosi dia, penat dia berdiri, kadang malas dia mau berjalan sebab badan tak stabil kan..

Tapi bila dengar mak mak yang anak dia dah pandai berjalan, tak menang tangan dan kaki kejar anak-anak terus sha angguk kepala haha..tadi nak sangat anak pandai berjalan, sekarang dah berjalan ahh rasa kau, kejar sampai kurus umie dibuatnya haha

Anyway, umie tenggah tunggu baby carrier order dekat shopee, wargghh tak larat nak angkat edan tanpa baby carrier, macam pikul beras 10kilo naik tangga 3 tingkat, baby carrier lama hilang entah ke mana. hoeply sampai besok ya..hihi

So, cepat ka lambat ka milestone anak masing-masing, just alert sampai tahap mana perlu jumpa doktor, jangan dengar sangat bawangan orang, yang ada cuma sakit jiwa haha..remind to myself haha..edan pandai jalan sikit masa ja lagi..haha..umie yang positif haha..






October 10, 2019

Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis

October 10, 2019 5 Comments
Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis | Assalamualaikum, sha pernah juga google cari bank mana yang sesuai untuk memulakan perniagaan tanpa premis, agak sukar juga ya sebab semua bank memerlukan banyak kriteria termasuklah deposit RM10k, mana nak cari kan? aduh pening kepala peniaga kecil kecilan mencari deposit sebanyak itu, so sha tolong korang singkatkan masa memikirkannya, jom kita borak pasal akaun bank mana yang menyenangkan peniaga lagi-lagi peniaga yang tanpa premis macam sha ni hihihi.

Awal bulan Ogos lalu, sha dan suami decided untuk buat perniagaan tanpa premis, lalu kami pun urus trading lesen di Majlis Perbandaran Sandakan, sudah siap berurusan, kami terus proceed kepada pembukaan akaun bank, jangan guna akaun sendiri ya, better buka akaun bank untuk korang grab banyak benefit termasuklah loan dan memperbesarkan lagi perniagaan insyaAllah


So sha dah try tanya banyak jugalah bank area sandakan, mostly 3 hari waktu bekerja sha urus, then baru dapat buka akaun dengan CIMB

Sha langsung tiada kad CIMB, husband pun sama, so kami pergi cawangan dekat IJM, Batu 6, serahkan salinan trading lesen yang telah disahkan, dan mereka akan check CTOS, bila sudah clear, dorang akan panggil untuk pakej Insuranse dan Saving, tapi sha tak ambil pakej ni, boleh ja kalau nak dengar hihi.

Bila dah cerita-cerita dengan staff, dia akan suruh kita isi borang, IC, trading lesen original jangan tinggal ya, lepas siap semua, dia akan bagi kad ATM (cas RM15 akan ditolak pada deposit nanti), Cheque (ni terserah kalau korang mau pakai) sha tak ambil sebab 3x tendang, akaun terus tutup, ahh naya kau, then yang terakhir CIMB Click, ini buat sendiri.

Simple nya, tak sampai 1 jam dah siap..akaun dah aktif dan korang dah boleh mulakan perniagaan..sha nak cerita pasal bank mana yang bank songgeh tu (maybe next entry) terlampau banyak kriteria sampai bosan edan nak tunggu umie dia ni berurusan, tapi alhamdulilah settel semua masalah..hihi..hopely entry sha membantu ya..


October 9, 2019

Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms.Word

October 09, 2019 2 Comments
Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms.Word  | Assalamualaikum, lamanya sha tak buka laptop haha, selama ni update guna phone ja, so hari ni gigih nak buat cop syarikat memandangkan sha sekarang dah ada bisnes sendiri, tapi tanpa premis, itu nanti sha sharing..



Bisnes sha lebih kepada online, so no need real cop untuk sahkan apa2 dokumen, sebab office sha dekat rumah ja, so dokumen dihantar melalui whatsapp dan email, edit sikit dekat photoshop then send back, so sha perlukan softcopy cop bulat tu, mana nak buat ya?

