January 31, 2021

Kulit Sihat Dan Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced

January 31, 2021 3 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


Kulit Sihat Dan Cantik Dengan Cosmoderm Perfect Balanced | Wanita mana yang tidak ingin memiliki kulit sihat dan cantik, maka dengan itu, terlalu banyak produk kecantikan dijual di pasaran, sehinggakan susah untuk memilih mana yang sesuai untuk masalah kulit kita, adapun segelintir dari kita tergoda dengan iklan produk yang begitu cepat berkesan, asal putih dan mulus dalam 3 hari, itu sudah cukup puas sedangkan produk tersebut mungkin mengandungi bahan yang merbahaya.

COSMODERM PERFECT BALANCED

Cosmoderm adalah satu jenama tempatan yang sudah tidak asing lagi di Malaysia, baru-baru ini, Cosmoderm telah melancarkan secara atas talian satu set produk berwarna pink dikenali sebagai Cosmoderm Perfect Balanced. sha antara mereka yang mengemari produk Cosmoderm Perfect Balanced ini bukan hanya ianya berwarna pink hihi tapi kandungan dalam setiap produk ini membantu merawat dan melindungi kulit sha, nak tahu apa kandungan nya, jom kita mula.


Prebiotik dikenali sebagai makanan bakteri yang baik untuk eko-sistem mikro kulit kita dan ianya berfungsi untuk membantu meransang pertahanan kulit, mencerahkan kulit dan memastikan mikrobioma kulit kita seimbang apabila kita menggunakannya sepanjang hari 

Calamine adalah bahan yang sangat terkenal untuk merawat kulit yang mengalami ekzema, ianya dapat melegakan kemerahan dan kegatalan pada kulit serta mengurangkan kulit yang minyak dan juga dapat mengecutkan kerengsaan pada kulit muka yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Dalam erti kata lain, Cosmoderm Perfect Balanced dihasilkan untuk semua jenis kulit di Malaysia ini, sama ada kulit kering dan berminyak mahupun pada kulit yang sensitif. Paling penting, Cosmoderm Perfect Balanced telah diuji secara Dermotologi dan produk Cosmoderm memang memiliki sijil Halal dari JAKIM


Berikut adalah 4 langkah mudah untuk mendapatkan kulis sihat dan cantik dengan Cosmoderm Perfect Balanced


1. Foaming Cleanser - Rutin harian, selalunya kita akan cuci muka 2 kali sehari, setiap hari, biasanya  kita akan cuci muka pada waktu siang dan malam, dengan menyuci muka menggunakan Foaming Cleanser ini, muka kita kelihatan lebih bersih kerana ianya membantu membersih jauh lebih dalam ke pori muka kita daripada kotoran, minyak dan bahan alat solek yang kita pakai seharian, sekali gus membantu mengimbangi dan merawat kulit muka. 


2. Toning Lotion - Selepas menyuci muka, sapukan Toning Lotion, ia diformulasikan dengan 20,000ppm calamine dan prebiotik untuk melegakan kemerahan sekaligus memberi penyerapan yang sempurna pada kulit dan membantu kulit kita kekal lembap seharian. Ianya digunakan 2 kali sehari pada waktu siang dan malam.



3. Soothing Wow Cream - Krim ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kering, ianya mampu merawat dan memberi keselesaan pada kulit. Diformulasikan dengan kepekatan calamine dan 30,000ppm prebiotic berfungsi untuk melegakan keradangan dan tiga kali ganda peningkatan kelembapan untuk melembapkan kulit serta menghapuskan cela pada muka. Digunakan pada waktu malam sahaja.


4. SunMilk SPF 25 PA++ - Setiap hari kita terdedah dengan cahaya matahari, walaupun dalam rumah, pentingnya menggunakan SunMilk ini kerana mengandungi SPF 25PA++ untuk melindungi kulit dari UVA dan UVB, ianya juga membantu memperbaiki permukaan kulit dari persekitaran yang stress. Paling penting membantu sembuhkan sunburn dan kulit kering, digunakan pada waktu siang sahaja.

Best kan ada 4 langkah untuk memiliki kulit sihat dan cantik dengan Cosmoderm Perfect Balanced, korang juga boleh mendapatkannya di kedai watson secara online atau walk in, website cosmoderm dan dapatkan free shipping untuk pembelian RM80 keatas

Info Lanjut kunjungi :-

January 30, 2021

Cara Cepat Buat Bubur Anak 6 Bulan

January 30, 2021 1 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum


Cara Cepat Buat Bubur Anak 6 Bulan | Happy nya eshal dah start makan 6hb yang lepas, terujanya umie menyediakan makanan untuk eshal, sama macam abg edan kali pertama mula makan tapi sekarang umie alhamdulilah sudah ada sedikit ilmu tentang bagaimana cara cepat buat bubur anak 6 bulan.

