December 15, 2021

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS

December 15, 2021 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS | Mulai 8 November Sabah antara negeri yang beralih kepada Fasa 4 Pelan Pemulihan (PPN) setelah merekodkan penurunan kes covid19 baru-baru ini, jadi dengan peralihan fasa, sekolah juga dibenarkan untuk beroperasi, setelah sekian lama anak-anak belajar online, mesti rindu dengan kawan, guru dan sekolah, semestinya para ibu bapa juga turut mula untuk membeli kelengkapan sekolah memandangkan pasar raya kini gian mengadakan promosi back to school, kasut sekolah masih muat kah tu hihi.

Pallas adalah jenama yang tidak asing bagi ibu bapa, dari sha sekolah rendah sampai menengah, bapa sha memang akan belikan kasut pallas, memang harga ada mahal sikit, tapi bapa cakap berbaloi sebab boleh pakai lama, bayangkan kasut boleh jadi turun temurun, kakak sha habis sekolah tingkatan 5 sha pula sambung pakai kasut dia, sebab masih bagus lagi sayang kalau nak buang, masa tu memang jimat betul bila start pakai kasut pallas ni.


Tapi kasut pallas sekarang sangat berbeza kan, sha perhatikan bahagian tapak tu kalau kita pakai cengkamanya lebih baik, so sangat sesuai untuk anak yang suka buat aktiviti luar, macam lumba lari, main bola dan sebagainya, kita sebagai ibu tak risaulah anak aktif bila pakai kasut pallas ini. 

Reka bentuk kasut pallas memberikan keselesaan dan keselamatan

Selain dari reka bentuk pada tumit kaki juga memberi lantunan yang baik untuk mengurangkan sakit kaki, kasut pallas juga memberi keselesaan kepada kanak-kanak yang sedang membesar, itu yang penting sebenarnya. Bila pakai kasut yang selesa, banyak benda dorang boleh terokai, pergi sekolah pun bersemangat dan belajar lagi senang faham, ibu pun senang hati.

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS 



Kasut pallas quick dry dan tahan lama

Hujung tahun biasanya cuaca tak menentu, selalunya hujan kan, untuk model PX25-013 direka khas untuk budak sekolah rendah yang aktif, kasut selalu kotor dan ibu kerap basuh pada malam hari, kasut model ini berfungsi cepat kering..ibu tak payah risau dah..anak pasti ke sekolah dengan kasut yang bersih dan kering.



Sha ingat dulu masa sekolah kasut lupa cuci, malam tu cuci letak belakang ais box, besok pagi kering siap ada tanda kuning pada kasut, sapu guna kapur, senang hati ke sekolah, tapi sekarang kasut warna hitam kan, bestlah pakai ada gaya macam pengawas pula haha..kalau kotor tak nampak sangat

Ibu dah mula cari kasut apa yang sesuai untuk anak bila sekolah dah nak buka, mari lah cuba kasu pallas, sha sangat recommended ibu beli kasut pallas untuk anak ibu, sebabnya kasut pallas sangat mementingkan keselesaan disetiap langkah anak kita pergi dan balik sekolah, selain dari itu ianya memastikan anak ibu selamat dari tergelincir dengan adanya tapak kasut getah dari pallas.

Boleh beli onlie di www.wow2wee.com jangan risau tak tahu macam mana ukur kasut anak, takut nanti sampai rumah kasut longgar atau sempit, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur ngam-ngam dengan kaki anak

Untuk info lanjut mengenai kasut pallas boleh terjah website pallas www.pallas.com.my dan facebook (pallas malaysia)

Selamat Kembali Ke sekolah dengan Kasut PALLAS

November 28, 2021

Wajah Tampil Lebih Anjal Dengan Safi Youth Gold

November 28, 2021 1 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Wajah Tampil Lebih Anjal Dengan Safi Youth Gold | Perempuan dan kecantikan berpisah tiada, sedar tak zaman sekarang penjagaan muka semakin diketepikan apatah lagi kalau sudah berusia mempunyai anak dan menganggap ianya bukanlah lagi satu kemestian dalam rutin harian. Same goes to me, sejak anak dua, seharian sibuk mengurus anak, kemas rumah, buat kek sampai lupa nak pakai skin care, sejujurnya ada juga perempuan macam sha ni, tiada masa dek kerana terlalu sibuk dan paling menyedihkan, kulit jadi semakin kusam dan terjadi penuaan. 

Sudah semestinya bila tengok muka di depan cermin, sha jadi stress, suami kata it's ok duduk rumah ja pun tapi hakikatnya isteri perlu melawa depan suami kan. Tak perlu pakai mekap, tapi mesti jaga muka dengan guna skincare yang sesuai dengan kulit, oleh itu sha cuba Safi Youth Gold

Dari bujang lagi sha memang setia dengan produk Safi, penjagaan muka, badan, rambut semuanya menggunakan Safi, sebab produk Safi adalah produk Malaysia No.1 yang disahkan Halal oleh JAKIM. Dan baru-baru ini Safi telah melancarkan rangkaian Safi Youth Gold yang telah dipertingkatkan daripada produk penjagaan yang terdahulu iaitu Safi Rania Gold



Selaras dengan keperluan pengguna, Safi Youth Gold memperkenalkan The Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser untuk wajah tampil muda.

Kelebihan menggunakan kedua-dua produk Safi Youth Gold

1. Merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur dan mampu mengurangkan 50% dagu berlapis dalam hanya 15 minit.

2. Diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa, semestinya formulasi ini tidak melekit/berminyak yang mudah meresap dan selesa pada kulit.

3. Gabungan kedua produk ini menjadikan wajah tampil lebih anjal, runcing dan tirus ini kerana disetiapnya diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives, gabungan Golden C & Ceramide untuk memberi °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit.

1. Menegangkan kulit 
2. Meningkatkan keanjalan 
3. Mengurangkan garis halus & kedutan 
4. Meningkatkan kelembapan kulit 
5. Melindungi kulit dari pengoksidaan 
6. Meningkatkan kehalusan kulit 
7. Memperbaiki kulit rosak 
*Berdasarkan ujian saintifik & klinikal.

4. Harga sangat berpatutan, hanya RM59.00 ja guys..

Korang boleh dapatkan di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada. 

Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj


Testimonial Penggunaan Safi Youth Gold Selama 3 hari, mungkin terlalu awal nak nampak result tapi since sebelum ini sha pakai juga produk Safi, dan in love dengan keduanya pencuci muka ni dan serum, yang bestnya serum ni bila apply langsung tak melekit dan cepat menyerap, sha guna sehari 2x selepas mandi..kulit lebih segar dan haruman pun wangi..

Dah masuk 3 series ni kena rajin jaga muka, nanti cepat berkedut dan ada double chin, tapi jangan risau jom dapatkan produk Safi ini untuk bantu wajah tampil lebih anjal dengan Safi Youth Gold..beli sekarang tau..


#SafiYouthGold #SafiMalaysia #SkincareMalaysia

Laman sosial Safi :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia





November 6, 2021

Kek Birthday Untuk 2 Customer Pertama

November 06, 2021 3 Comments


Assalamualaikum, dalam minggu ini saja 2x orang order kek bajet untuk birthday ini adalah 2 customer pertama sha, dari customer beli karpet sampailah dia try kek bajet 1pek RM5, dia kata sedap lepas tu dia mahu order pula kek bajet untuk birthday kawan nya perisa coklat, satu lagi pun sama, anty sha dekat rumah, try kek bajet 6pek semua flavor dia try. Ngam2 bulan ni hari jadi ibu nya iaitu nenek hajah, so dia order kek vanila, Alhamdulilah walaupun busy buat kek bajet 1pek rm5 tu, busy dengan anak kecil sha terharu ada juga orang order kek dengan sha iyala deko tak seberapa, tapi rasanya sha yakin sedap hihi

terima kasih sis adawia order kek coklat, actually kek ni untuk kawannya, dia dah booking date bulan 1 nanti tuk anak nya pula..tq sis

tq anty order kek dan yakin sama hasil tgn anak buah mu ni hahaha..selamat hari ulang tahun buat nenek hajah..semoga sihat selalu

Tahun ni agak mencabar jugalah. Setakat tahun ini sha baru open order dan ini antara kek yang sha buat untuk tahun ini dengan resepi baru yang sha belajar dari pjj, agak lama juga belajar selain dari buat kek untuk birthday anak, adik dan ipar semuanya puas hati dengan rasa dan deko baru sha open order 

Bagi area sandakan sabah, jangan malu segan kalau nak order kek bajet untuk birthday bole roger sha fb sharina saimon..

