Assalamualaikum
Membeli Rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak? | Sejak pandemik Covid-19 menular di negara kita, dengan kesan dari perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP), ada beberapa syarikat mula memberhentikan pekerjanya untuk menggurangkan perbelanjaan, dan yang paling menyedihkan lagi, pada tahun 2021, lebih dari 37 ribu usahawan yang telah muflis dan terpaksa 'gulung tikar' sebab tidak dapat lagi meneruskan perniagaan mereka. Tidak kurang kesannya juga ke atas pasaran hartanah.
Impak Pandemik Covid19 terhadap pasaran hartanah
Covid-19 memberi kesan negatif terhadap pasaran hartanah akibat peningkatan kadar pengangguran yang kini mencapai hampir 1 juta orang yang telah kehilangan pekerjaan. Itu menjadikan penurunan permintaan terhadap rumah disebabkan pembeli tiada wang untuk membayar balik pinjaman.
Pertumbuhan stok tahunan vs bilangan lambakan hartanah [credit to iproperty.com]
Pada 2003, sebanyak 237 ribu lambakan unit rumah direkodkan akibat penawaran rumah secara berlebihan (overhang property). Diikuti peningkatan ke dalam inventori sedia ada pada tahun 2016 sebanyak 382 ribu unit rumah. Punca kelembapan pasaran hartanah adalah ketidaksepadanan dalam permintaan dan penawaran rumah di dalam negara kita. Sebenarnya isu hartanah ini sudah lama berlaku sebelum wabak ini menular, pemaju telah bersuara mengenai kebimbangan dalam menghadapi kelembapan pasaran tersebut.
Bagaimana bekerja dari rumah dapat mempengaruhi keperluan dalam memiliki rumah?
Setelah perlaksaaan PKP dibuat, ekonomi negara kita berhenti seketika, sebahagian majikan dari sektor dinegara kita melaksanakan bekerja dari rumah terutamanya waktu kaurantin. Hasil kaji selidik mendapati sebanyak 35% responden berpikir untuk memiliki rumah atau berpindah rumah, ini kerana mereka baru menyedari bahawa bertapa pentingnya memiliki ruang peribadi sendiri seperti pejabat. Dan ada juga dikalangan mereka yang bekerja dari rumah mempunyai banyak masa untuk mendeko rumah dengan bajet tanpa mengupah orang lain, ini sangat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memiliki rumah sendiri.
Selain dari itu, beberapa faktor utama yang mempengaruhi mereka untuk memiliki rumah adalah tujuan pelaburan, keperluan mempunyai lebih banyak ruang peribadi dan peluang menggunakan kelebihan kadar faedah rendah yang diberikan pada masa ini. Namun rata-rata pencari rumah mengalami kekangan dalam pembayaran wang pendahuluan dan gaji tidak stabil.
Membeli Rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak?
Membeli rumah untuk kali pertama, memang sangat mengujakan. Apatah lagi, rumah antara salah satu aset paling berharga di masa hadapan. Namun di musim pandemik ini, semestinya harga rumah mulai menurun, disebabkan kadar permintaan terhadap rumah semakin jatuh akibat orang ramai berhati-hati untuk membelanjakan sejumlah wang mereka.
Jika dilihat dari mata kasar, sebenarnya musim pandemik sebegini adalah masa yang sesuai untuk membeli rumah kerana banyak pemaju terpaksa menutup kedua-dua mata mereka untuk mengurangkan harga rumah dengan harga yang berpatutan memandangkan nilai unit rumah sedang jatuh akibat pandemik covid19
Tidak hanya pemaju, pihak bank dan syarikat juga turut menawarkan kadar faedah pinjaman rumah yang rendah daripada harga pasaran sebelum ini.
Begitu juga dengan kerajaan prihatin yang turut memberi inisiatif melalui Skim pinjaman perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sebagainya
Perkara penting sebelum beli rumah ketika pandemik covid19
Ekoran daripada pandemik ini, perlaksanaan perintah kawalan pergerakan menyebabkan ekonomi negara kita terjejas dan membuatkan banyak sektor mengalami kerugian yang teruk dan ini menyebabkan sumber pendapatan pembeli tidak stabil untuk membayar balik pinjaman tersebut.
Dengan itu, rancang kewangan sebelum membeli rumah, pastikan gaji bulanan mampu membayar balik pinjaman kewangan.
Korang boleh guna Pengiraan dan ianya sangat membantu korang dalam menentukan kelayakan membeli rumah berdasarkan gaji bulanan korang
Dengan pengiraan ini, korang hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan hasil kiraanya akan terpapar secara automatik, senang dan mudah bukan? Lagipun laman web pengiraan ni sangat ringan dan cepat loading jadi, memang tiada masalah bagi korang untuk mengira secara online.
Selain dari itu, laman web pengiraan ini juga menyediakan perkhidmatan seperti menganggar gadai janji berdasarkan pendapatan, jadual pelunasan boleh cetak, lebihan bayaran pinjaman dan gadai janji semula.
Di musim pandemik ini, rasanya rumah yang korang bercadang nak beli itu, ikutlah kemampuan duit poket ya, kalau dapat rumah mampu milik pun dah ok ini kerana secara tak langsung pembelanjaan bulanan akan terjejas. Jadi, sebaiknya, harga rumah kurang dari 5.5 tahun gaji bulanan (Gaji tahunan x 5.5 = Harga rumah) manakala bayaran bulanan kurang dari 40% gaji bulanan.
Berbalik kepada persoalan mengenai membeli rumah ketika Pandemik Covid19, adakah itu idea bijak? sekarang membeli rumah adalah suatu keperluan bukan lagi kehendak, kerana satu faktor penting manusia yang mesti ada dalam kehidupan (selain air, makanan dan udara) adalah tempat perlindungan, jadi ini adalah masa sesuai untuk memiliki rumah sendiri, dengan syarat kewangan korang mestilah stabil :)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)