Assalamualaikum
Umur 2 Tahun Masih Belum Pandai Bercakap | Ibu mana tak risau, anak orang lain belum masuk 2 tahun dah pandai bercakap, memang setiap anak tak sama, ada lambat dan ada juga cepat, bila bab anak ini ibu bapa kena selalu alert bila anak lambat perkembangannya, maka kitalah yang akan berusaha mencari dimana titik puncanya.
Sha perasan yang edan, anak sulung sha lambat sikit perkembangannya, bermula dia mula bertiarap pada umur 5 bulan sampai la berjalan pada umur 1 tahun 2 bulan jika dibandingkan kanak-kanak lain, time tu sha sebagai ibu memang risau, tapi apa sha buat, sha bantu dia untuk bertiarap dan berjalan, sebenarnya itu perlu ransangan begitu juga dengan bercakap.
Edan tumbuh gigi pertama dan kedua umur 6 bulan, dan bulan-bulan berikutnya sebiji demi sebiji giginya tumbuh sampailah ke 10 bulan dia sudah memiliki gigi penuh bahagian depan, bak kata orang bila gigi suda tumbuh, mudah baginya untuk bercakap, mitos itu tidak benar ya, waluapun gigi edan tumbuh semuanya sebelum berusia 2 tahun dia masih belum pandai bercakap.
Umur 2 tahun masih belum pandai bercakap, jangan ambil mudah, umur sebegini anak sepatutnya sudah pandai mengabungkan 2 3 ayat seperti mama, nak susu tapi umur edan 2 tahun dia hanya pandai menyebut 1 perkataan sahaja.
Baru-baru ini, edan berklinik untuk umur 2 tahun 6 bulan, sebelum ni sha memang pernah bagitau nurse pasal edan bercakap ni hanya 1 perkataan saja, nurse tanya kalau edan nak susu dia cakap apa, sha jawablah dia tunjuk dan buka baju sha nak susu, time tu dia menyusu badan lagi, sampai sekarang pun masih belum pandai buat ayat, kalau setakat 1 perkataan dia pandai la. Jadi nurse suruh refer dekat doktor di klinik tu bulan depan. Katanya biar refer awal nanti senang mau detect. Even 2 tahun 6 bulan nurse kata awal, bagi sha dah lewat dah ni..tapi tak mengapalah boleh ja refer doktor kan sebelum umurnya 3 tahun.
Actually umur 2 tahun masih belum pandai bercakap, mungkin ada kaitan dengan pendengaran, sha dah lama tak bersihkan telinga edan, sebab time umur edan 6 bulan pernah tercucuk cotton bud, jadi dia trauma setiap kali sha bersihkan, sampai umur dia sekarang sha tengok ada jugala tahi telinga keras tu, sudah cuba ubat titis doktor bagi tak juga jalan
Ada juga sha terbaca perkongsian untuk anak pandai bercakap iaitu selalu berbual dengan anak bermula baby lagi, ibu mana lah yang tak rajin berbual dengan anak sendiri kan hihi, sha berbual bermula edan dalma perut lagi, cuma bila sha dapat tahu mengandungkan anak kedua emosi tak stabil, sha selalu juga kurang masa dengan dia akibat melayan morning sickness..mungkin itu sebabnya kan.
Jadi kalau refer doktor mungkin boleh bantu edan bercakap
InsyaAllah biar lambat jangan tiada progress..anak amanah Allah kan nanti sha update bila dia dah refer doktor. Doakan semoga dipermudahkan.
Insha Allah , lepas ini Anak kak akan boleh bercakap dengan petah . Selalu bersembang walhal sembang kosong sahaja..
ReplyDeleteanak anak saya yang sulung je bercakap cepat...yang lain bercakap sekitar 5 tahun... yang nombor 3 bercakap umur 6 tahun...siap kena speech theraphy. memang keturunan lambat bercakap plus pelat.
ReplyDeleteMoga anak akk sihat sentiasa..
ReplyDeletejom join GA menarik ni!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html
Alhamdulillah sha cepat refer doktor. Moga edan cepat petah bercakap dan sentiasa sihat
ReplyDeleteAnak OM dah ade 3 batang gigi dah umur 7 bulan, ni tak tahu future nanti dia boleh bercakap cepat atau tak. Risau jugak kak.
ReplyDeleteKak iktiar dan selalu refer doctor ye kak. OM doakan in syaa Allah anak akak boleh bercakap.
Amin ya mujib.
Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya
ReplyDeletesama macam sy punya anak buah..3year masi belum mahir lagi bercakap tapi alhamdulillah skrg dia 5 tahun ok sudah bole suda bercakap.
ReplyDeletememang ada yang lambat tu dear, inshaAllah ada masanya dia akan pandai bercakap :)