Umie sejak anak dua ni, sibuknya susah mau cakaplah, dengan abg edan yang lasak bukan main sejak dia tak dibagi handphone ni, ada ja barang dia nak 'kemas' Allahu kadang terduduk juga memikirkan bertuah punya budak edan ni yang tak pandai duduk diam..haha..dulu time bertiti (dalam peringkat berjalan), umie selalu berfikir bila agaknya edan mau berjalan sebab edan lewat sikit berjalan dalam umurnya 1tahun 2 bulan tapi bila dah mula lasak macam ni, teringat time edan baby haha, letih sebenarnya bila ada anak jarak dekat macam eshal edan walaupun 2 tahun beza umur dorang ni, tipu kalau tak letih haha...ok kita besarkanlah dulu budak dua ni ya baba..

So berbalik kepada cara cepat buat bubur anak 6 bulan, alhamdulilah sejak umur eshal 5 bulan lagi sha dah planning nak bagi dia makan apa, macam abg edan juga, eshal start makan bubur kosong dulu, selama 3 hari untuk sesuaikan perutnya yang baru menerima makanan, lepas itu baru buat menu lain, tapi sedikit ilmu sha dapat kalau nak bagi apa-apa makanan dekat baby, boleh tambahkan dua titis minyak, kalau ada minyak zaitun 5 Kelebihan minyak zaitun Pada Ibu Mengandung lagi better, minyak makan pun boleh..dalam buku anak yang kita bawah berklinik pun ada nyatakan menu makanan pertama bayi 6 bulan sampai lah dia besar, boleh rujuk nanti.

Nurse akan tanya mama bagi anak makan apa untuk hari pertama, kalau mama jawab bubur kosong selama 3 hari dia akan marah, nanti baby tidak dapat khasiat katanya, betul tapi dari sha dan orang tua cakap, perut baby kan masih baru lagi nak rasa makanan yang sedap so dengan bagi dia bubur kosong insyaAllah nanti dia akan biasa dengan menu yang lain. Bukan lama pun 3 hari ja, lagipun dalam masa 3 hari tu, mama yang baru belajar nak sediakan makanan tak perlu rushing dengan rutin baru..

So lepas 3 hari tambah lah ayam dan sayur dalam bubur, serbuk ikan bilis dan serbuk ayam, dua ni korang boleh buat sendiri, senang ja cuma perlu rajin ja pun hihi, kalau sha ini tunggu ada orang tolong jagakan anak-anak ataupun time dorang tidur baru boleh siapkan semua instant macam serbuk-serbuk semua tu, kalau time dorang dah bangun, alamatnya jadi singa sha dibuatnya, sha baru 2 anak ya, tabik hormat dekat mama 5 anak haha.

Bila dah try menu baru untuk 3 hari, anak tak berak atau anak sakit perut macam sembelit stop makan menu  baru tu, esoknya buatkan dia bubur kosong yang cair..kalau tak berak juga pergilah jumpa doktor. Tapi ada juga sha tanya nurse time eshal berklinik 6 bulan tu, dia cakap try cairkan bubur dan lebihkan sayur dalam bubur, dan jangan lupa makan buah yang boleh merawat sembelit seperti epal, jadikan sebagai puri 

Cara buat puri epal kupas kulit epal potong 4, stim epal sampai agak bertukar warna, lepas tu baru blend, bahagikan kepada 2-3 tempat kecil dan letak dalam peti sejuk, setiap hari bagi anak makan 2 kali sehari jam 9 pagi dan 4 petang, 1 buah epal tu boleh makan sampai 4 kali.


Macam kes eshal sha bagi dia makan bubur labu, 3 hari tak berak, bila stop dan bagi dia makan bubur kosong banyakkan minum air putih dan susu badan alhamdulilah buang air besar 2 kali sehari tapi kesianlah malam tu dia meragam sangat sakit perut, maksudnya dia tak ngam dengan labu tu, sama dengan abg edan memang kalau makan labu akan sembelit.

Cara Cepat Buat Bubur Anak 6 Bulan


ada 2 cara yang sangat mudah untuk buat bubur anak, so korang boleh pilih sama ada mahu buat cara 1 atau cara 2 terpulang, kalau nak buat dua-dua sekali gus pun no hal, asal rajin ja haha. 

