Assalamualaikum
Starter Kit Tabika Perpaduan | Masuk bulan 7 ni dah 5 bulan edan sekolah di tabika, ada yang tanya pasal perkembangan dia selepas dia sekolah di tabika ni sebab dia kan dikategorikan dalam budak speech delay, itu nanti sha cerita di next entry ya. ok seperti yang sha mention dalam entry Pendaftaran Edan ke Tabika Perpaduan diorang akan dapat baju dan kelengkapan lain secara percuma. Alhamdulilah akhirnya baju dah kelengkapan itu dah sampai ke tangan edan pada jumaat yang lalu.
Apa yang ada dalam starter kit tabika perpaduan?
Untuk pengetahuan ibu bapa yang sudah mendaftar di tabika ini, ataupun ibu bapa yang tengah cari tabika yang sesuai untuk anak tahun depan, apa yang murid akan dapat dalam starter kit ini adalah :-
1 baju lengan panjang
1 baju lengan pendek
2 seluar panjang
2 sapu tangan
1 beg
1 warna jenama stabilo
3 batang pensil
1 pemadam
1 pembaris
1 gam
1 peraut
1 pensil case
semuanya kelengkapan ini mempunyai logo tabika perpaduan dan di simpan rapi di dalam 1 kotak besar yang sangat cantik, terima kasih Kementerian Perpaduan Malaysia
Untuk anak umur 4 tahun, beg memang agak besar, tapi mungkin tahun depan boleh pakai dah, simpan ja dulu, baju ada besar sikit tapi boleh pakai juga, seluar dua-dua besar sebab edan dapat saiz XL, tapi tak apa bagi sha biarlah baju besar sebab nanti boleh repair bagi kecil kan.
Untuk sesi sekolah tahun depan ibu bapa dinasihatkan untuk membeli kelengkapan sekolah awal sebab starter kit ini memang akan lambat sampai dalam 5 bulan jugalah menunggu
Senarai kelengkapan sekolah tabika perpaduan
yang mana boleh jimat, boleh lah pakai mana yang ada dulu, sebab tak semua ibu bapa mampu nak beli baru kan, macam edan dapat beg free dari friso gold tinggal beli yang lain sebab tak lama pun tunggu 5 bulan hihi.
1 helai baju warna merun (beli di mydin)
1 helai seluar warna biru tua (beli di mydin)
1 pasang stokin warna hitam saiz s
1 pasang kasut warna hitam
*ini kalau rajin membasuh setiap hari boleh lah beli 1 pasang kalau tak rajin beli 2 pasang hihi, sha memang rajin..
kelengkapan lain seperti warna cikgu ada sediakan juga crayon tapi ikut ibu bapa kalau nak sediakan boleh juga, pensil, pemadam, pembaris, gunting, gam itu semua boleh beli juga sebab boleh belajar dirumah juga kan.
Tahun lalu dan tahun ini yuran pendaftaran dan starter kit adalah percuma, sha tak pasti kalau tahun depan masih percuma atau berbayar, itu kena tunggu pengumuman dari kementerian untuk sesi pendaftaran bulan 3 tahun depan, tapi kalau ibu bapa masih tercari-cari tabika yang sesuai bolehlah apply dekat tabika perpaduan ini kalau dekat dengan rumah, bukan apa, senang mau hantar anak pergi dan balik sekolah hihi.
Salam, Mydin mana ye ada jual baju maroon sluar tabika perpaduan. Saya tengah cari extra. Terima kasih
ReplyDeleteMydin sabah sis..
DeleteTerima kasih sis
ReplyDelete