September 24, 2021

Happy Birthday Edan 3 Tahun

September 24, 2021 3 Comments
Happy Birthday Edan 3 Tahun

Bismillah
Assalamualaikum

Genap hari ini edan umur 3 tahun, Alhamdulilah besar dah edan kan..cepatnya masa berlalu, umie ingat lagi waktu nak bersalinkan edan 3 tahun lepas, pergi hospital 2x cek bukaan, kali pertama sebab rasa kontraksi sakit sangat pada 22hb pergi cek bukaan baru 2 cm doktor suruh balik, pada besok nya pula 23hb sama juga bukaan 2cm mau pigi 3cm macam tu kena warded pun sebab umie time tu demam


Alhamdulillah, edan anak yang baik dengar cakap umie dan sekarang try jadi abang yang baik untuk eshal cuma itulah adik beradik kan..bergaduh tu memang kecil punya hal, tapi umie terharu bila eshal tiada depan mata nya confirm dia tanya sishal? Sayang sebenarnya dia dengan adiknya, umie ingat lagi lepas balik dari hospital waktu bersalinkan eshal, biras sha pangku eshal, edan suruh sha ambil adiknya dia tidak mahu orang lain pegang adiknya..Allahu...kecil kecil lagi dah faham ya..


Macam biasa kek umie buat 2 sebab tahun ni rumah kita ramai orang kalau buat 1 kek takut cukup, birthday eshal pun macam tu juga..lagipun edan suka makan kek..umie suka buat kek terutamanya bila edan dan adik suka makan..

Umie baba doakan edan jadi anak yang soleh,  Abang yang baik sebab jadi anak sulung ni berat tanggungjawab nya, macam baba, baba anak sulung, insyaallah bila edan besar nanti selalulah baca blog umie..semua cerita edan dan eshal umie kongsi sini..

Terima kasih acik yaya, tolong umie masak mee dan goreng ayam, tq baba sponser pizza

Doa yang baik2 untuk mu anak mama, selamat hari lahir yang ke 3 tahun edan, membesar dengan sihat ya..


September 22, 2021

Permainan PC popular zaman sekolah dulu

September 22, 2021 4 Comments
Permainan PC popular zaman sekolah dulu

Bismillah
Assalamualaikum

Bila bercakap tentang PC, teringat waktu pertama kali memiliki PC sendiri time tu sha melanjutkan pengajian di ILP, time tu ramai ja orang bawa PC ke asrama, sebab sha masih tak mampu beli laptop, PC ini pun bekas kakak sha punya sebab dia belajar dekat matrikulasi labuan, masuk UMS dia beli laptop.

solitaire card

Pertama kali dapat pegang PC time tu rasa seronok sangat, iyalah bayangkan time tu sha dah tingkatan 5 baru dapat merasai sendiri pengalaman memegang keyboard dan mouse dan sistem di dalam sebuah komputer hihi, of course sha excited bermain game didalam PC tu, dulu tak banyak game tapi sha ingat sangat permainan solitaire card, alah main susun susun kad mengikut nombor pada kad. 

Untuk pengetahuan korang, game solitaire ini memang ada sedia dalam PC ni, maksudnya telah di pasang sedia oleh windows sejak dari windows 95 hingga windows 10, jadi game ini automatik akan berada dalam PC korang apabila korang siap install windows.

Sampai sekarang sha masih main game solitaire, sha main di Solitaire sha rasa klasik ja main game macam ini, bukan apa, bila main waktu lapang, terimbau zaman sekolah curi curi masuk bilik semata-mata nak main game zuma dulu kan game zuma ni bila terpapar di skrin kita jadi excited nak main sebabnya grafik game ni masa tu sangat memberangsangkan membuat pemain enjoy dengan paparan skrin dan suara. 1 permainan boleh main sampai berjam lamanya.

Permainan PC popular zaman sekolah dulu

Sekarang dah boleh main game percuma secara online yang paling penting tiada iklan dan tak perlu download pun, bila tekanan asyik berkurung dekat rumah, boleh main dekat handphone, jangan risau permainan sangat senang lagipun ada level korang boleh pilih.




Selain solitaire card dan zuma, ada banyak lagi game korang boleh main, contohnya macam mahjong, hidden object, candy crush, tak tahu cara main, dekat page bawah sebelum main tu akan ada how to play, kot lah korang lupa cara nak main game tu kan, tapi sha jenis yang main dulu walaupun tak tahu cara nya main ja dulu dah kalah nanti baru tengok balik how to play hahaha..

Permainan ini senang loading sebab website dia ringan, so kalau main sambil ayun anak, no hal..as long as tidak lupa pada tanggungjawab, rumah dah kemas, anak dah makan hihi ingat main game berpadah, dan kita masih belum tua untuk bermain game, game untuk semua peringkat umur, kalau korang nak try main game klasik macam ini boleh pergi laman web nya ~> Solitaire


September 13, 2021

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

September 13, 2021 4 Comments
Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

Bismillah
Assalamualaikum

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank | tadi petang sha pergi mydin, dalam perjalanan teringat mahu kasih keluar duit untuk beli ikan di pasar besok, ok parking kereta depan bank muamalat sebab itu ja bank yang ada di dalam kawasan perumahan sha, tadi sebelum memandu buka tingkap seluasnya, bila dah berhenti tingkap pula tak mau naik, adui takkan mau tinggal kereta dengan tingkap tak naik nanti hilang pula kereta haha..tau la kereta kancil tua sudah, value ada lagi ini.

Call husband tak angkat, call adik katanya dia pun tak tahu sebab tak pernah terjadi dekat kereta nya hahah..lepas tu husband call tanya kenapa, sha katalah tingkap kereta merajuk hahah, sha tunggu lah dia ngam juga dia baru habis kerja, kami bertukar kereta lepas tu sha tak jadi ambil duit, sha terus pergi mydin sebab dah lewat sudah mau belanja lagi kan.

Belanja punya belanja total RM100+ time nak bayar tu cashier cakap guna cimb ka? Sha cakap iya..dia kata ala..ari ini cimb sistem down, pulak dahh..duit semua memang dalam account cimb ja, dia cakap ada kad lain, sha tengoklah dalam dompet, ada kad maybank tapi isi kosong hahaha..sha call husband suruh transfer duit, tak sambut pula mungkin tengah repair tingkap kereta tadi hahah, call adik suruh transfer secepat mungkin. Dah lah internet tiada, pakai 1gb percuma ja sha sebab jarang keluar rumah, di rumah ada wifi kan, tunggu punya tunggu dapat juga bayar guna kad maybank, sha cash memang tiada, sebab mydin kan boleh bayar guna kad.

So hari ini ramai juga pengguna cimb terkena prank akibat sistem down, sha tak dapat transfer ke account lain, kalau orang bisnes memang efek lah juga kan..moral nya sediakan kad bank lain yang ada isi dalam nya hahaha

Begitula cerita hari ini hihi..

September 8, 2021

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

September 08, 2021 3 Comments
Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Bismillah,
Assalamualaikum

Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya | Cuaca mendung begini, sedap makan roti dengan teh tarik panas, nak beli malas pula, jadinya gigih cari resepi dekat you tube, banyak sangat resepinya entah jadi entah tidak haha..sha ingat lagi pertama kali buat roti, resepi tu sha google ja hasilnya keras sangat, lempar dinding pun. Boleh retak..haha sayang ja bahan tapi boleh lah nice try..mood rajin tu ada..itu yang penting

So kali kedua try, sha beli tepung ready made, tinggal campur telur, butter, yis dan air rasanya. Tepung tu dalam RM6 lebih sha beli dekat mydin, ini untuk yang teringin makan roti tapi degil mau buat sendiri boleh try yang ini..ada resepi disediakan, tepung 900g dapatlah buat 2 3 kali, puas hati macam beli dekat kedai.

