March 12, 2022

Pendaftaran Edan Ke Tabika Perpaduan

March 12, 2022 2 Comments

Pendaftaran Edan ke Tabika Perpaduan | Hari ini ibu bapa dipanggil untuk datang ke tabika untuk sesi pendaftaran anak masing-masing sebelum bermula persekolaan pada 21hb ini, Alhamdulilah edan akan mulai bersekolah tahun ini walaupun masih awal lagi umur edan 4 tahun sekarang ni tapi doktor galakkan budak speech delay macam edan untuk bersekolah.

Risau mau daftar dimana

Sebelum ni sha ada daftarkan edan masuk tabika kemas tapi area tempat sha hanya fokus 5 hingga 6 tahun sebab rumah flat kan so kelas pun sempit, yang berdekatan pun sudah penuh, maklum lah batu 7 kawasan agak sesak dengan penduduk, hari tu ada apply dekat kompleks tabika kemas rimbawan tapi jauh sikit dengan tempat tinggal sha, dah hantar permohonan dan isi borang tinggal mau bayar yuran ja, tapi sebelum tu sha dah isi tabika perpaduan secara online, sangat mengharap dapat dekat sikit dari rumah sha pun dah check area tempat sha ada 3 tabika perpaduan dekat tempat tinggal sha..taman kenari, taman merpati dan taman airport

Sha dah risau sebab sha start carikan edan sekolah tabika bulan 12 tahun lalu, ingatkan sesi persekolahan start bulan 1 yang lalu. Rupanya bulan 3 haha..aduhai..sha ada juga pergi tadika swasta dekat sejati ujana tadika ibnu sina, tapi yuran terlampau mahal hihi dekat 1 ribu lebih lain lagi bulanan, Allahu tak mampu

Tapi makan masa juga dia lulus, dalam sebulan begitu, alhamdulilah juga ada hikmah sha bayar yuran di tabika kemas lewat (lupa sebenarnya hihi) sebabnya Alhamdulilah lulus akhirnya permohonan di tabika perpaduan, dan HQ call suruh arrange permohonan secara manual di tabika perpaduan taman airport A.

Tabika kerajaan pun ok bah

Kerajaan dah sediakan tabika mampu milik macam kemas, pra sekolah dan tabika Perpaduan ni untuk warganegara Malaysia, bersyukur kita dapat kelebihan sebegini, guru-guru yang mengajar sama level dengan tadika lain so apa kata kita gunakan sebaiknya sha pun keluaran tabika kemas..

Keistimewaan mendaftar di tabika perpaduan

Sha baru diberitahu cikgu tadi yang yuran pendaftaran RM10 , insurance Rm10.60, sumbangan bulanan RM10, 2 baju, beg dan kelengkapan belajara adalah percuma, Alhamdulilah sebelum ni ibu bapa perlu bayar tak silap sha dalam RM100 lebih juga termasuk kit belajar tahun ni kerajaan bagi percuma..tinggal sha beli kasut ja dengan stokin 

Cuma kit belajar, beg dan pakaian tu cikgu ada bagitahu lambat sikit sampai, maklumlah terbang ke sabah lagi kan, so cikgu minta beli pakaian seragam baju merun/putih dan seluar biru tua, baju kolar merun sha dah jumpa dekat mydin, seluar pun dah beli, cuma kasut edan tak jumpa saiz lagi hihi..lagipun ada 1 minggu lagi masa cari, beg sha tak beli dah sebab beg yang friso gold bagi tu masih bagus lagi..sha dapat free gift dari join live dorang tahun lalu, so memang jimat banyak

Ibu bapa yang masih berfikir nak masukkan anak ke tabika mana pilihlah tabika kerajaan, rugi tak manfaatkan keistimewaan yang kerajaan bagi, dapat mengurangkan kos perbelanjaan..sekarang pun harga barang dah makin naik..boleh saving untuk masa depan..






March 8, 2022

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

March 08, 2022 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum




Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan | Pasar adalah salah satu tempat paling banyak dikunjungi oleh orang awam, apabila mencari makanan laut, maka pasar lah tempat kita sering pergi, pasar di sandakan terbahagi kepada 4 bahagian, pasar bandar, pasar batu 3, pasar batu 8, pasar batu 16, memandangkan batu 8 dekat dengan tempat tinggal sha, maka itu tempat wajib pergi setiap minggu. jemu juga makan ayam setiap hari, jadi memang akan tukar menu sekali seminggu.