Cara 1
Cuci 3 pot beras 3 kali
Tuhus dan sangai sampai kering
Rehatkan sebentar dan blend halus

So akan jadi macam serbuk beras, bila nak masak guna 2 sudu makan sahaja, air agak dalam 1 gelas, masak dalam 5-10minit api kecil, boleh makan untuk 3x sehari senang tak payah tunggu lama bila masak, cuma kerap gaul takut bubur jadi hangus pula nanti dah nak dekat habis boleh topup balik beras tu.

Cara 2
Cuci setengah gengam beras 3 kali
Letak dalam bekas kecil dan letak air hingga penuh, tutup dan letak dalam freezer

Cara ni sha guna time edan dulu, bila beras dah beku, beras jadi kembang, lagi cepat masak, sukatan 1 bekas kecil boleh makan 3x sehari, boleh buat banyak dalam bekas dan letakkan dalam freezer.

Untuk bayi 6 bulan bubur mesti diblender dan di tapis ya, baru letakkan dalam bekas kecil dan letak dalam peti sejuk, so bila nak makan 15 minit sebelum makan, panaskan menggunakan double boil, steam atau letak dalam microwave. 

Cara Penyediaan 

1. Letakkan dalam periuk bubur + air + ayam + sayur, masak dengan api perlahan selama 10minit, kerap mengaul agar tidak meletak pada periuk, 




2. Biarkan sekejap agak-agak sejuk sikit, letakkan dalam blender, tarik sampai lumat dan tapis sampai halus, lebihan tadi boleh buang.







3. Sesudah tapis letak dalam bekas kecil, asingkan kepada 4 tempat dan letak dalam peti sejuk, jadi kalau nak makan boleh ambil 1 bekas sahaja, macam sha ni, sha guna bekas letak susu formula, bila nak makan sha ambil 1 bekas dan rendam air panas selama 5-15 minit, agak suam bubur tu, dah boleh bagi anak makan.

4 barang yang berguna untuk mama bila anak mula makan


1. Tapisan - (rujuk pada gambar diatas) sha tak pasti korang panggil apa barang ni, tapi sha panggil tapisan, kalau tiada blender it's ok as long as ada tapisan ni, cuma sakit tangan dan perlu masa untuk tapis bubur bayi, guna sekali sehari dan selama sebulan..ok ja..hihi, makanan pertama bayi 6 bulan perlu halus dan tidak keras, tapis adalah cara terbaik.

2. Blender - (rujuk pada blender diatas) Kalau tak jumpa blender karan tu, boleh guna blender putar guna kuasa tangan, dekat shopee ada dalam RM8 sahaja, benda keras memang tak hancur, macam bubur + ayam + sayur boleh dia hancurkan, tapi untuk anak 6 bulan kena tapis dulu bagi halus, nanti bila anak umur 8 bulan keatas baru tak perlu tapis, guna blender tangan ni ja pun ok.

3. Mangkuk makanan bayi - (rujuk pada gambar pertama diatas) banyak jenis tapi kalau ada yang 2 tempat macam ni more better, satu letak bubur, satu letak air, jadi kita tak huru hara nak bagi bayi makan hihi mana nak amik air mana nak amik bubur dalam satu masa, senang cuci. Ni sha dapat hadiah, berguna untuk bayi yang mula makan.




4. Kerusi makan - sha tiada kerusi makan so guna kerusi roda tu turun temurun dari edan, elok lagi eshal guna..so makan dekat situ ja la, siap ada bunyi-bunyian boleh tarik perhatian eshal, tapi kalau mak yang pro dah, anak letak atas paha, tangan kiri boleh pegang tangan anak, itu kalau mak yang dah pro la haha, sha selalu juga buat sebab kalau duduk dalam kerusi roda ni mau dia tangkap sudu habis mandi bubur keduanya hihi.

ok itu sahaja entry mengenai Cara Cepat Buat Bubur Anak 6 Bulan berserta ilmu penyediaan bubur lengkap dari sha hihi, semoga bermanfaat untuk mama yang pertama kali bagi anak makan, atau mama yang dah lama tak bagi anak makan, maksudnya dah lupa cara penyediaan nya haha..semoga dipermudahkan mama bagi anak makan sampailah dia umur setahun baru dia ikut kita apa yang kita makan, time tu dah boleh goyang kaki haha..amboi