Hari ini sha try lagi tapi sha guna resepi yang sha belajar online, ini group berbayar ya..pjj punya, bahan ringkas senang dapat. Boleh guna minyak, kira kalau jadi jual ni save banyak, tepung 500g agak2 dalam 1 kg lebih juga doh, uli guna tangan sebab sha tak ada bread maker, boleh lah bagi tegap sikit tangan haha..

30minit sha perap doh tak kembang, aish tak kan tak jadi kan, hari tu jadi pula ini tak jadi, down sikit. Sha search dalam youtube, mungkin sebab yis tak aktif, ada betulnya juga..sedih lah time tu rasa macam mau buang ja doh tadi..tapi sayangnya doh tu banyak..anak sha dah ambil piring nak makan roti..huhu

Search pula dalam group berbayar tadi, katanya kalau buat doh time cuaca mendung, yis memang lambat aktif, lah iyaka lambat aktif ingatkan tak jadi tadi hahaha..memang mendung hari ini..

So, Doh Roti Tidak Kembang, Ini Penyelesaiannya

Dalam group tu cakap kalau doh tak kembang, sila panaskan oven 10 minit, bila bunyi ting, letak doh atas oven 10 minit confirm doh akan kembang bak bunga mekar, terima kasih group pjj buat roti, senang hati sha..tengok anak makan roti buatan sendiri

Oh iya group pjj ni dulu sha join RM10 ja yuran nya. Dia kasih masuk dalam group private fb, sha tak dapatlah share resepi buat roti dekat sini, kalau nak join boleh roger sha..banyak lagi group nya hari tu sha join group kek, brownies dan roti promosi RM25 ja, lama dah join tapi baru mencuba hahaha rajin lambat datang..




September 2, 2021

Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point

September 02, 2021 2 Comments
Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point

Bismillah
Assalamualaikum,




Tebus Voucher dan Renew Kad Mydin Guna Point | Mydin dah 2 tahun rasanya bertapak di Sandakan Sabah, sha ingat lagi sewaktu pembukaan pasar raya Mydin, orang ramai berpusu-pusu membeli barang, macam kebaruan pun ada haha, sha pun apa lagi tak ketinggalan bawa edan sekali naik stroller..lucu juga siap hilang jejak dengan ipar sha sebab terlampau ramai betul orang time tu..waktu membayar tu, barisan bukan main panjang, jem habis pasar raya tu, siap ada budak tercirit lagi dalam troli sebab tak tahan kot. 

Apatahnya mydin bagi voucher RM5 bagi sesiapa yang daftar kad meriah mydin. Lepas tu, setiap pemilik kad ada dapat harga diskaun untuk 3 barang yang ditentukan pihak mydin seminggu sekali tak silap sha setiap hari Jumaat- Ahad, memang time ni ramai betul orang belanja di mydin

Sebelum mula belanja, yang mana ada kad meriah mydin tu boleh scan dan dapatkan diskaun untuk barang yang ada promo, tidka dengan itu untuk yang tiada kad meriah pun banyak lagi diskaun boleg grab, sha ingat sha selalu beli telur 1 tray ada 10 biji tu dengan harga RM2 sahaja, lagi paling best brokoli yang harga RM5 turun ke RM1 perghh hebat penangan mydin time tu

Iyala kita support pasar raya orang muslim kan, lagipun jarak dengan rumah sha pun dekat ja, boleh jalan kaki, best selalu bawa edan masuk mydin sekarang dah tak boleh pandemik kan, eshal pun tak pernah masuk mydin kesian haha..

Diskaun begitu macam tiada suda di buat, ada pun promo biasa2 saja, dan barangan nya dulu harga murah, sekarang harga standard la..telur ja sekarang susah nak dapat hihi

Nak dijadikan cerita, asyik ja sha berbelanja kad meriah mydin tu expired 10.8.21..nak renew pun tiada masa sebab nak masuk mydin kena ada at least 1 dos, dalam rumah sha, baru sha seorang ja completed vaksin..yang lain tunggu appointment dari mysejahtera..so biasalah lepas bayar terus keluar, laki dah tunggu di kereta. Sampailah 30.8.21 baru sha dapat renew itu pun selepas sha tanya cashier, dia cakap boleh renew guna point, haha sha sebenarnya tiada bawa duit belanja pun pakai kad, ini yang bestnya mydin,

Harga renew setiap tahun ialah RM12, seingat sha sejak 2019 sha pernah tebus point dengan voucher RM5 tapi tak ingat point time tu berapa..kali ni point jadi 6k something, jadi nak renew tolak point 2400 bakinya sha tebus voucher RM15.. Alhamdulilah syukur terima kasih mydin berbaloi juga sha belanja di sana 

Sha selalu belanja whole ayam di sana 1kg RM10.99 sekali potong, oklah tu sha pun malas mau potong ayam haha, lepas tu Pampers selalu juga promosi, tapi sha beli tempat lain, lagi murah hahah..biasa simptom mak mak pantang nampak yang murah..

Selain genting mas, mydin pun boleh tahan lengkap barangnya lagipun besar parking luas, tempat strategik, dekat perumahan..so senang berbelanja hihi

September 1, 2021

Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri?

September 01, 2021 4 Comments
Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri?

Bismillah,
Assalamualaikum 

Makan Pil Perancang Atau Merancang Sendiri? | Bila sudah selamat bersalin, doktor akan tanya ' ok mama lepas ni nak pakai perancang apa ya? Nak makan pil atau nak cucuk kat buntut?

Mengapa perlu merancang?
Secara amnya, kenapa setiap kita perlu merancang adalah untuk menghasilkan sebuah keluarga yang sihat dan ceria dengan merancang bilangan jarak dan masa kehamilan yang sesuai

Manakala faedahnya untuk ibu itu sendiri apabila ibu sudah bersedia untuk hamil dari aspek kesihatan, mental dan sosial. Cuba bayangkan kalau anak baru usia 5 bulan si ibu mengandung lagi, belum sempat dia merasa tidur yang lena, jahitan pun tak sembuh lagi. Maka kaedah merancang ini perlu memastikan si ibu sudah bersedia apabila dia ingin mengandung lagi.

Semestinya banyak kebaikan juga pada anak tersebut, jika kita menjarakkan kehamilan, dari aspek kasih sayang dan permakanan yang sihat seperti susu ibu sehingga 2 tahun. Untuk pengetahuan, sha mengandung anak kedua semasa anak pertama usia 1 tahun 2 bulan, sepanjang mengandung, susu badan memang kering, jadi kesian anak pertama kurang dapat susu badan.

Begitu juga dengan keadaan ekonomi yang kian mencabar akibat pandemik ini, si suami perlu menyediakan kemudahan asas pada ahli keluarga yang kian bertambah.

Kaedah - kaedah merancang 
Sebenarnya perancang keluarga ni banyak sangat kaedahnya, antara yang paling popular adalah pil perancang, suntik, implan, kondom, dan alat dalam rahim. 

Ada 1 lagi kaedah dimana agak seram jugalah bagi sha sebab memerlukan sedikit pembedahan kecil pada salur falopia bagi wanita dan kaedah pemandulan vasectomy bagi lelaki. Ibu yang bersalin secara pembedahan boleh sekali kan pembedahan ni..biasanya begitu hihi. Orang paling proses mengikat..anak dah berderet..dah ikat ka belum..ah macam tu lah..

Kebanyakan kaedah diatas mengganggu hormon si ibu, tapi ada juga kaedah seperti pil perancang yang tidak menjejaskan penghasilan susu ibu, malah membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu seperti pil perancang noriday 28hari  namun jika makan pil lain 21 hari, susu memang akan drop.