Google punya google, terjumpa 1 sumber dari laman web ni, so memang senang cuma sha edit sikit ikut style sha hihi..hope dapat membantu korang yang tengah fikir macam mana nak buat cop syarikat sendiri, lepas ni dah boleh buat sendiri kan..

i) Buka Ms. Word dan klik blank document
ii) Pergi ke button insert dan button shapes
iii) pilih bentuk donut

i) adjust 2 bahagian yang di bulatkan mengikut size yang korang nak

i) pada button insert, korang cari button wordart
ii) pilih design word korang nak

i) selepas itu, korang taip nama syarikat, jika nak cantik tekan space 2x untuk memastikan ada jarak pada ayat, contohnya HEE DAN ENGINEERING (space 2x) SANDAKAN

i) adjust nama syarikat dan masukkan pada bulatan donut tadi
i) dah siap
ii) korang boleh mencipta sendiri logo syarikat dan letakkan pada tengah cop
iii) atau letak alamat atau no. hp atau pun no syarikat korang..

semoga bermanfaat



September 24, 2019

Happy 1st birthday EDAN

September 24, 2019 1 Comments
Happy 1st birthday EDAN | Assalamualaikum guys setahun berlalu maka hari ni genaplah usia edan setahun..maka genaplah juga setahun umie lahirkan edan..



hadirnya edan di rahim umie atas rasa cinta umie dan baba, mula2 kahwin dulu memang umie teringin terus ada anak..nekadnya umie jaga batas sebelum bernikah supaya darah daging yang dilahirkan sesuci cinta kami..alhamdulilah dengan izin Allah, maka harapan itu, dimakbulkan.

Time mengandungkan edan, umie kurang kena alahan, makan tidur semua ok, cuma diuji pada akhir peringkat kehamilan..namun kelahiran edan menepis semua mimpi ngeri..umie terkaku melihat lahirnya manusia kecil dari rahim umie

Allahu hebatnya ciptaan Allah..

Setiap detik umie dan baba tatang edan penuh kasih sayang sampailah edan berusia setahun.gelak tawa..tangis manja semua umie dan baba tak akan lupa

Edanlah penyeri keluarga kecil kami..erima kasih edan sebab senang sangat dijaga..makan tidur jalan semua baik belaka..senang umie dan baba tidur malam..dan sehingga hari ini..umie masih salurkan susu terbaik umie kepada edan..mudah2an edan membesar dengan sihat dan hebat

Muhammad fyirdhan uthman, ketahuilah bahawa edan penguhi pertama di rahim umie yang paling umie sayang dunia akhirat..amanat Allah yng tiada terhingga pasti umie akan jaga dan sayang selamanya..

Umie bertuah diberi peluang lihat edan membesar depan mata umie..insyaAllah besar nanti edan akan sayang dan jaga umie dan baba..

Happy 1st birthday edan..umie baba love u so muchh

September 15, 2019

Dah dapat komen blog korang dah

September 15, 2019 9 Comments

Assalamualaikum, guyss malam2 syok kan blog walking haha..sha update entry dua kesayangan sha dah lena dibuai mimpi, sha oula syok betul pulun BW yg lama dah xbuat sebab masalah tak dapat komen blog korang..

sha dah lama tak buka laptop, maklumlah ada anak aktif ni semua benda dia nak try haha..tak bole nampak umie mula buat kerja dia dulu yang buat..sudahnya tinggal gtu ja laptop, so ada HP senang sikit, dia main atau tidur bolehlah sambil2 baring tu up sikit entry panjang hahaha...

so sha lebih senang up entry dan balas komen guna HP..then bila google plus dah xda..baru perasan komen sha xmuncul..lama juga lah xsinggah blog korang..maaf tauu..

then tadi petang ada kawan blogger share siapa yang tak dpt up komen dkt blog boleh guna browser lain..sha apa lagi terus download apps tu dan try..sha tengah guna ni la..memang laju jika dibandingkan dengan google..

korang download browser puffin yg gmbr burung kaka tua tu..lepas tu layan blog cm biasa..siap..simple kan..hihi..

jom komen blog sha..nnt sha pulun komen blog korang hihi

September 14, 2019

Idea jadikan buahan untuk kek birthday

September 14, 2019 12 Comments
Idea jadikan buahan untuk kek birthday|Assalamualaikum, sha plan nak sambut birthday edan minggu depan ala kadar ja..maklum lah dia kan masih kecil lagi, so kek mestilah yang dia makan..sha terpikir mau buat kek dari buahan..asasnya tembikai..macam senang dan bujet kan?


