Fasa Edan Tantrum Bermula | Assalamualaikum dan salam ahad, hari ni duk rumah ja, baba edan ada mesyuarat peladang..edan tengah tidur sekarang jadi umie curi masa sekejap borak pasal fasa baru nak up iaitu TANTRUM
Apa bah sebenarnya maksud tantrum ni, actually bahasa mudahnya ialah buat perangai haha..anak umuran edan biasanya akan lalui fasa ini, memang ibu bapa tak lari dari fasa ni, ini adalah fasa mereka menunjukkan ketidakpuashatian haha..ialah mau perhatian lebih macam tu..
So, sha mula perasan edan ni dalam bulan lalu, ketika umurnya 1 tahun 4 bulan dia mulai memberontak, kalau tak dapat benda yang dia mahu dia akan pergi dinding dan hantuk kepalanya, lepas tu baru-baru ni sha perasan dia hantuk kepala pula di lantai..menangis tak ingat dunia bagai dipukul pula dia..aishh geram pula umie ni ahh..
Apa yang sha buat bila edan dalam keadaan begitu, sha tak biar dia hantuk kepala nya..sakit tu..sha pujuk dia..tanya dia apa mau, kalau tak jalan juga memang biar dia menangis sampai dia penat..sha malas sebenarnya layan edan menangis..haha..lastly dia sendiri diam..
Jangan main dengan hormon orang mengandung ni..pantang dengar bising-bising terus hang..kadang termarah juga..tapi bila fikir balik..alahai anak ni masih tak tahu apa-apa kan..biasanya edan tantrum dirumah, tak pernah lagi dia buang tebiat di luar..sha belum ready lagi kalau dia buat hal di luar..haha..harapnya taklah kan
So, ibu-ibu mesti pernah jadi dekat anak kan? apa yang korang buat ya untuk redahkan tantrum budak ni? and sampai umur berapa dorang ni buang tebiat?
hahaha
Fasa Edan Tantrum Bermula
sHaRiNa (opzzpinky.com)
4
Comments
tu la anak2 tantrum boleh stress juga. kadang pujuk tunjuk2 menda lain la tarik perhatian dia untuk hilangkan tantrum
ReplyDeletestress layan tantrum anak haha...
Deletedia tahu dia nak ada adik.. mmg akan ada tunjuk perasaan..hihi sabar mommyyy
ReplyDeleteaah ada juga dgr org tua ckp cmni..huhu
DeletePost a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)