Assalamualaikum
Viral Di Tiktok Kawan Beranak Dalam kereta, ini pengalaman pertama orang terdekat beranak dalam kereta, excited ada, seram pun ada..sebab sha berada ditempat tu selepas dia beranak..dan tengah tunggu ambulance sampai dalam masa 5-10 minit juga
Nak dijadikan cerita, kawan sha tu mengandung anak ketiga, sejarah melahirkan anak pertama secara czer dan kedua secara normal, so memang tengah tunggu hari la kan..biasanya kalau beranak anak kedua ketiga dan seterusnya memang akan awal 2 minggu dari tarikh due, sha dulu anak pertama pun begitu, excited si baby mau keluar awal..hihi..so subuh tu kawan sha sakit perut nak membuang air besar, itu tanda2 dah tu sebab kalau nak beranak memang sakitnya macam buang air besar, jadi pagi tu dia keluar pergi minta urut dekat bidan dekat area rumah juga..
Bidan urut pinggang sebab dia dah xboleh mau baring perut dah mengeras dan bidan bagi air selusuh, dia pun pergi hantar anak buahnya pergi sekolah pasti, dalam perjalanan pulang, tiba2 dia sakit perut nak beranak, kepala dah keluar katanya, husband nya yang memandu pun tak tahu nak buat apa dah, kawan sha dah start mengajan..parking tepi dan tarik anak keluar, time tu dah tak rasa apa dah..sebab dah nampak kepala baby kan..bila baby dah keluar dia sempat col sha minta tolong hantar anak buahnya pergi sekolah
Kebetulan pula sha baru nak hantar edan ke sekolah jam 7.30 pagi, nasib tempatnya dekat ja, sha terus pecut pergi sna dan tengok seat depan dah berdarah kawan sha tu lemas dah..tapi baby ok..baby boy la katakan..hihi
Alhamdulilah syukur..dua2 selamat berat baby 3.2kg dah pulang ke rumah..selamat berpantang hanisa mahmood,
Dalam video TikTok yang sha share tu, ramai juga yang pernah beranak dalam kereta, actually nurse dan doktor sangat takut bila ibu2 beranak selain dari hosp, sebab takut kena jangkitan kuman, ada masalah yang tak dapat dielakkan, tinggu risiko maut selepas melahirkan nauzubillah..tapi kalau nak terjadi kita pun tak tahu kan..sha sendiri pun lahir dirumah hihi..
Maaf ya sha xdpt nak reply semua komen dalam video tu sebab banyak sangat tapi sha dah share komen dekat kawan sha baca sebab dia tiada tiktok ..tq semua yang mendoakan dia dan baby..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)