Mula merancang selepas bersalin
Semua ibu digalakkan berbincang dengan suami kaedah perancang apa yang perlu diambil selepas bersalin. Jadi si ibu lebih bersedia mula merancang selepas bersalin nanti.

Bercakap mengenai kaedah perancang, sha lebih senang makan pil perancang pertama sha makan selepas bersalin anak pertama adalah noriday, sha diberi pil ini di klinik ibu dan anak setiap bulan dengan harga RM1 sahaja.

Kalau jenis yang lupa makan on time korang jangan pilih kaedah ini ya, baik pilih suntik. Suntik 3 bulan sekali serah bontot haha..

Setelah makan pil noriday ini, alhamdulilah susu badan memang meriah cuma kena minum air putih banyak dan kerap minum sup. Secara tidak langsung apabila anak menyusu badan, biasanya tempoh 6 bulan selepas bersalin adalah selamat untuk ibu tidak mengandung sebenarnya, tapi boleh dikatakan nipis jugala..so better ambil perancang kan. 

Nak dijadikan cerita, sampai ja usia anak pertama 8 bulan sha stop makan pil merancang, terdengar sangat orang cakap tak baik makan perancang, darah tak keluar, sakit badan, hormon tergangu, makin gemuk, makin kuat makan..ahh..sebenarnya ikut badan masing2 jugalah, terserah nak ikut kaedah ni atau nak merancang sendiri.

Sha makan pil perancang noriday tu  elok ja darah haid keluar setiap bulan, tapi terhasut juga dengan kata orang lain tu, maka sha pun berhentilah makan pil perancang hahaha.. 

Bisikan hati sha kata nak ada baby, rindu nak ada baby kecil lagi kononnya..sebenarnya tak ready lagi ada anak kedua. Bila dah ada anak dalam rahim baru rahu ready or tak, sebab anak pertama setahun lebih kan aktif bukan main lahai...kita nak tidur pun kalau sarat mengandung, sakit semua badan ah disitulah tau ready ka tak..hahaa..

Kaedah tidak digalakkan adalah merancang sendiri

4 bulan sha merancang sendiri melalui tarikh tapi sebenarnya sha pun tak pandai sangat merancang ni haha..install ja kalender dekat play store nanti kita mark dekat situ bila kita datang haid, then dia sendiri akan bagitahu waktu subur, time tu korang jangan lah bersama suami..

Macam tu lah sampai 3 bulan pertama sha off pil perancang, sha sakit badan seram sejuk kaki ni bagai terkena bentan lepas bersalin tu, jadinya sha pergilah rumah bidan minta urut, orang subur ni lain sikit, lepas urut, alignment rahim dah elok duduknya, suami pula cakap, lepas urut rasa macam anak dara...ahh bulan depan uzur tak dah hahaha..ditiuplah nyawa manusia kecil dalam rahim..itu yang jadi anak kedua. Hahaha.

Itu yang disarankan ambil perancang, jangan percaya sangat merancang sendiri ni, kalau jenis pandai sangat bolehlah jarakkan 3 hingga 5 tahun, tapi yang jenis macam sha ni, bersyukur dah dapat jarak anak 2 tahun, itu pun orang cakap anak kurang kasih sayang sebab masih kecil dah dapat adik..sha ni bukan muda lagi..oklah kalau dapat anak rapat senang jaga, besar 1 kali..lepas tu stop la hahaha..apa susah ni ayat menyedapkan hati ya kawan kawan.

Anak kedua sha tak putus makan pil perancang hahaha..takut sebenarnya tak ready lagi nak tambah ahli, sekarang anak kedua dah usia 1 tahun 2 bulan, boleh pula teringat dekat sejarah mengandung anak kedua hahahaha time anak pertama usia macam ni la hahaha..

Namun rezeki tu Allah yang tentukan, macam sha cakap sha dah merancang sendiri selama 3 bulan elok ja tiada isi, bila pergi bidan bulan depannya tahniah anda mengandung, ada orang makan perancang pun boleh mengandung, apalagi kalau tak makan kan..ikut rezeki masing2

Sha nak cakap ja kalau Allah dah bagi rezeki mengandung please jangan down, ibu mengandung perlu menjadi kuat tak kira anak keberapa, sebab kita adalah tiang sebuah keluarga, kalau tiangnya rosak atau buruk, boleh runtuh rumah kita, kesian dekat anak yang lain.

Jaga emosi jaga diri, merancanglah dengan baik hihi



August 31, 2021

Vaksin Dos Kedua

August 31, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Alhamdulilah hari ni sha dah lengkap mengambil vaksin kedua, sha terima vaksin Pfizer dos pertama pada 10.8 waktu tu cuti awal Muharram, kena pula dos kedua pada hari ini, 31.8 cuti kemerdekaan hihi..selamat hari merdeka negara ku yang ke 64 tahun.

Ok dos pertama sha ambil efek dia lepas sha suntik vaksin seingat sha, sha jadi lemas mengantuk, dan lapar, sakit kepala terus telan panadol dan tidur, lepas tu selang berapa jam sakit tangan yang bekas kena cucuk vaksin tu, dalam 2 hari juga sakitnya..bertabahlah sebab sha suntuk bahagia kiri, jadi time angkat eshal tu memang sadis juga sakitnya

Dos kedua ni sha belum ambil panadol lagi, sebab sakit kepala tidak seteruk vaksin pertama, lepas makan sha terus tidur, bangun terus segar..iya sha rasa lapar ja sekarang..hihi

Kawan sha dos kedua ada teruk sikit, badan mengigil terasa nak demam, so far sha ok ja..harap tak jadi teruk sebab sha kena breastfeeding eshal lagi.

Musim covid ni marilah kita sama2 ambil vaksin untuk mencegah penularan wabak jahat ini, mudah2an ini asbab diri, keluarga dan orang lain terhindar dari terkena covid, dan kalau terkena Nauzubillah, tetap berada dalam stage yang selamat..

Amin..


August 19, 2021

Lirik Lagu Semakin Benci Semakin Cinta

August 19, 2021 0 Comments
Lirik Lagu Semakin Benci Semakin Cinta

Bismillah, 
Assalamualaikum



Lirik Lagu Semakin Benci Semakin Cinta | Pemergian penyanyi Siti Sarah pada 9 Ogos lepas meninggalkan kesan mendalam selepas arwah siti sarah ditidurkan dan terpaksa bersalin awal secara pembedahan, tahap oksigen semakin lama semakin rendah dan Allah lebih menyayanginya, arwah pergi meninggalkan suami dan 4 cahaya matanya.

Untuk kisah lagu ini, ini adalah lagu terakhir ciptaan Ajai untuk pasangan ini, yang mana lagu ciptaan Ajai pertama untuk arwah siti sarah dulu pernah popular, iaitu KESETIAAN, sha memang peminat lagu ini, zaman sekolah menengah dulu, banyak juga lagu siti sarah yang best menjadi lagu kegemaraan sha antaranya adalah saat hilang cinta mu, dan semakin. 


Lunak suara siti sarah lain dari yang lain, lagu semakin benci semakin cinta memang sangat best dengar walaupun suara shuib hihihi..kena belajar vokal lagi bak kata arwah siti sarah..part korus yang sha suka dengar jelas dan penuh penghayatan, ini lagu terakhir dari arwah dan suami, korang boleh tengok dekat you tube , mari kita sama-sama doakan al fatihah semoga arwah siti sarah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..amin

Lirik Lagu Semakin Benci Semakin Cinta

Kekasih
Sekian lama kita tak bertemu
Diri ini
Masih setia menanti dirimu

Aku juga sepertimu
Menyesali segala yang terjadi
Bila tiba masanya nanti
Harus bersama

Sayang
Kau tahu hati ini
Haruskah ku tinggalkan
Memori yang tercipta

Sayang (sayang)
Ku telan semua sengsara kasih
Kerna aku percaya
Aku hanya untukmu

Makin aku benci makin cinta
Makin sukar tuk aku lupakan
Tahu ku tak berdaya
Mengapa begini
Semakin hari semakin cinta
Tak dapat ku menghalang hatiku
Tuhan tolonglah aku
Kembalikan jalan cinta kita
Kita

Sayang
Kau tahu hati ini
Haruskah ku tinggalkan
Memori yang tercipta

Sayang (sayang)
Ku telan semua sengsara kasih
Kerna aku percaya
Aku hanya untukmu

Makin aku benci makin cinta
Makin sukar tuk aku lupakan
Tahu ku tak berdaya
Mengapa begini
Semakin hari semakin cinta
Tak dapat ku menghalang hatiku
Tuhan tolonglah aku
Kembalikan jalan cinta kita

Kita

Kita


July 15, 2021

Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

July 15, 2021 0 Comments
Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

Bismillah, 
Assalamualaikum


Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik | Anak baru umur 2 tahun gigi dah rosak, kesian nya ini mesti sebab banyak sangat makan makanan manis, makanan manis memang kegemaran budak apatah lagi kalau ibu ibu jadikan ia makanan rutin harian, ish ish ish..