Comel kan kek buah ni..mesti pandai main warna dan kreativiti..sha ada order word happy birthday so main cucuk ja nanti di atas kek..

Tak sabarnya umie nak buat hahaha..jom kita tengok pilihan umie nak combine mana satu untuk jadikan kek birthday edan nanti
 Pilihan 1. Ok ini nampak simple sangat hanya guna 4 buah ja..tapi kecil hihi

 Pilihan 2. Wah meriahnya kek buah ni..rasa syg pula nak makan hahaha..tapi sha suka blueberry yg tersusun tu..namapk cute ja
 Pilihan 3. Amboi sedapnya..rasa macam air koktail pula..susuan strawberry tu lawa kan..
 Pilihan 4. Ni mesti topping guna cream whipping..bole try tp edan bole ka makan? Ni umie sama baba deluan sapu krim dkt muka hahah

Pilihan 5. Ni ok..smua wrna ada..hiasan dibawah tu ctk ja kan

Ok nanti sha sharing sha pilih dan combine yang mana..semua pun nampak comel dan lapar haha..semua gambar credit to google..semoga dipermudahkan.

Mendung Atau Jerebu?

September 14, 2019 2 Comments
Mendung atau Jerebu? | Assalamualaikum, cuaca 2 3 hari ni nampak agak suram, sha pun dah lama xbawa edan jalan2 pergi taman permainan..sebab edan kena selesma pula..mesti terjangkit oleh baba ni..selesma baba dah sembuh..oh iya sekarang musim jerebu kan..Sandakan pun terkena tempias nya..

Permandangan dari bilik, itu adalah airport sandakan..kelam ja cuaca kan..

Umie decide xmo keluar ari ni, lagipun baba kerja halfday..ingat mau pergi ninso cari barang..Tapi cuaca xbagus pula huhu


So kita tutup tingkap, dan pintu, duk dalam bilik ja hari ni..on penapis udara..jom tidur hihi

Moga2 jerebu ni tidak buatkan mood kita jadi 'mendung'..hihi..happy selalu tauu

September 13, 2019

Edan Ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

September 13, 2019 5 Comments
Edan Ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang| Assalamualaikum guys..hari tu edan ikut hantar makcik nya pergi sambung belajar dekat UMS kk, so singgah dekat kundasang, 1 tempat dimana memang menjadi favourite place umie iaitu tempat lembu2 new zealand berada hihi..dah berkali kali jugalah umie singgah sini tak pernah jemu..kali ni dengan baba dan edan


Sadly masa mau pergi kk, edan sakit, selesma, batuk dan demam..so edan xbole lama2 dekat sini cuaca pun tak bagus sangat..tapi niat umie nak bawa edan jalan2 tengok lembu pada bulan 9 ni tercapai hihi bulan kelahiran edan tau bulan ni..alhamdulilah..lepas ni nak jalan2 pergi Kk lagi bulan 12 ni sempena birthday sha dan 2nd anniversary

Adik ipar sha yang sambung belajar tu..gud luck sarah

Edan dan keluarga sebelah baba..

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang xpernah mengecewakan pengunjungnya..balik dari sini mesti dapat banyak gambar menarik dengan view yang sangat cantik..banyak lagi tempat korang boleh kunjung di kundasang ni..



August 8, 2019

Tak dapat komen blog korang

August 08, 2019 6 Comments
Assalamualaikum, hi guys, seriusly sha dapat tahu yang komen sha tidak timbul pada blog korang, itupun selepas sha pulu komen byk2 dkt blog yg singgah di blog sha..pelik bin ajaib la..awat pula tak dapat komen ya? Sebab sha dah tak pakai google plus ka cmna? Atau sebab sha komen pakai HP ja?? Hahaha lama betul lah sha baru nak aktif balik..hopely problem cepat solved..sha tengah banyak masa ni nak BW blog korang hihi..


