Bismillah,
Assalamualaikum.
Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin | Ada orang sekejap saja sakit, dah bersalin. Ada orang pula sudah berhari-hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak langsung, padahal punyalah sakit. Allah saja yang tahu. Kalau ikutkan pengalaman sha mengandung anak pertama sakit menunggu bukaan tu kira-kira dalam 6 jam, anak kedua pula disebabkan induce maka sakitnya teramatlah sakit walaupun masa nak tunggu bukaan itu agak singkat berbanding anak pertama. InsyaAllah dalam entry ini sha kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
Lain anak lain pengalaman bersalinnya, jangan cakap sudah melahirkan anak ketiga sekali pun tetap akan berbeza pengalamannya, ibu yang hendak bersalin ini bagaikan pergi ke medan peperangan untuk pertarungan nyawa. Sakit bersalin tetap ada. Jadi hargailah para isteri serta ibu kamu ya.
Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin
1. Banyakkan berjalan
Ya, memang sakit. Tapi kalau kita duduk sahaja lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh. Kalau sudah berada diwad kerapkan berjalan keliling wad, berehat ketika penat dan sambung balik, ini salah satu cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin. Tapi 37 minggu rasanya dah boleh mula kerap berjalan, tak kisahlah pergi shopping mall ka pasarka, berjalan kaki lah, mesti kaki penat bila malam sebelum tidur, boleh tinggi kan sikit menggunakan bantal
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awalawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum. Sha pun kurang pasti pengunaan air selusuh ini meski kedua-dua kandungan sha memang mak mertua pesan suruh minum sebelum sha bersalin tapi hasilnya tetap sama, adakah ianya tidak serasi, wallahualam hihi
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah, Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih-lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang. Mengikut pengalaman sha bersalinkan anak kedua, sha tak putus baca doa nabi yunus sambil miring ke kiri, alhamdulilah bukaan lancar ja.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Sebagai orang islam, dalam solat, seharian kita akan sujud, kalau boleh sujud tu biar lama sikit, pujuk baby keluar cepat, dan minta doa, semoga dipermudahkan proses kelahiran
So, Itulah dia cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh korang amalkan. Setiap ibu pasti ingin yang terbaik buat anaknya lahir ke dunia ini , tak kisahlah dia terpaksa merasainya sakitnya kontraksi berjam lamanya, atau sakit kena jahit bahagian alat sulit, ataupun melahirkan melalui pembedahan, semua itu kerana untuk melahirkan permatanya.
Sha doakan supaya korang melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga korang dan baby selamat.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)