Anak mula diberi makanan sejak umurnya 6 bulan, sampailah umur 2 tahun, ibu disarankan tidak memberi makanan yang tinggi kandungan gula dan garam kerana itu boleh membebankan buah pinggang mereka, kesian bagi ibu bapa yang kurang pengetahuan untuk hal ini, malah ada juga ibu bapa langsung tak tahu. Untuk tambah pengetahuan mengenai resepi makanan baby korang boleh join group facebook sana banyak ilmu pengetahuan termasuklah makanan apa yang boleh diberi sewaktu anak tumbuh gigi.


Gigi anak tumbuh seawal 5 bulan, macam edan giginya tumbuh sejak dia berumur 6 bulan selepas dia diberi makanan dan dia pernah masuk ward akibat cirit birit yang teruk berpunca dari tumbuh gigi, dan bulan berikutnya gigi edan tumbuh sebiji demi sebiji menjadikan giginya penuh pada umurnya 10 bulan.

Tips Jaga Gigi Anak Supaya Bersih, Putih dan Cantik

1. Bersihkan gusi anak seawal 5 bulan - untuk membiasakan anak berus gigi, ibu perlu rajin membersihkan gusi anak seawal yang mungkin, sebab pada usia ini, kebanyakan anak sudah mulai gatal gusi. 

2. Sediakan berus gigi yang sesuai - berus gigi anak pada usia 5 bulan disarankan berbentuk getah yang dimasukkan kedalam jari telunjuk sehinggalah dia berusia 9 bulan, jika sudah ada gigi tukar kepada berus gigi budak yang halus bulunya.

3. Berus gigi anak 2 kali sehari, setiap hari - Ini pentingya, ibu kena rajinkan diri untuk memberus gigi anak 2 kali sehari, pada pagi dan malam, jika ibu bekerja, pesan pada pengasuh, pastikan gigi anak diberus paling tidak pun semasa dia mandi pagi dan petang

4. Jangan bagi anak makan manis - ini juga antara tips jaga gigi anak supaya bersih, putih dan cantik, sejujurnya sha jarang sekali bagi anak sha makan manis pada usia 2 tahun kebawah, sebab makanan yang manis ini penyumbang kepada kerosakan gigi, jika nampak orang bagi dia, please larang, jangan biasakan anak makan manis. biar anak menangis, dan biarlah orang yang bagi tu nak cakap apa, dia anak kita, kita ada hak.

5. Ajar anak minum air masak - seawal usia edan 6 bulan sha dah biasakan dia minum air masak, sampai umur dia sekarang nak masuk 3 tahun dia dah boleh minum air masak dalam 700ml sehari, kalau dia tidak cukup minum air masak bibirnya akan jadi merah dan mudah demam. 

6. Ajar anak minum susu dalam gelas - umur edan 6 bulan sha ajar dia minum air masak di dalam botol susu, umur 1 tahun sha start belikan dia botol pakai straw, bila dia dah wean off, sha ajar dia minum susu dalam gelas yang ada straw, gelas ini ada jual di Mr.DIY. Penggunaan botol susu boleh menyebabkan gigi anak cepat rosak.

7. Cara berus gigi anak yang betul - letakkan kepala anak pada paha dan berus secara mendonggak berus gigi atas, depan bawah dan lidah. Gunakan berus gigi dan ubat gigi yang berflorida.

8. Jumpa Doktor gigi setiap 6 bulan di Klinik kerajaan - Genap umur anak setahun, dah boleh bawa anak jumpa doktor gigi, untuk disapu florida, klinik kerajaan dapat percuma, lepas sapu, tak boleh bagi anak susu/air selama 30 minit. Dan jangan berus gigi anak sampai besok pagi

InsyaAllah semoga tips ini berguna kepada semua ibu untuk menjaga gigi anak supaya bersih putih dan cantik, kesian dekat anak bila dah capai umur 4 tahun gigi dah tiada, susah nak makan benda keras dan mungkin akan dibedah. Ini telah terjadi pada anak buah sha. kesian tengok semoga bermanfaat..


July 6, 2021

Kek Birthday Eshal 1 Tahun

July 06, 2021 1 Comments

Bismillah,
Assalamualaikum






Kek Hari Jadi Eshal 1 Tahun | walaupun post lambat tapi umie tetap nak buat entry, maklumlah sibuk memanjang dah sampai sebulan entry tak berupdate, actually masa ada tapi kita yang tak pandai atur, so birthday eshal setahun sha sambut biasa saja, ada kek, mee goreng dan ayam goreng, buat deko sikit, siap untuk jadikan kenangan untuk sambuatan hari jadi NUR ESHAL KHADIJAH 1 tahun 2021


kek macam biasa umie buat sendiri cuma deko pada kek belum pro lagi haha tulisan pun masih failed kan haha tak apa umie try haha, untuk sambutan hari jadi eshal pada 6 julai tempoh hari, umie buat 2 kek, sebab dalam rumah ramai orang, edan pula jenis suka makan kek, so sha siap-siap buat 2 kek, satu perisa vanila cheese cake satu lagi perisa coklat cake, tak sampai besok dah habis haha belum sempat bagi jiran haha semua jenis cepat lapar ni, sha terutamanya haha

Tahun lalu sha pun buat kek edan sendiri Resepi korang boleh usha dekat sini BUAT SENDIRI KEK HARI JADI CONFIRM JADI PUNYA dan RESEPI KEK COKLAT GUNA BLENDER senang bahan pun mudah dapat, cara pun mudah faham sukatan cawan, korang wajib try kalau anak dan suami jenis suka makan kek hihi


umie doakan eshal jadi anak yang solehah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dengar cakap umie baba, disayang semua orang dan doa yang baik2 untuk eshal sentiasa, amin

insyallah bulan 9 nanti kita sambut birthday abg edan pula ya..



June 27, 2021

Handphone Yang Sesuai Untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300

June 27, 2021 5 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Handphone Yang Sesuai Untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300 | Sha memang bercadang untuk tukar handphone tapi berfikir juga sebab handphone lama ni masih elok lagi kalau diguna, handphone sha sekarang jenama oppo A57 old fashion kata husband sha hihi 2 3 tahun nanti banyak aplikasi tidak lagi dapat support, setelah berfikir panjang akhirnya sha pun beli handphone online dengan tebus jaringan prihatin RM300 


Sebenarnya susah juga mahu memilih Handphone Yang Sesuai Untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300 sebab semua telco selitkan sekali kontrak plan postpaid selama 1 hingga 2 tahun lama nya, pintar kan telco malaysja ni hihi

Lagipun plan postpaid semuanya RM40 ke atas, kalau beli handphone berharga RM300 korang hanya perlu bayar plan postpaid RM60 sebulan selama setahun ikut jenama handphone juga macam samsung dan oppa

Ada juga telco yang tiada kontrak tapi kena bayar pendahuluan RM100 dan kena aktif dengan plan selama 3 bulan

Tapi sayangnya handphone yang ditawarankan tidak menarik, hihi dah alang-alang kerajaan bagi rebat jadi sha perlukan handphone yang kira sha pakai untuk long term punya, sebab sha ni jenis yang jarang tukar handphone juga.

