Cara Turunkan Bacaan BSP


Cara Turunkan Bacaan BSP | Assalamualaikum, Mengandung adalah moment yang dinantikan oleh pasangan suami isteri,  apatahlagi seorang ibu akan berasa teruja bila dapat tahu ada manusia kecil akan hidup didalam rahimnya selama 9bulan 10 hari, namun jika mengalami masalah kencing manis sepanjang mengandung, ianya amat merbahaya kepada ibu dan kandungan, dientry ini sha akan kongsi beberapa cara turunkan bacaan BSP


Apa itu BSP 

Singkatan bagi Blood Sugar Profile ataupun dalam Bahasa Melayu Profile gula dalam darah. Ujian BSP akan dijalankan di klinik ibu dan anak mahupun hospital selepas ibu mengandung mendapat keputusan yang tinggi hasil daripada meminum air gula semasa hamil iaitu MOGTT

Ibu dikehendaki berpuasa pada 10 malam sebelum ambil darah keesokkan paginya pada jam 8. Darah akan diambil terlebih dahulu pada lengan kemudian ibu disuruh minum air bercampur dengan glukosa sebanyak 250ml, kemudian ambil ujian darah kedua selepas sambung berpuasa 2 jam iaitu pada jam 10 pagi. ujian MOGTT ini dibuat untuk menguji paras glukosa dalam badan, ramai ibu yang mengandung mengeluh apabila doktor memberitahu tarikh untuk minum air gula, sebabnya air gula tersebut sangat pekat dan tersangat manis, sepanjang mengandung anak kedua ini, sha sudah dua kali meminumnya.


Keputusan Minum Air Gula MOGTT

Bacaan normal untuk MOGTT adalah 3.9-5.6 mmoI/L bagi berpuasa pada 10 malam, dan 3.9-7.7 mmoI/L, jika keputusan ibu-ibu diantara range tersebut, ibu-ibu tiada masalah kencing manis sepanjang mengandung, tapi suka sha ingatkan ada beberapa klinik ibu mengandung membuat ujian ini sebanyak dua kali untuk memastikan ibu benar-benar bebas dari kencing manis ketika mengandung.

Jika keputusan MOGTT melebihi paras bacaan normal, maka ibu diwajibkan menjalani ujian BSP sehingga tempoh bersalin, iaitu 2 minggu sekali atau jika paras gula dalam darah tinggi, ikut dari doktor mahu buat ujian dalam masa terdekat ataupun pengambilan ubat.


Untuk keputusan minum air gula kali kedua, sha sangkut 9.4 mmoI/L jadi sha terpaksa akur untuk menjalani ujian BSP hari ini, selama 3 kali sehari, iaitu puasa jam 10 malam, ambil darah pada jari jam 8, jam 11 dan jam 3, sebelum ambil darah, ibu dinasihatkan berpuasa 2 jam sebelum. Memang remeh kena pergi klinik 3kali sehari, tapi demi kesihatan anak dalam kandungan, ibu terpaksa patuhinya. Sha dapat tahu klinik di semenanjung jalankan ujian BSP sebanyak 4-5 kali sehari, sha bersyukur klinik tempat sha, hanya 3 kali sehari hihi. Tapi ibu boleh sahaja membeli alat ujian gula dalam darah sendiri di kedai online mahupun farmasi, ianya bernilai RM30-RM150, sha pun sudah membelinya di shopee nanti sha akan kongsikan di lain entry.

Bacaan BSP

Bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung bergantung kepada sama ada ketika dia berpuasa atau selepas makan. Berikut merupakan Garis Panduan Klinikal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

  • Sebelum makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 5.3 mmol/L
  • 1 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 7.8 mmol/L
  • 2 jam selepas makan, bacaan bsp yang normal untuk ibu mengandung adalah kurang daripada 6.4 mmol/L

Cara Turunkan Bacaan BSP

Bagi sha, cara untuk turunkan atau menetapkan bacaan BSP adalah dengan mengawal makanan; kurangkan makanan manis, seperti nasi, pengambilan susu pekat, makanan berminyak dan makan banyak sayuran hijau,  meminum air masak yang banyak dan melakukan banyak pergerakan. Tapi jika ibu memerlukan info yang details mengenai sukatan pengambilan makanan, ibu boleh merujuk kepada pakar permakanan ataupun list yang sha telah sediakan dibawah, info ini sha ambil dari group Info Ibu Hamil

Pemakanan sebelum dan semasa BSP

2 hari sebelum BSP
****************
➡ Stop terus makanan/minuman manis 
➡ Ambil karbohidrat nasi/roti ikut sukatan
➡ Cukupkan air 3L sehari
➡ Pastikan setiap kali makan nasi ambil sayuran hijau
* Nasi jangan lebih 2 senduk rata
* Roti jangan lebih 2 keping
* Makan pada waktu yang ditetapkan untuk elak dari makan banyak.
.
1 hari dan malam sebelum BSP
*************************
➡ Last ambil makanan berat pukul 5 atau 6 petang
➡ Cukupkan air kosong 3L sehari
➡ Bangun awal pagi untuk elak rasa lapar
* Air kosong penting untuk buang lebihan gula dalam badan melalui air kencing
* 2 senduk rata nasi dan 2 keping roti akan dihadam dalam masa 2 jam

Semasa BSP

Selepas BSP pagi (8am)
*************************
➡ 2 keping roti 
➡ Salad, telur untuk buat sandwich
➡ Air kosong sehingga BSP seterusnya.
➡ Wajib stop makan 2 jam sebelum, BSP seterusnya.

Selepas BSP tengah hari (12pm)
*****************************************
➡ 2 senduk rata nasi
➡ 1 mangkuk sayuran hijau
➡ 1 ekor ikan atau 1 ketul ayam tanpa lemak
➡ 1 kosong sehingga BSP seterusnya.
* Sawi,peria,bendi dan bayam antara sayuran yang bagus untuk kawal gula
* Makan sayur terlebih dahulu sebelum makan nasi untuk cepat rasa kenyang dan kenyang lebih lama.
* Untuk protein ikan dan ayam ambil lah masakan bakarkukus,rebus atau stim
* Makanan bergoreng atau minyak boleh meningkatkan kolestrol dan tidak baik untuk bacaan gula ibu kencing manis.

Selepas BSP petang (5 pm)
**********************
➡1 keping roti mil penuh
➡1 gelas susu rendah lemak HL original
➡air kosong sehingga bsp seterusnya
* Bergerak.aktif seperti berjalan,sapu sampah 
* Pergerakkan aktif akan bantu kekalkan kepekaan insulin untuk kawal gula.

Selepas BSP malam(9 pm)
*****************************
➡ 2 senduk rata nasi
➡ 1 mangkuk sayuran hijau
➡ air kosong secukupnya.

Ibu mengandung hanya akan menghidap kencing manis ketika mengandung sahaja, nanti bila sudah bersalin, penyakit tersebut akan hilang, jangan risau ya ibu, cuma kawal makanan, jangan lupa check up pada tarikh yang ditetapkan semoga Allah permudahkan urusan kita semua..

Selamat hari Jururawat :)

2 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Oh, iya aku jadi teringat pernah mencoba ikut tes gula darah di laboratorium ...
    Kulihat ada kertas lembar tingkatan berwarna menunjukkan hasil kertas hasil testnya.

    Membaca ini juga jadi tambah ilmu untuk ibu hamil.
    Terimakasih sharingnya, kak.
    Salam.

    ReplyDelete
  2. Tq info yg bermanfaat nurse..🥰

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post