December 31, 2019

Top 5 Malaysian Street Food Inspired from Chinese

December 31, 2019 1 Comments


Top 5 Malaysian Street Food Inspired from Chinese | Assalamualaikum, cerita pasal makanan, Malaysia memang sangat terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan, tidak kira kaum Melayu, India Dan Cina, semuanya sedap-sedap belaka, namun orang muslim payah sikit nak makan makanan dari kaum Cina sebab kebanyakannya bukan halal, tapi sekarang korang jalan ja dekat tamu pasar malam memang akan nampak signboard Chinese Muslim Halal Food..

Jadi sha nak list dekat korang makanan yang korang boleh dapat dekat tamu pasar malam am nya..memang banyak jenis makanan Cina, kenapa pula sha pilih makanan kaum Cina? ala kan tak lama lagi Tahun Baru Cina, so kita up sikit makanan kegemaran sha versi Cina punya..hihi

1. Kung fu Ramen - Sha suka sangat dengan ramen ni, selain dari buatan Cina Muslim, ianya dihasilkan 100% menggunakan tangan..sha suka makan memang my favourite tau,  rasa asli mee tarik ini memang sedap..yang ayam BBQ pun satu gabungan yang mantop..sha selalu makan dekat Giant Kolombong, disitu hanya ada satu-satunya kedai kungfu ramen dibuka, nak order kena banyak jawab soalan..haha sebab banyak sangat jenis mee, ada lebar, ada nipis..dan mee tersebut akan dibuat depan mata korang..ahh siap berkungfu pakcik Cina tu..lambat sikit tunggu tapi enjoy..sampai ja makanan terus tak pandang tepi dah..sedap sangat.

pic credit to google

2. Dim Sum - Siapa tak kenal makanan ni dia rugi, haha..even di pasar malam pun banyak ja Cina Muslim jual ni dengan pelbagai bentuk dan rasa..saiznya kecil saja tapi bila dah masuk dalam mulut..punya sedap..lagi satu, orang Cina lebih suka makan Dim Sum bersama Teh,Yam cha maksudnya minum teh hihi..Sha selalu makan dekat kedai Fook Yuen di Kolombong, time kerja dulu selalu tapau sebelum pergi kerja, memang mengoda betul dim sum ni, banyak sangat pilihan, saiz bentuk dan rupa..

Image result for dim sum
pic credit to google

3. Keow Teow - atau dikenali sebagai Wat Dan Hor adalah makanan Cina yang sangat lazim, keow teow ada berbagai jenis masakan, iaitu basah dan gorang, selain mee kasar, ayam/udang dan sayuran juga disertakan. Tambahan dengan adanya telur menjadikan masakan ini bertambah pekat dan sedap. Makanan ni sudah menjadi menu lazim dekat mana-mana restoran, sha memang suka makan keow teow ni even dikedai India pun kita boleh dapat.

Image result for kuey teow basah sabah

4. Asam Laksa - ok ini korang selalu sangat makan, lagi-lagi dekat warung tepi jalan tu memang akan sedia satu kerusi dan meja untuk kita menikmati kelazatan laksa..aduhai..terasa di hujung lidah pedas-pedas laksa ni haha..Asam Laksa versi Cina ni ada rasa masam, manis dan pedas, sangat seimbang rasanya bila sekali hirup..

Image result for laksa cina
pic credit to google

5. Mee Kari - Eh jangan cakap kari hanya kegunaan kaum India saja, masakan Cina pun ada letak kari..biasanya mee kari atau mee berkuah ini dalam Bahasa Cina dipanggil hokkien mee tapi seriously sha memang pengemar masak kari..mee kari adalah pilihan terbaik kalau korang tak tahu nak lunch apa..mee kari dekat Sabah, lebih suka pakai bihun, rasanya lebih enak..


Image may contain: food
pic credit to google


Sha tambah 1 minuman haha, dah alang-alang makan yang sedap-sedap apa kata korang minum jus Lai Chi Kang untuk redakan panas dalam badan, seharian berjalan tengah panas, bak satu jus ni..memang sedap..bahan-bahan dalam ni memang untuk menyejukkan badan.

Image result for minuman buang panas cina
pic credit to google

Kadang-kadang tak sempat nak keluar makan, lidah pula nak makanan dalam entry sha..haha..adui sha jadi rasa bersalah pula, korang jangan skip makan pula ya, boleh ja order online dekat CHINESE FOOD disana banyak sangat pilihan makanan yang korang nak makan.

