Resepi Donut Gebu Dan Simple | Assalamualaikum, boring nya, masuk dapur pun ntah apa mau makan..haha..so sha try lah cari dekat FB resepi donut, baby dalam perut nak makan donut pula..ok ok umie beranikan diri try ya, sebab 1st try hari tu failed haha..kena try juga ni sebab sampai bila kan..so pagi tu suruh husband beli barang dan pakai barang dekat dapur ja.
Resepi Donut Gebu Dan Simple
Bahan 1:
- 2 sudu besar yis mauripan
- 1 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
*campur bahan ini dan biarkan kembang selama 10minit
Bahan 2:
-2 cawan tepung gandum
-2 sudu besar minyak masak
-1 sudu teh garam
Cara-cara:
1- Gaulkn bahan (2) sehingga menjadi mcm serbuk roti, kemudian campur bahan (1) dan uli sampai tepung tak melekat di tangan
2-Masuk dlm bekas dan biarkan kembang (tutup dalam bekas selama 15minit)
3-Selepas 15minit keluarkan doh dan tumbuk2 doh
4-Bulatkan donut, dapat dalam 12 biji dan masa nak menggoreng baru lubangkan donut terus goreng dengan api perlahan dan rehatkan suam2 baru salut gula..
Resepi asal dari FB Norain Che Yop tapi sha ada ubah sikit-sikit sebab tiada bahan haha..tapi jadi juga tau, husband puji sedap dan edan makan tambah 3x tahu..so korang kena try juga..hihi..selamat mencuba..
Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia
thank you share resepi. time2 tengah kuarantin ni bolehlah try buat hehe.
ReplyDeleteWah sedapnya donut gebu no.. Boleh dicuba nanti
ReplyDelete