Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah


Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah | Assalamualaikum, tahun ini adalah tahun pertama kita akan menunaikan Solat Aidilfitri di rumah, seperti mana bulan ramadhan, solat tarawih juga kita terpaksa solat bersama keluarga di rumah. Solat Aidilfitri sangat berbeza dengan solat Tarawih sebabnya ada bacaan selepas khutbah, jadi para suami dan bapa yang bakal jadi imam jangan cemas, di entry ini sha akan kongsikan Panduan Lengkap Solat Aidilfitri di rumah bersama keluarga tersayang di pagi raya yang mulia ini. 

Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah

  • Lafaz niat; sahaja aku solat sunat Aidilfitri, menjadi imam kerana Allah Ta’ala.
  • Lepas baca doa iftitah, takbir ‘Allahu akbar’ sebanyak 7 kali. Selang-selikan dengan bacaan secara ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  • Cukup 7 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  • Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud dan sujud kali kedua seperti biasa.
  • Bangkit dari sujud menuju rakaat kedua dengan takbir ‘Allahu akbar’.
  • Selepas itu terus bertakbir lagi ‘Allahu akbar’ sebanyak 5 kali. Selang-selikan dengan bacaan ‘Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar’ secara perlahan.
  • Cukup 5 kali takbir, mula membaca Surah Al-Fatihah, kemudian diikuti dengan apa saja surah yang pendek.
  • Kemudian rukuk, iktidal, sujud, duduk antara 2 sujud, sujud kali kedua dan duduk tahiyyat akhir.
  • Baca tahiyyat sehingga habis dan bagilah salam.
Maka selesailah solat sunat Aidilfitri. Kemudian tibalah saatnya untuk para imam membaca khutbah. Khutbah Aidilfitri ni macam khutbah hari Jumaat biasa saja.

❤️ Khutbah pertama

  • Ucap “Alhamdulillah”.
  • Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Baca 1 potong ayat Al-Quran; “Inna a’thoinakal kausar. Fasolli lirabbika wanhar. Inna syaniaka huwal abtar”.

Sekian khutbah pertama. Kemudian duduk la sekejap.

❤️ Khutbah kedua

  • Ucap “Alhamdulillah”.
  • Baca selawat “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad”.
  • Pesan kepada makmum untuk bertaqwa; “Marilah kita semua meningkatkan taqwa kita kepada Allah”.
  • Baca 1 potong ayat Al-Quran; ”.”Qul huwallahu Ahad. Allahus somad. Lam yalid walam yulad. Walam yakullahu kufuwan ahad”.
  • Baca doa untuk seluruh orang Islam; “Ya Allah selamatkan kami semua dari Corona Virus. Ya Allah selamatkan kami semua di dunia dan akhirat.
Panduan lengkap ni adalah perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar Basri di FB beliau, Senangkan Panduan Lengkap Solat Aidilfitri Di Rumah ini, korang boleh simpan dalam Handphone dulu, kemudian hafal sikit-sikit, ada 9 hari lagi kalau nak hafal, kalau nak khutbah yang panjang sikit bolehlah google, semoga dipermudahkan pagi raya kita tahun ini

1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post