Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank

Bismillah
Assalamualaikum

Cimb Sistem Down, rasa macam kena Prank | tadi petang sha pergi mydin, dalam perjalanan teringat mahu kasih keluar duit untuk beli ikan di pasar besok, ok parking kereta depan bank muamalat sebab itu ja bank yang ada di dalam kawasan perumahan sha, tadi sebelum memandu buka tingkap seluasnya, bila dah berhenti tingkap pula tak mau naik, adui takkan mau tinggal kereta dengan tingkap tak naik nanti hilang pula kereta haha..tau la kereta kancil tua sudah, value ada lagi ini.

Call husband tak angkat, call adik katanya dia pun tak tahu sebab tak pernah terjadi dekat kereta nya hahah..lepas tu husband call tanya kenapa, sha katalah tingkap kereta merajuk hahah, sha tunggu lah dia ngam juga dia baru habis kerja, kami bertukar kereta lepas tu sha tak jadi ambil duit, sha terus pergi mydin sebab dah lewat sudah mau belanja lagi kan.

Belanja punya belanja total RM100+ time nak bayar tu cashier cakap guna cimb ka? Sha cakap iya..dia kata ala..ari ini cimb sistem down, pulak dahh..duit semua memang dalam account cimb ja, dia cakap ada kad lain, sha tengoklah dalam dompet, ada kad maybank tapi isi kosong hahaha..sha call husband suruh transfer duit, tak sambut pula mungkin tengah repair tingkap kereta tadi hahah, call adik suruh transfer secepat mungkin. Dah lah internet tiada, pakai 1gb percuma ja sha sebab jarang keluar rumah, di rumah ada wifi kan, tunggu punya tunggu dapat juga bayar guna kad maybank, sha cash memang tiada, sebab mydin kan boleh bayar guna kad.

So hari ini ramai juga pengguna cimb terkena prank akibat sistem down, sha tak dapat transfer ke account lain, kalau orang bisnes memang efek lah juga kan..moral nya sediakan kad bank lain yang ada isi dalam nya hahaha

Begitula cerita hari ini hihi..

4 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. a'ah stress xleh shopping arini.. online pon xleh.. sume xleh..
    ni baru ok.. dpt jgk byr hutang.. hihi

    ReplyDelete
  2. tadi nak bayar bil pun takleh guna cimb... esok je la bayar

    ReplyDelete
  3. nasib ada yg boleh transfer..kalau tak kenelah buat muka tak malu mintak cashier tu cancel je

    ReplyDelete
  4. gunalah kad kredit. amat berguna pd waktu kecemasan! kad debit ni susah juga jika x de duit dlm akaun bank tu. hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post