October 27, 2019

People Changed

October 27, 2019 5 Comments
Assalamualaikum, selepas entry semalam..sha rasa bersyukur dan lega..keadaan tak selamanya 'kosong'jika tak berusaha..begitu juga dengan orang, orang akan sentiasa berubah, sama ada jadi baik mahu pun sebaliknya

Baca : Dari sebuah rumah yang kosong

Kalau macam sha, sejak kahwin ni dah semakin rajin masak, see guys..ada hikmah juga khawin ni kan..haha..sha sebagai suri rumah memang banyak masa untuk sajikan masakan dari rumah untuk suami dan anak..alhamdulilah dapat husband yang tidak cerewat dalam bab makan, even makan telur dadar ja..edan pun serupa baba dia..xcerewet dengan makanan..



Bukan nak cakap sha langsung tak pandai masak semasa bujang haha..cuma lepas kahwin ni lebih berdikari sendiri..belajar masak favourite suami..selalunya minta ajar dengan mama dan mostly dekat youtube hahaha

Suami puji masakan kita sedap, pun kita dah puas hati, thats y people ada reason yang kuat untuk berubah..

Banyak skop yang boleh dibincangkan mengenai people changed..yang pastinya semua manusia diberi peluang untuk berubah..jangan putus asa..hiduplah untuk memberi manfaat kepada orang sekeliling kita..insyaAllah hihi




October 26, 2019

Dari Sebuah Rumah yang Kosong

October 26, 2019 3 Comments
Assalamualaikum, Alhamdulilah malam ni ada free sikit, mau share something yang sangat menyentuh hati sha..kisah dari sebuah rumah yang kosong perlahan2 terisi, walaupun hanya husband ja yang kerja kikikiki

Maafla gambar tak related hahaha

Setiap isteri idamkan rumah yang sebati dengan jiwa..kalau sha, tak kisah asal selesa dan mampu dimiliki..

Barangan pula, bila pindah rumah baru, barang tak semuanya kita terus beli kan? Apa yang penting bagi sha ialah ais box dan dapur gas, kita beli ais box second hand ja wak..masih ok lagi..nanti ada duit lebih boleh ganti baru..then sha beli barang dapur..mostly penting bahagian barang dapur..ada juga barang hadiah kahwin..gelas, piring dan kontainer..terima kasih sebab hadiahkan barang yang cukup berguna selepas kahwin haha..

Sha memang nak pindah rumah sendiri lepas kahwin, means that ada kehidupan sendiri dengan suami dan anak..dengan privasi sendiri..actually awal awal kahwin kewangan tak berapa mencukupi until sha dan suami decide pindah rumah di kuarter husband kerja..time sha pregnant edan 7 bulan..

Semuanya kami mula sendiri, sikit sikit beli barang..kebanyakan barang sha beli dekat kedai rm2 dan ninso..murah2 ja tapi best tengok ada barang dapur sendiri..sayang nak buang even harga murah

Lepas ekonomi dah stabil start beli barang keperluan lain..masih dalam lingkungan keperluan yang dimesti kan ada dalam rumah..macam TV, mesin basuh dan rice cooker..itu semua sha baru ja ada tau..

Tv sha beli second dekat saudara..tapi suara tak keluar..bolehlah tengok chandra nandini guna subtitle hahaha..then bila ada rezeki lebih baru beli smart TV, boleh edan tengok youtube dekat TV, lagi satu xperlu guna decoder mytv..sebab dah ada channel dalam TV tu hanya sambungkan antena saja..sha pakai antena dalam rumah..

Cuci baju pun dah guna mesin..hari tu rumah bawah complain dia basah sebab sha jemur kain kan tak perah..maklumlah xda mesin..hahaha..now alhamdulilah walaupun hanya mesin basuh manual..sha tetap dapat cuci baju dengan bersih

See guys walaupun benda murah, function tetap sama..dari sebuah rumah yang kosong qlhamdulilah rezeki Allah beri kami keperluan untuk diisi pada rumah tersebut..

October 11, 2019

Anak dah Setahun, Tapi tak Pandai Jalan?

October 11, 2019 3 Comments
Anak dah Setahun, Tapi tak Pandai Jalan? Assalamualaikum, hi, macam stress ja tajuk entry ni, haha, alhamdulilah edan dah setahun, tapi edan belum pandai jalan huhu..someone boleh teriak dekat telinga umie tak yang it's a normal until umurnya 18 bulan..gelisah betul anak belum pandai jalan ni..haha..dont push sangat, kesian baby..

Image may contain: 2 people, baby and close-up

Edan sekarang sha tengah selalu urut perlahan, secara bulatan dekat lutut dia, sebab ada dengar orang tua kata nak cepat berjalan setiap pagi urut lutut, alhamdulilah sejak sha buat tu, memang tunjukkan yang dia dah pandai berdiri, berpaut pada almari dan cuba lepaskan tangan dia, kadang2 kita sebagai ibu kena ransang juga anggota badan dan emosi dia, penat dia berdiri, kadang malas dia mau berjalan sebab badan tak stabil kan..

