Inisiatif Rumah Ronald McDonald untuk golongan B40 di Kota Kinabalu, Sabah

Bismillah, 

Assalamualaikum

Pada 5 Ogos yang lalu, majlis menandatangani perjanjian persefahaman bagi penubuhan Rumah Ronald McDonald telah berlangsung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu. Inisiatif Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan untuk golongan berpendapatan rendah bagi memudahkan keluarga ulang alik ke Hospital apabila anak mereka menerima rawatan di hospital berkenaan.




Walaupun Rumah Ronald McDonald ini masih dalam proses perancangan, namun Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) Dato’ Azmir Jaafar berkata, pelan sudah pun disiapkan dan hanya menunggu kelulusan dari kerajaan. Penginapan sementara ini bernilai kira-kira RM 3 juta dijangka siap pada Mac atau April tahun hadapan. 

Kadar Bayaran Penginapan sebanyak RM5 satu malam

Ahli keluarga tentu risau dengan kos penginapan dan buntu mencari penginapan yang dekat dengan hospital. Dengan inisiatif ini, ahli keluarga hanya perlu membayar RM5 untuk satu malam malah pihak hospital turut berganding bahu untuk menaja keluarga yang kurang berkemampuan serta keluarga yang datang dari jauh untuk merawat anak mereka di hospital berkenaan.



Majlis menandatangani perjanjian persefahaman penubuhan Rumah Ronald McDonald di HWKKS disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah

RMHC bantu naik taraf kemudahan sedia ada

Selain dari penginapan sementara ini, RMHC juga telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pihak RMHC menaik taraf balai pelawat HWKKS dengan menambah sebanyak 16 katil yang sebelum ini hanya memuatkan 26 katil berkonsepkan asrama. Harapan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dengan menaik taraf kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada lebih ramai keluarga yang memerlukan.

 


Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) 

menagihkan set happy meals kepada media 

Penubuhan Rumah Ronald McDonald yang keempat di Sabah

Sesuai dengan lokasi penginapan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah juga dilihat mempunyai ramai pesakit kanak-kanak dan wad kanak-kanak yang terbesar di Sabah.

Selain daripada Rumah Ronald McDonald yang bakal dibina di HWKKS, terdapat tiga Rumah Ronald McDonald beroperasi ketika ini iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Cheras; Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Kesimpulannya, usaha murni Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dalam membantu menyediakan penginapan bagi golongan B40 sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan keluarga yang memerlukan tempat penginapan ketika anak mereka dirawat. Semoga persatuan dan agensi lain turut sama membantu golongan yang memerlukan, dan saya berharap semoga perancangan ini siap sepenuhnya seperti yang dirancangkan.

 

 


1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. Semoga perancangan berjaya disiapkan mengikut tarikh yg ditetapkan dan membantu mereka yg memerlukan bantuan penginapan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post