Belanja gambar edan tengah syok tidur hihi..korang jemput komen entry sha pasal edan tumbuh gigi..tq in advance

August 5, 2019

Lirik lagu Kisah Cinta Kita - Hafiz Suip

August 05, 2019 0 Comments
Assalamualaikum, pagi pagi begini edan memang akan tidur dengan lagu, lagu pilihan umie untuk dia dah set awal2 dalam playlist Nisa Sabyan tu..

tiba2 pula keluar lagu Hafiz yang baru..taklah baru sangat tapi sha feeling pula alahai romantik nya lagu ni hahaha..ehh lagu ni khas tuk isteri dia kan..rasa di awang awangan pula dengar lagu ni sambil tutup mata pegang tangan suami..haha suami kita kerja wakk

So sha nak share feeling tu dekat korang..korang suka tak lagu ni?


Kan ku cerita pada semua
Kisah cinta antara kau dan aku
Agar semua tahu
Dan tak akan dekati dirimu
Andainya mampu kan ku ukir
Namamu dan namaku di bulan
Agar satu dunia
Melihat restui cinta kita
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya
Ku pernah rasa
Kau kan pergi
Tinggalkan diriku sendiri
Kan ku seru dunia
Berdoa kau kembali pada diriku
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya
Kisah cinta kau dan aku
Kekal selamanya
Aku selalu tersenyum
Bayangkan kita hidup berdua
Berjalan berpegangan tangan
Takkan kau lepaskan
Tiba waktunya nanti
Kan ku cerita pada dunia
Yang telah kau pun jadi milikki
Buat selamanya

Ungtunglah ada Blog

August 05, 2019 4 Comments
Assalamualaikum, good morning guys..selamat bekerja korang, jangan monday blues tauu..hahah..korang kalau monday blues hujung bulan ada juga bikin isi dompet tu ahh..haha xapa rezeki masing2 kan..rezeki sha tak berkerja tapi dapat tengok anak sendiri membesar depan mata..tapi sha hanya ada blog ja..untung kan haha



Semalam sha tengok balik entry masa mengandungkan edan, sharing pasal edan dilahirkan, edan kena kuning, edan warded..ya terasa betul cepatnya masa berlalu, seingat sha tahun lalu sha kehulu hilir jalan dengan keadaan sakitnya kena jahit..sekarang edan dah 10 bulan dah..nasib baik ada up entry dalam blog ni, boleh lah baca bila lapang

Untungkan bila ada blog..

Sebab apa yang kita taip, akan tersemat sampai bila dekat dalam ni, walaupun ingatan kita ni kuat tapi ada juga seinci tu kita akan lupa..

So mereka yang pernah gunakan khidmat blogger memang sangat tak rugi..entry memang akan stay dekat google until entry kena deleted..

August 4, 2019

Edan 9 Bulan, Gigi Dah Tumbuh 6 Biji

August 04, 2019 1 Comments
Assalamualaikum guys, budak edan umur 9 bulan dah tumbuh 6 biji gigi, 4 di atas, 2 dibawah, seingat sha umur dia 6 bulan lepas injik dia tumbuh gigi 2 sekali gus dekat bawah, mula-mula memang syak dia tumbuh gigi sebab timbul putih2 dekat gusi nya, kuat mengigit tu jangan cakap lah haha, umie dia ja teriak menangis tiap malam kena gigit time menyusu, lagipun dia kuat berliur..memang ramai yang cakap dia akan tumbuh gigi..sebab dah banyak tanda2 menunjukkan dia mau tumbuh gigi

gambar edan 10 bulan

Ada satu kakak di facebook share satu petua iaitu, sapu gusi nya dengan jari telunjuk dengan selawat ke atas Nabi 3x gusi atas dan bawah, sebab? mau mengelakkan dia dari meragam, sakit demam dan cirit birit..alhamdulilah memang sha amalkan petua ni berbanding dari petua orang tua yang lain, entah mengarut ka tak sapu emas di gusi nya? jap binggung sha nak buat haha..ada lagi minum minyak ular untuk elakkan dia demam hihi..setakat ni 2 ja yang sha dengar, sha tak follow sangat, iyakan saja..

Demam tu perkara biasa bagi bayi yang tumbuh gigi, itu refleksi kepada perubahan, jangan risau sangat, cek suhu ja..jangan sampai 37 keatas itu kena jumpa doktor, edan setakat ini belum pernah minum ubat demam, kalau boleh elakkan lah sebab baby bawah 2 tahun kan, kesian tengok dorang makan ubat, that's why sangat penting susu ibu..