Tapi bila dengar mak mak yang anak dia dah pandai berjalan, tak menang tangan dan kaki kejar anak-anak terus sha angguk kepala haha..tadi nak sangat anak pandai berjalan, sekarang dah berjalan ahh rasa kau, kejar sampai kurus umie dibuatnya haha

Anyway, umie tenggah tunggu baby carrier order dekat shopee, wargghh tak larat nak angkat edan tanpa baby carrier, macam pikul beras 10kilo naik tangga 3 tingkat, baby carrier lama hilang entah ke mana. hoeply sampai besok ya..hihi

So, cepat ka lambat ka milestone anak masing-masing, just alert sampai tahap mana perlu jumpa doktor, jangan dengar sangat bawangan orang, yang ada cuma sakit jiwa haha..remind to myself haha..edan pandai jalan sikit masa ja lagi..haha..umie yang positif haha..






October 10, 2019

Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis

October 10, 2019 5 Comments
Akaun Bank Perniagaan Tanpa Premis | Assalamualaikum, sha pernah juga google cari bank mana yang sesuai untuk memulakan perniagaan tanpa premis, agak sukar juga ya sebab semua bank memerlukan banyak kriteria termasuklah deposit RM10k, mana nak cari kan? aduh pening kepala peniaga kecil kecilan mencari deposit sebanyak itu, so sha tolong korang singkatkan masa memikirkannya, jom kita borak pasal akaun bank mana yang menyenangkan peniaga lagi-lagi peniaga yang tanpa premis macam sha ni hihihi.

Awal bulan Ogos lalu, sha dan suami decided untuk buat perniagaan tanpa premis, lalu kami pun urus trading lesen di Majlis Perbandaran Sandakan, sudah siap berurusan, kami terus proceed kepada pembukaan akaun bank, jangan guna akaun sendiri ya, better buka akaun bank untuk korang grab banyak benefit termasuklah loan dan memperbesarkan lagi perniagaan insyaAllah


So sha dah try tanya banyak jugalah bank area sandakan, mostly 3 hari waktu bekerja sha urus, then baru dapat buka akaun dengan CIMB

Sha langsung tiada kad CIMB, husband pun sama, so kami pergi cawangan dekat IJM, Batu 6, serahkan salinan trading lesen yang telah disahkan, dan mereka akan check CTOS, bila sudah clear, dorang akan panggil untuk pakej Insuranse dan Saving, tapi sha tak ambil pakej ni, boleh ja kalau nak dengar hihi.

Bila dah cerita-cerita dengan staff, dia akan suruh kita isi borang, IC, trading lesen original jangan tinggal ya, lepas siap semua, dia akan bagi kad ATM (cas RM15 akan ditolak pada deposit nanti), Cheque (ni terserah kalau korang mau pakai) sha tak ambil sebab 3x tendang, akaun terus tutup, ahh naya kau, then yang terakhir CIMB Click, ini buat sendiri.

Simple nya, tak sampai 1 jam dah siap..akaun dah aktif dan korang dah boleh mulakan perniagaan..sha nak cerita pasal bank mana yang bank songgeh tu (maybe next entry) terlampau banyak kriteria sampai bosan edan nak tunggu umie dia ni berurusan, tapi alhamdulilah settel semua masalah..hihi..hopely entry sha membantu ya..


October 9, 2019

Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms.Word

October 09, 2019 2 Comments
Tutorial Buat Cop Bulat Syarikat menggunakan Ms.Word  | Assalamualaikum, lamanya sha tak buka laptop haha, selama ni update guna phone ja, so hari ni gigih nak buat cop syarikat memandangkan sha sekarang dah ada bisnes sendiri, tapi tanpa premis, itu nanti sha sharing..



Bisnes sha lebih kepada online, so no need real cop untuk sahkan apa2 dokumen, sebab office sha dekat rumah ja, so dokumen dihantar melalui whatsapp dan email, edit sikit dekat photoshop then send back, so sha perlukan softcopy cop bulat tu, mana nak buat ya?

Google punya google, terjumpa 1 sumber dari laman web ni, so memang senang cuma sha edit sikit ikut style sha hihi..hope dapat membantu korang yang tengah fikir macam mana nak buat cop syarikat sendiri, lepas ni dah boleh buat sendiri kan..

i) Buka Ms. Word dan klik blank document
ii) Pergi ke button insert dan button shapes
iii) pilih bentuk donut

i) adjust 2 bahagian yang di bulatkan mengikut size yang korang nak

i) pada button insert, korang cari button wordart
ii) pilih design word korang nak

i) selepas itu, korang taip nama syarikat, jika nak cantik tekan space 2x untuk memastikan ada jarak pada ayat, contohnya HEE DAN ENGINEERING (space 2x) SANDAKAN

i) adjust nama syarikat dan masukkan pada bulatan donut tadi
i) dah siap
ii) korang boleh mencipta sendiri logo syarikat dan letakkan pada tengah cop
iii) atau letak alamat atau no. hp atau pun no syarikat korang..

semoga bermanfaat