Handphone pertama sha guna selepas sha dapat kerja ialah Samsung J7 2015 itupun selepas sha dapat bonus 1 bulan kerja. Beli handphone guna duit sendiri sangat puas hati, sha tukar ke handphone sekarang pun sebab handphone suami dah rosak 2018 rasanya, so sha guna handphone samsung tu dalam 3 tahun juga. 

Ada tak Handphone Yang Sesuai Untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300?

Syarikat-syarikat telekomunikasi yang menyertai Program Jaringan Prihatin⠀
Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
Digi: https://digi.my/prihatin
Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin
Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin
redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin
Tune Talk:  https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin
unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin
XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
YES: https://www.yes.my/kasiupB40
Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin

Belek punya belek alhamdulilah sha jumpa juga handphone tu, bagi sha apa yang penting dalam pemilihan handphone adalah storage dan camera. Tapi pembelian dengan syarat kena beli online. Leceh kan kita dah kemaruk nak guna handphone baru dah ni, kena tunggu pula ketibaan handphone haha..

Sha beli handphone yang tambah duit sikit dalam RM400 gitu, harga sebenar handphone tu sekitar RM700 lebih juga taklah sehebat handphone yang mahal tapi bila dah kerajaan bagi rebat kita carilah yang ok sikit kan.

Handphone tu belum sampai ke tangan sha lagi maybe dalam minggu depan sebab telco hantar sim kad dulu, tahulah sekarang kalau beli online banyak sangat terma dan syarat, lagi-lagi kena pakai plan telco tu kan. Ya sha guna plan postpaid telco tu, agak ok jugalah berbanding kena bayar RM40-60 sebulan tapi tiada handphone yang sesuai kan..

Sha pilih handphone NOKIA 5.4, actually ada ja yang sama spec dengan nokia ni, macam redmi 9t tapi tu handphone husband haha, lagi pula dia kata handphone tu bateri cepat panas kalau tengah cas, aip macam bukan ori ja haha.

Ok spec untuk nokia 5.4 ni sha bagitula sikit ya selebihnya korang boleh google.

Yang penting camera depan 16mp, belakang 48mp bolehlah kalau nak gambar barang review dan gambar anak buat kenangan, 48mp ok apa. Storage pula 128gb perghh install la apa pun aplikasi, gambarlah videolah apa sahaja edan inginkan hahaha tak juga storage handphone umie full ceh..kira 2 ni penting jugalah dengan harga yang sha bayar.

Tapi nokia 5.4 ni battery agak kurang sikit 4000mah, sha tengok review bolehla..hihi ada power bank kan hihi

Nokia ni jenama old fashion ka?

Nokia dulu handphone yang pernah popular pada zaman dahulu, sha juga pernah guna 2 jenama nokia sebelum ni cuma bukan yang touch screen lah, tapi sha ok ja dengan jenama ni. Kalau korang kurang ok dengan jenama ni boleh pilih jenama lain no hal hihi.




Plan 2.5gb RM38 sebulan dari Speakout

Seriously, sha baru dengan mengenai sim kad speakout, maafkan sha, sebab di sabah tak pernah ada iklan, banner or apa2 berkaitan speakout. Bila telco ini tersenarai dalam pilihan  
Handphone Yang Sesuai Untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300 why not sha try kan, dan line dekat sini ok ja rasanya line nya under digi, so far ok. Plan ni memang agak kurang sikit sebab kita kena bayar RM38 hanya untuk 2.5gb sahaja, telco lain ada tambahan unlimited call, media social, sms dan macam2 lagi dengan harga yang sama tapi speakout bagi sha rebat RM15 setiap bulan selama 1 tahun so korang hanya perlu bayar RM23 sebulan, oklah kan sebab sha pun guna wifi juga dirumah, keluar rumah pun sha tebus ja 1gb percuma hahaha jimat.

Nanti bila handphone dah sampai sha up sikit gambar nokia 5.4 walaupun taklah popular mana tapi kira oklah untuk Tebus Jaringan Prihatin RM300, korang dah tebus kah? Handphone apa yang korang tebus boleh share dekat komen.

June 25, 2021

Temujanji Terapi Speech Delay di Pemulihan CaraKerja

June 25, 2021 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Temujanji Terapi Speech Delay di Pemulihan CaraKerja | Berhubung dengan analisis dengan doktor klinik desa pada entry sebelum ini, doktor mendapati edan ada masalah speech delay atau dalam bahasa melayu nya lambat bercakap disebabkan umur dia mahu dekat 3 tahun pada bulan september ini, bilang doktor edan masih awal lagi kalau nak refer pakar, tapi adalah lebih baik hantar awal sebab kita boleh catch up dalam sesi terapi speech delay nanti.




Kalau mama ada kerisauan dengan perkembangan anak contoh macam lambat bercakap, mama boleh refer dengan nurse mama waktu temujanji anak 2 tahun 6 bulan, actually sha memang sudah bagitahu siap-siap dekat nurse edan lambat bercakap waktu umur dia 2 tahun tapi nurse bagitahu 2 tahun masih awal lagi kalau nak refer pakar. So nurse bagi sha temu janji untuk berjumpa dengan doktor klinik desa.

Sebelum doktor klinik desa refer terapi speech delay, dia akan buat analisis dengan bertanya banyak soalan, jadi lebih baik mama yang temankan anak jumpa doktor kerana mama lebih tahu serba serbi anak jadi doktor klinik desa buat temujanji refer kepada 3 bahagian speech delay di hospital dutchess of kent sandakan iaitu 2 bahagian di audiolagy dan pertuturan tingkat 3,  1 bahagian lagi di klinik JPL bahagian pemulihan carakerja.

Bulan 4 yang lepas, temujanji pertama edan di pemulihan carakerja, sesudah nama edan dipanggil kami masuk bilik no. 12 masuk ja bilik edan dah meronta nak main sebab doktor memang sediakan mainan dalam bilik tu, edan main, sha dan doktor buat analisis di meja sebelah, banyak sangat soalan yang doktor tanya untuk memastikan edan betul-betul speech delay

Memang betul edan lambat 3 4 bulan dari budak lain, pandai sebut perkataan tapi belum pandai bina 5 ayat, sepatutnya umur edan pada ketika itu 2 tahun 8 bulan sudah pandai menyambungkan ayat sehingga 5 patah perkataan, paling sikit pun 3 patah perkataan

Temujanji pertama doktor cuma buat analisis dan report sikit bagitahu dimana tahap lambat edan dalam perkembangan bercakapnya. Temujanji ni sekejap ja dalam 20 minit setiap sesi dan balik.

Temu janji kedua di pemulihan cara kerja Bulan Mei

Untuk speech delay bahagian pemulihan carakerja, setiap bulan kena jumpa doktor yang sama, temujanji kedua ni doktor ajar sha cara urut bahagian mulut edan dan cara urut tangan. Urutan ini untuk regangan pada mulut dan tangan membantu dalam pertuturan edan

Macam biasa doktor akan buat lagi beberapa analisis, dan ianya menunjukkan edan adalah picky eater ataupun dalam bahasa melayunya memilih makanan, ianya salah satu punca juga edan lambat bercakap

Dan sha perasan edan sangat tidak suka mengunyah benda yang liat macam ayam dan benda yang besar, doktor cadangkan makan lolipop herba ada dijual di shopee katanya, lagi pula mama boleh buat sendiri lolipop atau aiskrim yang tiada gula, boleh merancang saraf sekitar mulut. Sha sebenarnya tidak pernah bagi edan lolipop atau candy, benda yang manis dan keropok, untuk menjaga giginya dan habit dia makan jajan yang kurang penting untuk pertumbuhanya.

Selain urutan, sha di beri tugasan untuk ajar edan meniup dan menghisap, sejujurnya edan belum pandai meniup dan sha sekarang dalam proses mengajar dia meniup wisel, ingatkan senang, susah juga rupanya kan haha..ambil masa 2 hari baru edan pandai meniup wisel alhamdulilah..mungkin sebab sha amalkan urutan pada mulut tu.

