Edan Berklinik 18 Bulan | Assalamualaikum, hari ini adalah hari pertama umie dan edan keluar rumah setelah sekian lamanya kami terperuk dalam rumah sejak PKP ni, tapi perasaan kali ni tak bestlah, bukan seronok keluar pun, takut ja ada, takut sangat-sangat, rasa mau cepat ja pulang rumah, lagi-lagi sorang ja boleh masuk klinik tadi, husband tunggu dalam kereta
Sampai ja kami di klinik terus kepala kena tembak dengan alat periksa suhu, kalau tak demam lepas lah, then dalam klinik pun tak boleh duduk dekat, jarak pun kena jaga, husband balik-balik ingatkan sha, jangan biarkan edan sentuh apa-apa, budak ni dah dapat kaki manalah dia faham erti duduk dia..kira lama jugalah sha tunggu tadi hampir sejam -.- edan dah meragam kena lagi time tu dia punya jadual tidur, maka sha lah yang terpaksa angkat dia ke hulu hilir dengan perut sha dah nak masuk 6 bulan tapi macam kecil ja hihi..
Tinggi edan 79.5cm berat pula 9.8kg, hari ini dia dapat 1 suntikan di lengan, karau dia menangis tadi..lepas tu turn sha pula berklinik, sepatutnya hari khamis ni, tapi malas mau keluar lagi sekali pergi klinik boleh ja kata nurse tu sekalikan dengan anak haha..lega hati sha..lepas settel semua terus sha balik..tak macam selalunya sha berklinik seorang diri, edan duk rumah dengan baba, sha akan stay dulu bungkus makanan then makan dalam klinik..hari ni tak boleh 3 beranak kebulur haha..
Semoga cepatlah sembuh dari wabak Covid ni, sha nak bersalin July nanti, semoga dipermudahkan semuanya..amin..
Semoga Edan sentiasa sihat dan ceria
ReplyDeleteitu la. ada 2 minggu lg ni nak hadap. semoga x extend lg.
ReplyDelete