Cepat-cepat download aplikasi Food Panda ditelephone korang sekarang, ini aplikasi paling wajib ada di handphone sha, al maklumlah sha ni ibu yang menyusukan cepat sangat lapar, demand pula nak makan sedap-sedap, lagi satu sha kalau siang memang tiada masa nak keluar, baba edan pula kerja, senang ja ada Food Panda boleh tolong hantar sampai rumah sebab Food Panda ni bagi sha fast food delivery Malaysia..terbaikk

December 30, 2019

Link Sample Susu Percuma

December 30, 2019 4 Comments
Link Sample Susu Percuma | Assalamualaikum mommy out there, mesti korang pun macam sha tengah fikir nak bagi susu jenama apa dekat anak, mana fikir lagi susu tu sesuai ka tidok? actually susu ibu adalah yang terbaik untuk anak, tapi janganlah kecam mommy yang lain, mungkin mommy tu nak bagi anak susu formula sebab atas faktor kesihatan ka, atau susu ibu kurang, atau ibu bekerja ka..ahh kan..kalau nak cuba satu jenama alahai susu sekarang bukan nya murah dik oi..maka dengan itu sha nak share dekat korang jalan pintas untuk korang isi semua link sample ni..


Link Sample Susu Percuma

✔ANMUM
https://www.anmum.com/my/en/sample-request.html

✔MOM&ME
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-mom-me

✔FRISO GOLD
https://www.frisogold.com.my/en/get-a-free-sample

✔S-26
https://www.wyethnutrition.com.my/products/free-samples?fbclid=IwAR2pXTCNUwwiHHzIJxOAaDsAwN2VjKu_yr5Jr8Hp9OQWebScUiiDQx21vC4

✔SIMILAC/ENSURE GOLD/ISOMIL
https://abbottnutrition.com.my/campaigns/childsamplecampaign/5530FB51-6B31-412F-8166-36A072B567C5

✔NANKID 
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-nankid-optipro-3

✔LACTOGROW
https://www.startwell.nestle.com.my/ms/sampel-percuma-lactogrow-3?utm_source=facebook&utm_medium=cplc&utm_content=ppl_curtain_20181025-1231&utm_campaign=Lactogrow_GrowHappy_Aug_Dec

✔DUTCH LADY
https://www.smartmoments.com.my/en/get-a-free-sample?fbclid=IwAR2aqzuN-4VkI6tj8Kc8oCa-UgJNa5yA4Byt_W7fO5NQSFiV97Qyywh7K1k

✔ANLENE 
https://www.anlene.com/my/en/claim-sample-registration.html

✔ENFAGROW 
https://www.enfagrow.com.my/user/sample

✔PEDIASURE
https://pediasure.com.my/free-sample/request-a-free-sample

✔SAWANAH WOW
https://docs.google.com/forms/d/1mBmNwYtmJQUzmq-riVxLY0mDCTs8gJXt5GLjpHrQryU/viewform?edit_requested=true#responses

✔CERELAC
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-cerelac-infant-cereal

✔DUMEX DUGRO
https://www.dugro.com.my/dapatkansampel/

✔SUSTAGEN
https://www.sustagen.com.my/dapatkan-sampel-percuma-anda-sekarang

✔LACTOKID
https://www.startwell.nestle.com.my/free-sample-lactokidr-1-3

✔LAZZ SUSU KAMBING
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc7kKh3cmL178EREms0twufPQ2Proca69ZEOwdcNGyuZPkLFw/viewform

✔SNOW
https://www.snowbrand.com.my/sample-request

✔APTAGROW
https://aptagro-com-my-prod.content.digital4danone.com/meta-navigation/sample-request.html

Link Sample Susu Percuma ini sha copy paste dekat group FB, so kalau error ka link tu boleh bagitahu sha, setiap 1 keluarga yang memohon hanya layak dapat 1 sample susu percuma, dan sample akan dihantar ke alamat makan masa juga 1-2 bulan begitu, jadi korang boleh lah isi semua borang sample untuk susu percuma

Pampers percuma ada juga nanti sha share ya..setakat ni, sha start isi pada bulan November 2019, baru dapat 3 sample susu, iaitu Dugro paling awal sampai..2-3hari or semingu begitu dah sampai, the dapat lactokid dan tadi dapat nankid..semua dah bagi edan test..semua dia tolak..alahai anak ku..

Semoga entry sha ini membantu mommy semua..apapun pesan sha..susu ibu adalah yang terbaik tauu..good luck..hihi

December 24, 2019

Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com

December 24, 2019 9 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2020 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 3.00 petang 24/12/2019 sehingga 3.00 petang 25/12/2019. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #35 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Setelah sekian lamanya, Header Baru

December 24, 2019 6 Comments
Assalamualaikum, seiring dengan tahun baru nak mula sikit masa ja lagi, sha pun terasa nak ja ada header baru..nak buang mood lama..so tercipta lah header yang ada dekat atas..ada umie dan edan ja hahaha..baba kerja..

Simple kan..

Sha tengah baik pulih sikit template blog ni..masih kosong lagi..bloglist pun belum ada..makan masa kot..sebab.kena tunggu edan tidur..dah tidur..sha kena take time pula belajar balik godek kod kod semua ni..alahai..tadi hang jap sebab hilang satu kod html..ahh naya kau..habis 30minit dekat situ..haha

Header sha tak macam budak2 juga kan?? Ke macam...org dah berusia hahaha...sapa ckp cantik meh sha nak belanja 1 header..perghh rajinnya sha kan...hahaha...

