Jom Bawa anak Ke PetroSains, Masuk Percuma

Bismillah, 
Assalamualaikum

Jom Bawa anak Ke PetroSains, Masuk Percuma | Beberapa hari yang lalu, sha pergi bercuti dengan keluarga sebelah suami ke Kota Kinabalu sebab ipar sha convo di UMS KK, so kami bertolak awal, drive sendiri kereta Sandakan-Beluran sebab nak ambil ipar sha yang lagi satu dengan anak dia teruskan perjalanan ke Kota kinabalu agak dalam 7 jam juga perjalanan sebab singgah telupid untuk makan dan singgah kundasang kejap dan ada lagi jem dekat kundasang lori terbalik, penat sangat duduk dalam kereta ja hihi


Banyak sangat tempat menarik yang korang boleh bawa anak sempena cuti sekolah di KK ni tapi tak banyak tempat yang masuk adalah percuma haha, so ini kali kedua sha pergi Petrosains KK, 1st tu bawa anak murid dari tabika yang sha mengajar tu lawatan time tu sha belum kahwin lagi ya. Jalan pun sha dah lupa sebab dah hampir 5 tahun berlalu haha tapi jangan risau korang boleh pin dekat library lama Kota Kinabalu, confirm dapat

Apa itu Pertosains?

Petrosains adalah muzium sains dan teknologi Malaysia yang ditubahkan pada 25 Mac 1999 terletak di dalam Suria KLCC, Menara Berkembar Petronas dan dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat terbesar minyak dan gas, Petronas. Tujuan penubuhan Petrosains tidak lain tidak bukan adalah untuk membangkitkan keterujaan dan rasa kagum pengunjung mengenai sains dan teknologi

Sumber : Wikipedia

Petrosains PlaySmart pula ialah Pusat penemuan sains mini atau satelit yang mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan anak-anak serta orang awam untuk mempelajari STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Dan Petrosains pertama ditubuhkan di Sabah pada 2012. Banyak pameran interaktif dan saintifik sedang berlangsung di Petrosains Sabah, korang kena datang dan rasai sendiri keterujaan tersebut, meski bukan semua aktiviti yang ada di Petrosains Suria KLCC dibuat di Sabah namun sedikit sebanyak aktiviti dan pameran yang ada cukup membuatkan pengunjung happy apabila keluar dari Petrosains.

Alamat Petrosains Sabah

Petrosains PlaySmart™ Kota Kinabalu 
Perpustakaan Negeri Sabah Jalan Tasik, 
Off Jalan Maktab Gaya 88300 Luyang, 
Kota Kinabalu, Sabah

Masa lawatan Ke Petrosains

Isnin-Jumaat    9 pagi-5 petang 
Satu dan Ahad    9 pagi-2 petang

Rehat 1 petang-2 petang, 12 tengah hari-2 petang (Jumaat)

Sebahagian video yang sha ambil dari aktiviti di dalam petrosains 






Banyak sangat aktiviti dalam ni, bagi sha semua peringkat umur pun boleh join sekali, mak bapa pun excited main robot 🤣 yang penting semua enjoy..walaupun masa limited sebab sha dan keluarga ngam2 sampai setengah jam sebelum rehat..so tak dapat try semua permainan..so kalau korang nak try semua permainan boleh masuk awal ya.

Apa sha boleh katakan, tempat sebegini memang sangat bermanfaat untuk semua orang dari segi ilmu pengetahuan STEM yang orang bila cakap pasal tu mesti boring kan..haha tapi usaha sebegini patut di puji dan harap pihak lain turut tubuhkan banyak tempat sebegini untuk manfaat masa hadapan..petrosains best..








1 Comments

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

  1. menarik lah .. kak pip ndak pernah lagi pergi tempat ni. ooo dekat library KK tu ka Sha?

    ReplyDelete

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post