Edan asal tumbuh gigi memang akan tumbuh 2 ketul sekali..tapi kali kedua tumbuh gigi besar dia jarang pula hahaha..sha ada google sebab edan belum jumpa doktor gigi lagi, katanya, mommy jangan risau, gigi susu tak kekal, dewasa nanti gigi akan rapat..kata mama sha ok apa gigi jarang lambat buruk..iyaka?

August 3, 2019

Lama sha menghilang dan Pindah Rumah Lagi

August 03, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, lama sha menghilang kan..asal ja lambat up entry memang akan timbul entry macam ni, haha dah berhabuk bersawang blog sha, sayang sangat blog terbiar, rindu mau up entry pasal edan, pasal rumah baru, eh sha pindah lagi tau haha..kali ni pindah di Batu 7, Taman sejati, alhamdulilah dapat rumah yang selesa dari yang sebelum ni, walaupun harga sewa sama..berbaloi sha pindah tau, dapur cantik yang paling penting ahh..

belanja 1 pic umie dan edan

Sha bukan sibuk jaga edan ja, tapi internet line tiada dekat rumah lama, terpaksa terminate postpaid Umobile, tapi sha tetap pakai prepaid, sebab sayang mau tukar line sebab Umobile ni lah yang paling jimat dan murah jika dibandingkan dengan telco yang lain.

So sejak pindah di rumah baru, alhamdulilah line tip top, lancar ja..walaupun sha pakai prepaid lagi best top up ja, langgan data RM12 untuk seminggu dapatlah internet dan call unlimited, nanti habis just renew ja balik, kira punya kira RM48 la kan sebulan, jimat tak? haha

Ok berbalik pada rumah baru sha, sewa masih RM450 murah kan? harga rumah sewa sekarang makin mahal tau, sha beruntung dapat rumah sewa murah macam ni, dengan dapur ada kabinet atas bawah, lantai tiles, bilik utama ada air cond, ada meja belajar dan ada almari perhiasan, kalau nak dibandingkan dengan rumah lama memang kosong habis walaupun rumah lama tingkat 1 air super laju, mati 3 hari pun tak sedar haha..sebab cepat refill, itu ja lah masalah rumah baru, tingkat 3 air kureng sikit naiknya..lambat mau penuh tangki..maka bersabarlah hahaha

Deposit sha dapat 1+1 tambah utilities RM100 so semuanya RM1000 ok set dengan owner terus bagi deposit on the spot, sebab husband suka rumah tu, hihi alhamdulilah dipermudahkan kami pindah dan sekarang di rumah baru dah..

Alahai penatnya mengemas haha..slowly sha kemas dan buat pembersihan..ahh itu yang busy sikit..kena tunggu edan tidur baru dapat buat kerja..esok dah janji dengan husband jangan pergi mana-mana set masa untuk kemas rumah haha..

April 23, 2019

Kedai Cuckoo ONLINE sha

April 23, 2019 4 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum



Kedai Cuckoo ONLINE sha | Cuckoo sudah terkenal di Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu, dengan peningkatan jualannya setiap tahun, orang ramai makin percaya dengan perkhidmatan yang disediakan Cuckoo, tidak hanya menjual produk kelengkapan rumah, kini beralih ke barangan penjagaan wajah Wonderland

Ejen Sah Cuckoo Seluruh Malaysia

Hi semua, sha adalah antara ejen sah cuckoo yang mengatur order dari pendaftaran sampailah pemasangan produk cuckoo yang korang purchase dari sha. Dan sha atur pemasangan seluruh Malaysia, walaupun sha berada di Sabah, dont worry guys, ada orang yang terlatih akan datang rumah korang untuk pasang, so tugas sha hanya mencari dan membantu seramai yang mungkin untuk mendapatkan kehidupan yang sihat dan senang melalui produk cuckoo

Untuk mengetahui promosi dan cara order online korang klik sahaja link kedai cuckoo sha secara online ya --> https://store.cuckoo.com.my/estore/opzzpinky/

Sebarang pertanyaan boleh whatsapp sha 0128427478