Gurau..

Blog sedang dibaikpulih

December 24, 2019 1 Comments
Assalamualaikum, mesti korang terkejut apasal la buka blog opzzpinky jadi warna putih semua ni..haha sha tengah tukar baju blog..rasa nak hias simple ja ni mesti sebab usia ni..hahaha ala..suka blog yg xberat, xsemak, tapi pink tetap ada..gituu haha..tapi bila tengah buka html..edan pula dah bangun..ala..terbengkalai kerja umie dibuatnya..xapa malam nanti sha sambung hias..

Jap lagi nak tengok chandra nandini..cuti ni xpergi mana pun..duk rumah ja hahaha..

December 23, 2019

Sinopsis Kampung People

December 23, 2019 3 Comments


Sinopsis Kampung People | Assalamualaikum, ramai orang cakap drama ni happening..best dari drama melayu yang lain..actually sha pun baru nak marathon episode 1 best lah..dengan watak elly mazlein sha suka sangat walaupun ada gedik dekat situ haha..nak sambung tengok nanti jap lagi dekat youtube..maklumlah unifi sha dah pasang hahaha

Drama ni disiarkan pada jam 9 malam setiap hari Rabu-Jumaat di TV3, sha memang tak dapat nak tengok kalau time malam..edan tidur awal...hihi so tengok online ja la kann

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

Sinopsis Kampung People Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaaan di kampung.

So korang rasa best ke tak? hihihi

Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online

December 23, 2019 3 Comments


Terlepas tengok Chandra Nandini? Jom Tengok Online | Assalamualaikum, hi peminat Chandra Nandini..haha kita genk, hari ini ada tau, korang jangan lupa tengok pula, makin lama cerita nya makin best, oklah ada juga wayang yang sha ditunggu2 walaupun sha ni tak langgan astro..ini ja wayang sha setiap hari..

Drama Hindustan ini start pukul 4petang setiap hari Isnin-Khamis DiTV3

Terlepas tengok Chandra Nandini? korang jangan risau, sha tolong sort kan masa korang mencari channel mana nak tengok..sha dah berabis cari dekat you tube, jumpa tapi subtitle pula tiada, macam mana nak faham kan haha..

Cerita ni pasal apa ya? ok mari sha story sikit, awal-awalnya cerita dendam Chandra kepada ayah nandini sebab dia bunuh Bapa Chandra, then kebetulan dia ni keturunan Raja, lalu merampas tahta Nanda, ayah nandini, lalu jadilah dia Raja Magdad, kahwin terpaska dengan puteri nandini dan bermula lah bibit2 cinta didalam istana..

ok cukuplah tu kalau korang nak tengok full drama tu korang boleh tengok dengan page ANIME MALAY rajinkan like page dia ni, ada banyak lagi drama best dekat situ..hihi

ok can cin cau...


December 22, 2019

Happy 2nd Anniversary

December 22, 2019 4 Comments
Happy 2nd Anniversary | Assalamualaikum, eh tak sedar dah 2 tahun bersama..aishh cepatnya masa berlalu kan b, sha ingat lagi, 2 tahun yang lalu pada 22.12 iaitu hari jumaat jam 2 petang, kita diijab kabul, terasa berderai laju air mata time tu sebab dah sah jadi isteri orang..banyak tanggung jawab kena pikul bersama..


alhamdulilah, semuanya Allah permudahkan, walaupun hakikatnya masalah satu persatu datang diawal perkahwinan..terutamanya bila kami suami isteri buat keputusan untuk keluar berdikari didunia yang penuh dugaannya..hidup berdua dengan edan didalam perut umie..tinggal bersama di teratak kecil..syukur Allah permudahkan..

semoga di masa hadapan, kita akan terus bersama mengharungi suka duka kehidupan rumah tangga dengan penuh kesabaran, semoga dimurahkan rezeki anak-anak..

Happy 730 days anniversary, b..
edan and umie loves u so much..
jangan lupa baca entry ni tau hihi

Unifi Dah Pasang

December 22, 2019 3 Comments
Unifi Dah Pasang | Assalamualaikum, alahai rindunya dengan blog, lama betul sha tinggalkan tanpa entry, dekat sebulan juga, itupun selepas sha tukar sim kad ke Tune Talk =.=' terus line lembap..sayang ja sha subscribe data RM48 untuk unlimited data..bos tune talk ok ka? ermmmm..ntah lah hahaha..so memandangkan tempat tinggal sha ni dekat taman sejati baru nak up internet unifi so sha dan husband pun fikir lah nak pasang..


Kami daftar since 2 bulan yang lepas, then baru kemarin technician datang pasang, macam free sebulan kan? so sebulan tak payah bayar, tapi kontrak 2 tahun haha..oklah dari stress line tune talk lembap, bolehlah ambil plan RM89 ni so semua dapat pakai..edan pun happy tengok karton dia dekat you tube tanpa sekat sekat..hihi..

So, insyaAllah tiada lagi masalah tiada entry ya sharina haha..