Memandangkan sha pergi beli barang kereta kemarin, so sha singgah lah pasar batu 8 sebab barang basah dah habis, lagi pula lama sudah tak makan ikan, edan esha memang suka makan ikan berbanding ayam, masak lemak sedap tu hihi.

Macam biasa pertama masuk pasar sha akan beli ikan panit dulu, harga dalam RM12 sekilo, beli ikan panit ni, peniaga tu boleh tolong siang dan potong ikan kecil-kecil, so senang kerja sha bila balik rumah nanti. Tengah hari tu sha agak lewat sikit beli kan, selalu sha pergi pagi, so sha nampak banyak ikan murah dipasar mungkin sudah musim ikan, ikan basung RM4 sekilo, ikan tulai RM4 sekilo, dan ikan lumahan jantan RM2.50 sekilo. Sha ni memang peminat ikan lumahan tak kira jantan ka betina sedap digoreng hihi

Kisah Peniaga Jual Ikan Buruk di Pasar Ikan

Sha nampak lah ikan lumahan jantan ni RM2.50 sekilo, fresh dan cantik-cantik semuanya, walaupun kecil sikit tapi boleh lah kalau digoreng kan, so sha pun beli 2 kilo, peniaga ni pun kautlah ikan dari belakang tapi sha ni dah nampak ikan dekat belakang tu macam tak fresh ja. dia timbang 2 kilo, masuk dalam plastik, ikat rapi, sha tanya dia

"Bang, ikan ni fresh kan?"
"iya dik" bilang nya

ok, sha pun bagi dia RM5, dan dia bagi plastik yang berisi ikan tadi, sebelum jalan sha periksa ikan tu, buka plastik dan nampak ikan tak fresh dan buruk, bukan satu tapi banyak ikan tu dah merah mata, sha ni bukannya pandai beli ikan haha, tapi sha taulah ikan tu fresh atau tidak.

Sebab sebelum ni pernah beli ikan di pasar ni, sampai rumah siang ikan, semua ikan buruk, 1kilo sha beli ikan semua buruk, lastly buang ja ikan tu, sayang kan.. jadi kali ini sha nak tegur juga peniaga jual ikan tu.

"Bang boleh tukar kah ikan ni, sebab nda fresh bah" sha kata dekat abang tu sambil kasih tengok dia ikan dalam plastik yang dia bagi tadi

Dia terus bagi sha duit RM5 dia kata tak boleh dik, sambil letak balik ikan dalam plastik tu

sha kata " eh nda apa bang, abang ambil ja ikan yang didepan tu yang fresh tu, saya beli yang depan tu ja"

dia cakap " nda boleh abang bagi kau ikan didepan ni, begitu lah adat kami berniaga dik, kau belilah ikan di tempat lain"

tersentak hati sha dia boleh cakap begitu, iyala sha tahu la sha ni perempuan tapi tak kan lah boleh cakap begitu kan, jadi peniaga ni kenalah jujur, walaupun kau jual RM5 ikan didepan tu, tetap juga ada pembelinya sebab ikan didepan tu fresh bang, kau jual ikan dibelakang yang tak fresh tu, tunggu saat ja mau buruk, walaupun kau bagi free orang nda akan mau juga sebab takkan orang mau makan ikan buruk kan.

Rupanya bukan sha seorang ja yang kena, memang pasar ikan di batu 8 ini orang jera sudah mau beli ikan, rata-rata kawan sha yang respond dengan kejadian kemarin memang tidak mau suda beli ikan disana.

Sha ada kekuatan mau tegur dia kemarin pun sebab sha dah 2 kali kena jual ikan buruk, bayangkan kalau 10 orang membeli ikan tempat nya setiap hari, walaupun murah tapi tak patut dia jual ikan yang suda buruk begitu.

so kawan-kawan kalau beli ikan dipasar, sebelum balik pastikan ikan yang di ambil tu sama fresh dengan apa yang kita nampak sebelum membeli.