June 3, 2021

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan

Bismillah, 
Assalamualaikum


Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan | Umur berapakah sepatutnya untuk bayi perempuan bersunat? persoalan ini sangat biasa bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ada beberapa perkara yang perlu ibu bapa tahu mengenai bersunat dan juga kelebihan bersunat bagi bayi perempuan dari segi Agama Islam.

Bersunat bagi anak lelaki kita memang biasa dengar apatah lagi ketika anak lelaki sudah mulai memasuki usia 12 tahun, pada zaman dahulu, kenduri doa selamat akan diadakan dan bidan kampung akan dipanggil untuk upacara bersunat, kebiasaanya kalau buat dikampung memang akan dibuat bersunat beramai-ramai, tapi zaman sekarang ramai yang buat diklinik swasta sahaja. Macam mana pula dengan bersunat bagi bayi perempuan?

Sunat Bayi Perempuan Menurut Islam

Berkhatan / Berkhitan / Bersunat adalah proses yang melibatkan pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj bayi perempuan. Bahagian yang dipotong itu sebenarnya kecil sahaja dan ianya sangat berbeza dengan bersunat pada anak lelaki yang seperti kita dengar sebelum ini. 

Berapa umur yang paling sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan? 

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah lebih sesuai untuk bersunat bagi bayi perempuan dan selalunya ibu-bapa akan membawa bayi perempuan mereka bersunat selepas si ibu habis tempoh berpantang pada 44 hari ke atas. Bagi anak perempuan sha, sebenarnya sudah lama sha rancang untuk sunatkan dia sejak usia 3 bulan lagi, sebab dengar orang cakap lambat sunat nanti susah sikit, kita pula yang tak senang tidur hihi, tapi alhamdulilah eshal selesai bersunat ketika umurnya 10 bulan, semuanya dipermudahkan.

Bersunat di Klinik Swasta atau Di Rumah Bidan?

Baru sha terfikir kenapa tidak sha sunat eshal diklinik saja memandangkan sekarang pun kes covid meningkat, bawa baby pun banyak risiko kalau kita mau buat dirumah bidan. Lagipun sha sudah tanya bidan, kena sediakan barang macam kain sarung, kain putih lilin, dan pengeras, macam leceh kan banyak kena sediakan. Dan proses bersunat di rumah bidan ini sha tidak tahu, mungkin ada ibu-ibu tahu boleh kongsikan di laman komen :) 

Jika bersunat di klinik swasta kena ikut polisi klinik tersebut, mereka akan tanya dulu usia bayi, ada yang mengambil dari usia 3 bulan kebawah ada juga klinik yang hanya mengambil dari usia 6 bulan keatas. Dan pastikan sebelum korang gerak pergi klinik, korang telephone dahulu ya. 

Bayaran mengikut klinik tersebut, macam Klinik Syifa Batu 6 IJM Sandakan, bayaran hanya RM 20 untuk seorang, proses pemotongan sangatlah mudah dan cepat, doktor hanya bagitahu dia akan lukakan sedikit pada atas faraj sahaja sehingga keluar darah sedikit kemudian siap. Proses bersunat di klinik swasta bagi bayi perempuan tidak melibatkan bius kecuali umur budak tersebut sudah besar.

Awalnya sha takut sebab ini anak perempuan pertama, jadi sha tutup mata bila eshal disunatkan, dalam fikiran sha darah akan keluar memancut-mancut haha..tapi doktor cakap tidaklah, asal ada sedikit darah keluar itu sudah cukup, lega hati sha hihi.

Pastikan bayi korang berada dalam keadaan sihat, tidak demam atau mempunyai masalah lain, jika ada boleh tangguhkan sehingga dia betul-betul sihat. Jika ada keraguaan berkaitan umur yang sesuai, boleh bertanya doktor terlebih dahulu. 

Kelebihan Bersunat Bagi Bayi Perempuan Dari Segi Agama Islam

Bersunat bagi bayi perempuan akan membari manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan. Antara kelebihan bersunat, ianya menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.

Bersunat juga dapat membawa kesempurnaan pada agama, keindahan dan meluruskan syahwat. 

Baginda SAW bersabda yang bermaksud : “Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.” (Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Penjagaan Selepas Bayi Perempuan Bersunat

Berbeza dengan bersunat bagi lelaki, bayi perempuan biasanya mengambil masa yang cepat untuk pulih disebabkan hanya potongan kecil pada bahagian kemaluan nya. Jadi bayi perempuan biasanya akan bergerak aktif selepas bersunat. 

Sebelum pergi ke klinik pastikan lampin bayi dalam keadaan kering, selepas disunat, doktor akan menahan darah dengan kapas selepas itu darah tidak lagi keluar, cuma perlu ditekankan faktor kebersihan terutamanya dalam hal menukar lampin.

Selesai urusan bersunat bagi bayi perempuan, dengan entry ini sha baru tahu kelebihan bersunat menurut Islam, bila ada anak perempuan baru dapat ilmu baru, tapi kalau korang tiada anak perempuan bolehlah hebahkan kepada keluarga, teman atau jiran, semoga bermanfaat buat semua dan dipermudahkan urusan korang :)


12 comments:

  1. bersunat utk anak perempuan ni mudah tapi mcm anak lelaki...lama nak berpantang tu..apa pun good sharing Sha

    ReplyDelete
  2. good sharing info sha. akak pun tak tahu pasal sunat bayi perempuan. cuma tahu kena sunat masa kecik.

    ReplyDelete
  3. Iya sha. Aku blk kedah abis pantang hri tu pn tgu baby 3 Bulan lebih bru Sunat. Mmg mudah n cepat baik..awal2 kasi Sunat sebelum Dia pndai meniarap atau duduk. Kecian dia nti Klu bnyak brgerak. Mcm Lelaki Besar sudh pndai sudh beagak2 klu sakit..pandai durang bepelan2. Huhuhuu

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang bagus. Zaman sekarang tak tahulah masih ada ke tok mudim atau bidan untuk sunat cara kampung. tapi utk keselamatan di musim pandemik eloklah ke klinik sahaja kan.

    ReplyDelete
  5. Good sharing... Bersunat anak perempuan ni senang sebab buat masa kecik.. Takde potong banyak pun...

    ReplyDelete
  6. Anak kita masa lpas pantang dah buat.. Kejap ja dia nangis.. Pastu da ok.. Mcm kena cubit ja tgk dia time tu...

    ReplyDelete
  7. Saya dulu sunatkan anak perempuan time baby senang prosesnya, baby pun tak meragam

    ReplyDelete
  8. thanks sha. untuk rujukan kak pip nanti ni. belum ada baby girl, tapi manalah tahu ada rezeki kan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Ilmu yg sgat bermanfaat.. dulu sy bersunat di kg.. dgn bidan..

    ReplyDelete
  10. Syu pun prefer sunat baby perempuan kat klinik je. Kebanyakan bidan sekrang dah tua tua pun. Mata tak berapa nampak.jehe mamy is risau

    ReplyDelete
  11. tq sharing :)
    comel betul babynya haaa <3

    ReplyDelete
  12. Cadang memang nak sunatkan anak nanti. Aritu nak bawak pergi klinik yg sunatkan kakak dia tu, ada kes covid pulak. Asyik bertangguh je ni. Alahai, dah la klinik tu je yg sunatkan budak perempuan.

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)