January 28, 2021

15 Tips Murah Rezeki

January 28, 2021 3 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum


15 Tips Murah Rezeki | Bila bercakap tentang rezeki mesti kita terfikir duit, tapi sebenarnya konsep rezeki sangat luas, antaranya diberi kesihatan yang baik juga rezeki, dipermudahkan urusan pun rezeki, pergi kerja, duit dalam dompet tinggal untuk tambang pergi balik kerja, kawan bawa makan dia kata nak belanja, itupun rezeki, hari ini gaji, ada seorang pakcik tua minta sedekah jadi kita bagi dia RM50, kita bagi dia, maka itu rezeki dia yang kita pegang, rezeki itu hanya Allah sahaja yang tahu, jadi entry kali ini sha nak kongsikan mengenai 15 tips murah rezeki yang kita boleh amalkan dalam kehidupan seharian, insyaAllah

1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah. Benda simple, tapi ramai yang lupa buat, orang zaman sekarang bila bangun tidur confirm handphone yang dicapai dulu hihi, samalah termasuk yang sedang menaip ni hihi.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. 

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya. Sedekah la walau hanya 10sen.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri. 

Alhamdulillah ❤️ semoga entry ini bermanfaat agar kita semua memperolehi rezeki yang luas dimuka bumi ini dan sharing ini telah sha petik dari facebook سيتي نور ايلي  

January 26, 2021

Tukar Domain Dot My ke Dot Com

January 26, 2021 4 Comments


Tukar Domain Dot My ke Dot Com | Seingat sha akhir tahun 2014, sha berjaya memiliki  domain sendiri dari blogspot.com ke dot my iaitu Opzzpinky.my dengan percuma setahun, lepas tu kalau nak renew bayar dengan harga mampu milik RM 20+ masa itu pendaftaran domain diuruskan sepenuhnya oleh Blogger Innanie, ramai blogger turut tukar domain ke dot my, sayangnya benda free kan mesti ada saja masalah, dengan blog tak dapat buka , bayaran dinaikkan, hosting ada masalah, tapi sha tetap guna khidmat dot my sebab ianya domain yang sangat special, MY kan mewakili Malaysia hihi.

Sampai sekarang, domain dot my ini sha masih terus gunakan sehinggalah ada masalah berlaku antaranya facebook sekat link blog sha tahun 2019 rasanya, sedihnya sha tidak dapat update link blog di facebook, mungkin kah untuk selamanya?? oh tidak, job penulisan memang akan terkesan disebabkan pageview yang kurang, sebab peratus viewer memang dari facebook, lagi cun tajuk dan konten makin cunlah pageview hihi..rindu nak promote..sha dah puas hantar report kepada facebook, namun tiada jawapan, akhirnya pasrah dengan apa ada nya hihi

So memandangkan tahun ni tahun terakhir domain dot my, sha tak jadi nak renew dah, dan sha ingat nak tukar ke dot com dengan nama blog yang sama saja iaitu opzzpinky, orang dah kenal opzzpinky cuma tukar domain ja hihi, maka sha puna decide untuk menggunakan khidmat NetKL, beli dan pasang semua pihak NetKL uruskan, kita tinggal bayar sahaja hihi

Harga domain RM45 setahun + service pasang RM10, bayar melalui online banking, ambil masa 8-24 jam baru domain akan dipasang kalau tiada perubahan boleh contact dorang melalui massenger, macam kes sha pula, password salah bagi, jadinya selepas 24 jam dari sha purchase tu, domain still sama, so sha sendiri yang mesej dorang tanya progress, rupanya salah password yang sha bagi, aish dorang ni langsung tak email pun minta, lepas setel semua, dalam masa beberapa minit begitu domain pun dah ok, dah boleh pakai

Bila tukar domain ni banyak yang terkesan, antaranya adsense, google search console, entry lama yang kena backlink, bloglist kita yang ada di blog kawan-kawan, paling sadis sekali google tak kenal domain baru..huhu sedih lahai sedih kan..hah jadi korang sebelum beli pastikan jangan kerja dua kali, tukar domain bila perluuuuu sangat ja, jangan suka-suka tukar sebab sangat rumit haha..

Untuk kes macam sha ni, domain lama belum expired, so kena contact DNS lama, suruh dorang cancelkan domain, lepas tu sha nak tunggu result dari adsense pula sebab tadi dah fix kan bahagian ads.txt tu, makan masa 2-3 hari juga katanya, leceh kan?