Dalam analisis temujanji speech delay tu juga, doktor suruh sha ajar edan mengenal warna, umur 2 tahun lebih edan belum kenal warna lagi huhu, sekarang sha slowly ajar dia 1 hari 1 warna sekarang dia dah kenal 2 warna iaitu red and yellow.

Sha pasti ramai anak diluar sana mengalami masalah speech delay macam edan tapi tidak atau malas mahu refer tpakar untuk buat terapi, sha ada jumpa malah ianya dalam kalangan keluarga sha juga, kesian dekat anak, pergi sekolah masih dalam keadaan pelat, kawan sekolah mengherdik percakapannya, anak umur 7 tahun, ibu bapa pun langsung tak ambil peduli. Kesian kan. So kalau mama ada anak 2 tahun tapi masih belum pandai bercakap 3 patah perkataan sha sarankan mama rujuk nurse dekat klinik desa.

Entry selepas ini sha akan share untuk temujanji edan di klinik pakar audiologi pulak, yang ni ada seram sikit sebab berkaitan telinga. InsyaAllah semoga perkongsian ini bermanfaat buat mama yang punya anak masalah speech delay.

June 8, 2021

Duduk Dirumah Tidak Lagi Membosankan Dengan 150 Pilihan Game Online Percuma | Main Sampai Puas

June 08, 2021 10 Comments

Duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma Main Sampai Puas

Bismillah, 
Assalamualaikum




Duduk Dirumah Tidak Lagi Membosankan Dengan 150 Pilihan Game Online Percuma Main Sampai Puas | Hari ini adalah hari ke lapan kita duduk dirumah sejak kerajaan mengumumkan untuk lock down, sudah seminggu duduk dirumah, ini antara suatu hikmah untuk kita berehat dirumah, banyak benda yang kita boleh buat termasuklah kemas rumah, bercucuk tanam, dekorasi rumah dan sebagainya. Pasti ramai tahu main game juga boleh mengisi waktu lapang jika kena tempatnya.

Pengaturan masa yang baik adalah penting bagi seseorang untuk menangani masalah stress duduk dirumah. Kita patut cuba jalani kehidupan yang sihat dengan adanya perancangan jadual harian yang berkualiti. Isilah jadual harian korang dengan bermain game selama 20 minit hingga 1 jam sehari. 

Mengimbau kenangan sewaktu jadi kanak-kanak

Kalau sha ingat balik zaman kanak-kanak dahulu, tahun 90an begitu, jadi kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang sangat best, tiada tekanan, pikir nak main ja, bangun tidur, mandi, makan, jalan pergi rumah kawan, balik rumah dah petang, biasalah zaman dulu komunikasi secara bersemuka sangat luas dan tiada batasnya. 


sumber : google

Sha pernah ada kawan yang kira berada jugalah, mak bapa dia mampu beli mainan macam brick game, video game yang guna tape tu, yang kami ni cuma menumpang ja pinjam sekejap dapatlah merasa happy nya main game hihi, dapat tengok dengan dekat pun dah kira beruntung tau..yang adik dia perempuan pula, ada barbie doll, siap ada kitchen set lagi, sha cuma ada patung kertas ja itu pun dah rasa bersyukur sangat. 

Bosan duduk dirumah, boleh lepak rumah kawan, sha perempuan pun siap panjat pokok ambil jambu, tapi turun tak pandai haha, aduhai aktif sangat, sha ingat lagi sha pernah dikejar kambing lepas tu panjat pokok, teriak sebab tak pandai turun haha, tiada istilah bosan duduk dirumah sebab dulu mana ada pkp macam sekarang, kalau pun ada banyak aktiviti di dalam rumah boleh buat, handphone masa tu belum ada lagi, jadi sha lebih banyak habiskan masa dengan membaca novel, time tu sha tingkatan 3 tapi dah habis baca novel tingkatan 5 hihi, start situ sha suka dengan sastera.

Sekarang banyak pilihan game online yang korang boleh dapat secara percuma, layari plays.org di laman web ini korang boleh akses game melalui laptop, PC, TV yang mempunyai sambungan internet dan Handphone. Setiap orang mempunyai salah satu device ini, jadi korang tiada alasan untuk merasa bosan bila duduk dirumah.


Kenapa perlu bermain game di Plays.org

Game yang ada di laman web ini sangat mengimbau kenangan di tahun 90an, sebijik betul game yang sha pernah main pada 20 tahun yang lalu, serius sha rindu sangat zaman jadi budak, lagipun dalam laman web plays.org ini terdapat 150 pilihan game online percuma yang korang boleh main bila-bila masa dan dimana jua korang berada. Main sampai puas tapi jangan lupa ikut jadual masing-masing ya hihi.

Kadang nak mula main game online secara percuma ini, kena daftar dulu kan, tapi yang best tentang laman web game yang sha cakap ini, korang tak perlu daftar untuk bermain di laman web tersebut..biar betul? Betullah..masuk ja laman web plays.org korang terus pilih game apa yang korang nak main.

Tak perlu download, tiada iklan dan senang akses

Lagi satu, main game ini tak perlu download aplikasi, kita boleh main directly melalui laman web tu, senang nya kerja, tak perlu penuhkan storage handphone, dahlah handphone sha full dengan gambar dan video anak, anak sha baru 2 ya hihi, lagi pula kalau download aplikasi game dekat handphone, anak sha yang seorang ni dah pandai cari game dekat handphone, game mana yang tak makan data, kalau dibiar main game pula pandai berpindah arah, habis semua kata-kata alien dia hantar dekat whatsapp kawan-kawan :)

Main sampai puas tanpa ada iklan, jarang betul atau langsung tak pernah jumpa game yang kita main secara percuma yang tiada iklan, adapun setiap kali main tak sampai 1 level up dah keluar iklan, lama pula tu ada yang sampai 30 saat, menunggulah kita dengan sabar ya, sampai ada tanda x itupun kalau klik awal melepas point percuma haha, sha main game waktu anak tidur ya, ibu patut main game untuk hilangkan stress, tapi bila dah banyak sangat iklan muncul mana tak stress,  good bye lah jawabnya kan.

Apabila laman web yang tiada iklan, maka browser akan jadi sangat ringan, maksud sha, bila kita buka laman web tu, kita senang akses, tidak payah tunggu loading sampai 100%, pilih ja game yang korang nak main dengan senang hati sebab game nya sangat lightweight melainkan internet korang dah nak habis lah hihi



Game legend, kadang kita lupa cara nak main, kalau korang jenis yang skema, laman web ni ada sediakan cara-cara bermain game tersebut tapi sha jenis yang hantam sajala, bukannya bayar pun haha..Selain dari itu, ada disediakan rating untuk design, tahap kesusahan game tersebut dan rate orang yang main balik game tu, ini untuk korang yang dah tak tahu nak main apa, boleh rujuk pada rating replay hihi. Kalau bosan main 1 orang, boleh ajak anak atau suami main game sama-sama, ada disediakan juga game yang boleh main 2 orang. Jadi meriah sikit rumah tangga kan hihi.

Favorite game dalam plays.org





150 game percuma, mata siapa yang tidak rambang, sampai habis lockdown pun belum habis 150 game tu, tapi sha dari dulu sampai sekarang memang minat game pin ball, kalau main di laptop, sha pandai jadi naga sekejap, sebab penat tekan tetikus bola pandai terlepas, tapi bila main di handphone, boleh cipta rekod baru haha..lagipun dah upgrade dah siap ada space adventure lagi pin ball nya..tapi ada juga game yang hanya support pada PC, tidak pada handphone, korang skip ja apa susah, banyak lagi game korang boleh pilih, sha suka main di handphone ja, 150 pilihan game online percuma, boleh main sampai puas hihi

Duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma



Banyak lagi sebenarnya game pilihan sha, yang pastinya apabila kita bermain game dalam laman web ini, ia mengajar kita berfikir secara logik, selain dari hilangkan stress lah duduk rumah 2 minggu kan korang boleh main game ini pula, 

Tambahan lagi, korang kena pandailah atur masa, jangan hidup fokus dengan game ja sehingga hilang orang sekeliling, kesian dekat family, dorang yang bayar wifi tau haha, duduk dirumah tidak lagi membosankan dengan 150 pilihan game online percuma, main sampai puas

June 3, 2021

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan

June 03, 2021 12 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan | Umur berapakah sepatutnya untuk bayi perempuan bersunat? persoalan ini sangat biasa bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu mengenai bersunat dan juga kelebihan bersunat bagi bayi perempuan dari segi Agama Islam.

