Resepi Biskut Semperit 3 Warna Guna 3 Bahan Sahaja | Assalamualaikum tahun ni ramadhan agak berbeza sedikit, pkp membataskan kita untuk keluar pergi bekerja, tapi hikmat disebalik pkp tu banyak sangat sebenarnya, bukan saja dapat berbuka puasa dengan keluarga, malah kita sebagai ibu atau isteri ada banyak masa untuk mencuba resepi baru, so apalagi jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja
Baca : Resepi kek sarang semut
Minggu terakhir ramadhan ni, bolehlah habiskan masa dengan ajak family membuat kuih raya, meskipun kita tidak dibenarkan berkunjung ke rumah orang lain, kuih raya yang ada bolehlah makan bersama keluarga dirumah sambil tengok tv..opss kuih raya wajib ada tau, hihi
Kadang kita ni pula malas mahu buat, takut pula nanti buat kuih tak jadi, akhirnya masuk dalam tong sampah, siapa pernah angkat tangan hahah, jangan risau, resepi kali ini sangat mudah dan jimat sebab resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja
Semperit adalah kuih raya yang sangat popular dizaman dulu kala, membuatnya juga tidak susah..jom kita cuba resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja
resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja
Bahan-bahan
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat
1 cawan majerin
2 titik pewarna hijau dan pink
*warna lain pun boleh
Coklat chip
Caranya
Adun sebati susu pekat dan majerin, kemudian masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga habis, adun menggunakan tangan dan pastikan adunan tidak melekat di tangan tandanya adunan sudah boleh d uli.
Bahagikan kepada 3, titiskan 2 pewarna kepada 2 bahagian dan biarkan 1 bahagian dengan warna yang asli.
Corakkan menggunakan acuan bunga, susun pada loyang dan letakkan coklat chip di atasnya
Baca : Resepi makmur conflakes
Panaskan oven 10minit, bakar kuih dengan suhu 150'c 20minit mengikut oven masing-masing
Senang bukan? Penyediaan juga memakan masa 2-3 jam sahaja, selepas itu korang boleh sambung resepi kuih raya yang lain pula. Itulah dia resepi biskut semperit 3 warna guna 3 bahan sahaja
sy buat biskut semperit baru2 nie nda jadi kak huhu sedihnyaa..
ReplyDeletetry resepi ni nurul, pasti menjadi hihi
Deleteviral samperit 3 warna tahun ni. hehe
ReplyDelete