Itu belum part google tak kenal kita hahaha, cuba korang taip blog lama, then klik pada link tersebut, mesti korang akan nampak NOT FOUND..huhu

So untuk proses tukar domain ni, mudah-mudahanlah dipermudahkan ya, sekali sha tukar template simple, actually sha cari template yang boleh nampak blog archive hihi jumpa pun, rindu blog lama bah.

apapun nanti sha update lagi result nya

January 1, 2021

Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa

January 01, 2021 0 Comments

Bismillah,

Assalamualaikum

 


Pallas Kasut Sekolah Hitam Dengan Reka Bentuk yang Selesa | Sudah menjadi kebiasaan, sebelum masuk tahun baru, para ibu bapa sibuk untuk menyiapkan kelengkapan sekolah anak-anak seperti pakaian, buku, pen, beg dan kasut. Terimbau zaman sha sekolah, dalam dua minggu sebelum sekolah di buka, bapa sha lah yang akan membeli ke semua kelengkapan sekolah untuk anak-anaknya, meski tidak lengkap, tapi dia sedaya upaya untuk memberikan kami 8 orang adik beradik ada untuk dipakai sewaktu sekolah di buka.

Semasa itu, kasut adalah yang paling mahal dan kami tidak mampu untuk menukarnya setiap tahun. Oleh kerana itu, bapa tetap pilih kasut yang berkualiti untuk kami pakai lebih lama dan selesa maka kasut sekolah hitam pallas memang menjadi pilihannya untuk anak-anaknya

 


Musim sha sekolah dahulu, sha memang pakai kasut sekolah warna putih, hanya ada satu pasang, musim hujan terpaksa bungkus guna plastik dan pakai selipar pergi sekolah, kalau sekarang dah ada jual kasut sekolah plastik kan, lepas itu, kasut letak dalam beg, jadi kasut tidak kotor, bayangkan betapa sha sangat menjaga kasut sebab susah untuk dapatkan yang baru, itupun kalau sudah koyak dihujung, sha akan tampal guna plaster luka, haha.

Bila musim hujan, kasut lambat kering, sha letak belakang peti sejuk, besoknya kering tapi selalunya ada kesan kuning, sha sapu guna kapur, senang kerja, hihi.

 

Tapi sekarang dah boleh guna kasut sekolah pallas jazz hitam, jadi tak risau kasut cepat kotor atau kusam, senang hati mak.

Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK

 


Bukan hanya pelajar sekolah sangat memilih kasut yang selesa, kita juga orang dewasa ini, perlukan satu ‘alas kaki’ yang mampu memberi keselesaan untuk pergi ke mana saja untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK memiliki kusyen tumit kaki yang mempunyai lantunan yang lebih baik untuk mengurangkan kesakitan pada kaki akibat keletihan dan tapak pada bahagian dalam kasut direka untuk menyerap hentakan.

Biasalah budak-budak kan, lebih aktif disekolah, macam adik sha memang suka main bola, bukannya bawa pun kasut lain, syok sendiri dah pakai kasut pallas ni.  Tambahan lagi, ianya juga memberi sokongan kepada lengkungan (arch support) semula jadi tapak kaki melegakan ketegangan pada otot kaki.


Selain dari itu, tapak kasut juga part yang penting, kasut sekolah Pallas materialnya getah, jadi ianya mempunyai cengkaman yang kuat untuk mengelakkan pemakainya mudah tergelincir dan tapak kasut Pallas ni agak tebal jadi lambat ‘haus’ dan boleh dipakai dalam tempoh yang lama.

Kalau korang nak beli online, https://www.wow2wee.com/ ada jual, risau kasut longgar atau sempit? Tidak lagi, Wow2wee akan guide korang cara terbaik untuk ukur kaki anak-anak, comfirm muat punya

(boleh rujuk gambar dibawah atau layari link ini https://www.wow2wee.com/w2w-measurement-guide)

 

Tapi kalau nak dapatkan sendiri kasut pallas warna hitam ini boleh lah pergi ke kedai kasut pallas berhampiran korang seperti Aeon, Tesco, Mydin Supermarket dan sebagainya untuk kempen Back to School, harga kasut pallas jazz anggaran dalam RM40 sebuah, ianya mampu milik dan tahan lama bila di pakai.

Kesimpulannya, Kasut pallas warna hitam ini sangat recommended, bukan sahaja mementingkan keselesaan kaki anak korang tapi juga mengambil kira aspek kesihatan kaki dengan memberikan sokongan pada lengkungan (arch Support) dan keselamatan agar tidak mudah tergelincir dengan tapak material getah

Jadi apa tunggu lagi, buat pilihan terbaik untuk anak korang, belikan Pallas untuk mereka