Bersunat bagi anak lelaki kita memang biasa dengar apatah lagi ketika anak lelaki sudah mulai memasuki usia 12 tahun, pada zaman dahulu, kenduri doa selamat akan diadakan dan bidan kampung akan dipanggil untuk upacara bersunat, kebiasaanya kalau buat dikampung memang akan dibuat bersunat beramai-ramai, tapi zaman sekarang ramai yang buat diklinik swasta sahaja. Macam mana pula dengan bersunat bagi bayi perempuan?

Sunat Bayi Perempuan Menurut Islam

Berkhatan / Berkhitan / Bersunat adalah proses yang melibatkan pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bayi perempuan. Bahagian yang dipotong itu sebenarnya kecil sahaja dan ianya sangat berbeza dengan bersunat pada anak lelaki yang seperti kita dengar sebelum ini. 

Berapa umur yang paling sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan? 

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah lebih sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan dan selalunya ibu-bapa akan membawa bayi perempuan mereka bersunat selepas si ibu habis tempoh berpantang pada 44 hari ke atas. Bagi anak perempuan sha, sebenarnya sudah lama sha rancang untuk sunatkan dia sejak usia 3 bulan lagi, sebab dengar orang cakap lambat sunat nanti susah sikit, kita pula yang tak senang tidur hihi, tapi alhamdulilah eshal selesai bersunat ketika umurnya 10 bulan, semuanya dipermudahkan.

Bersunat di Klinik Swasta atau Di Rumah Bidan?

Baru sha terfikir kenapa tidak sha sunat eshal diklinik saja memandangkan sekarang pun kes covid meningkat, bawa baby pun banyak risiko kalau kita mau buat dirumah bidan. Lagipun sha sudah tanya bidan, kena sediakan barang macam kain sarung, kain putih lilin, dan pengeras, macam leceh kan banyak kena sediakan. Dan proses bersunat di rumah bidan ini sha tidak tahu, mungkin ada ibu-ibu tahu boleh kongsikan di laman komen :) 

Jika bersunat di klinik swasta kena ikut polisi klinik tersebut, mereka akan tanya dulu usia bayi, ada yang mengambil dari usia 3 bulan kebawah ada juga klinik yang hanya mengambil dari usia 6 bulan keatas. Dan pastikan sebelum korang gerak pergi klinik, korang telephone dahulu ya. 

Bayaran mengikut klinik tersebut, macam Klinik Syifa Batu 6 IJM Sandakan, bayaran hanya RM 20 untuk seorang, proses pemotongan sangatlah mudah dan cepat, doktor hanya bagitahu dia akan lukakan sedikit pada atas faraj sahaja sehingga keluar darah sedikit kemudian siap. Proses bersunat di klinik swasta bagi bayi perempuan tidak melibatkan bius kecuali umur budak tersebut sudah besar.

Awalnya sha takut sebab ini anak perempuan pertama, jadi sha tutup mata bila eshal disunatkan, dalam fikiran sha darah akan keluar memancut-mancut haha..tapi doktor cakap tidaklah, asal ada sedikit darah keluar itu sudah cukup, lega hati sha hihi.

Pastikan bayi korang berada dalam keadaan sihat, tidak demam atau mempunyai masalah lain, jika ada boleh tangguhkan sehingga dia betul-betul sihat. Jika ada keraguaan berkaitan umur yang sesuai, boleh bertanya doktor terlebih dahulu. 

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan Dari Segi Agama Islam

Bersunat bagi bayi perempuan akan membari manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antara kelebihan bersunat, ianya menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.

Bersunat juga dapat membawa kesempurnaan pada agama, keindahan dan meluruskan syahwat. 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.” (Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Penjagaan Selepas Bayi Perempuan Bersunat

Berbeza dengan bersunat bagi lelaki, bayi perempuan biasanya mengambil masa yang cepat untuk pulih disebabkan hanya potongan kecil pada bahagian kemaluan nya. Jadi bayi perempuan biasanya akan bergerak aktif selepas bersunat. 

Sebelum pergi ke klinik pastikan lampin bayi dalam keadaan kering, selepas disunat, doktor akan menahan darah dengan kapas selepas itu darah tidak lagi keluar, cuma perlu ditekankan faktor kebersihan terutamanya dalam hal menukar lampin.

Selesai urusan bersunat bagi bayi perempuan, dengan entry ini sha baru tahu kelebihan bersunat menurut Islam, bila ada anak perempuan baru dapat ilmu baru, tapi kalau korang tiada anak perempuan bolehlah hebahkan kepada keluarga, teman atau jiran, semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan korang :)


May 29, 2021

Raya Pertama Eshal 2021

May 29, 2021 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Raya Pertama Eshal 2021 | Eshal pada raya tahun 2021 sudah memasuki usia 10 bulan, ini adalah raya pertama eshal, umie akui tidak banyak cerita mengenai eshal dalam blog umie, akibat sibuk yang melampau haha, tak lah, ini disebabkan pengaturan masa yang tidak efektif, soon umie akan rajinkan diri untuk tulis pasal ehsal ya,

Untuk entry ini, umie saja nak catat yang perkembangan ehsal sangat laju, eshal umur 10 bulan sudah pandai berjalan sendiri tanpa diajar, alhamdulilah besarkan ehsal sangat mudah, semacam eshal anak yang cepat berdikari, dari bertiarap, berkaki empat, duduk, berdiri dan berjalan, semuanya mudah bagi eshal.

Disebabkan eshal lahir pada tahun virus covid-19 ini wujud, maka menghadkan pergerakan eshal untuk meninjau dunia luar, umie pun malas jalan sebab eshal belum pandai pakai mask, kena lagi 1 jun ni total lockdown, umie baru belikan eshal kasut untuk eshal berjalan di sejati walk haha..kita pakai di rumah saja ya hihi.


Tahun ini sha sambut raya berempat dengan baba, edan dan eshal, tak banyak rumah yang kami kunjungi dalam 4 rumah sahaja, boleh lah untuk lepaskan gian beraya, tahun ini kami beraya di rumah sendiri saja, memandangkan mertua sha decide untuk beraya di sandakan.

Baju raya eshal sha buat dengan tailor, upah jahit untuk baju kembang tu RM25 sahaja, kain pula sha beli dekat shopee, kain batik viral RM8+ beli 2 sebab nak matching dengan skirt sha kembang juga 2meter + 2meter maka jadilah baju raya kami yang simple 

Baju edan dan baba dorang tak beli baju baru so dorang pakai baju 2 tahun yang lalu, rasanya dah 2 tahun dorang tak beli baju raya maklumlah raya pkp juga, sha pun decide tak nak beli baju raya tapi semua baju raya lama dah tak muat haha, kebetulan time raya tu sterika pula buat hal, jadilah tudung sha berkedut, hantam ja la, oh ya tudung shawl bawal tu sha beli dekat blogger lyn 4 tahun lepas, pakai balik ja semuanya..blouse hitam sha pula beli dekat shopee

Tahun ni kami tiada gambar raya berempat, masing-masing buat hal haha..anak 2 susah sikit nak plan, nantilah gambar sendiri ja dirumah, oh ya tudung yang eshal pakai tu tudung sha haha..behind the scene dia tarik terus tudung tu rimas dia pakai, umur 1 tahun baru kita pelahan2 pakai tudung ya eshal

Apapun raya tahun ni, biarlah bersederhana kan, cuba bayangkan kalau tiada covid ni, semua nak nampak mewah biar hutang keliling pinggang, kunjung-mengunjung 24jam banding memanding..ada hikmah nya juga..cuma kita fikir positif ja ok.

selamat hari raya semua readers :)