February 17, 2023

Pindah Rumah

February 17, 2023 3 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Awal bulan ni sha dan family pindah rumah baru, setelah 3 tahun lamanya sejak bulan july 2019 tinggal di Taman Sejati Apartment, kami dapat rumah teres memandangkan rumah flat agak kecil, dan rumah yang kami sewa tu tingkat 3 paling teruk kena berebut parking dengan orang yang tinggal 1 rumah dengan 4 biji kereta parking depan rumah diorang..kalau mampu sangat baik beli tereslah sebab semua ahli dalam rumah kerja kerajaan,,erghhh tengah marah ni, nasib dah pindah pun hihi




Actually best la dekat taman sejati ni dekat dengan mydin senang nak belanja, walaupun bila belanja tu part angkat barang naik atas tu yang Allahu akhbar hihi..owner rumah pun best kalau lambat bayar dia bagi peluang sebab owner rumah orang melayu. Alhamdulilah proses pindah rumah juga dipermudahkan walaupun owner rumah baru ni agak lambat sikit nak bagi kunci dan rumah baru ni dia dah lama habis bayar tapi nak bagi kami sewa memandangkan proses pembelian rumah ni ada masalah perlu masa 2 3 bulan juga nak settle, sementara kami dapat rumah ni, dia bagi sewa dulu lah sebulan RM500 kira murahlah sebab dekat flat RM450 sebulan. 

Keluasan rumah ni dalam 1080sf tapi owner dah extend dapur sampai belakang siap buat 1 bilik dekat dapur menjadikan kesemua bilik 4 (bilik atas 3), tandas 2 atas bawah. time kami dapat rumah ni penuh dengan barang owner katanya dia dah tak pakai dah, so kami untung lah dapat banyajk barang contohnya almari perhiasan yang besar tu, almari pakaian, almari dapur katil single dan banyak lagi, sha dah bagi biras sha dan kakak sha yang tak perlu sha banyak juga buang, ini pun belum siap kemas lagi, 

1 kerja kena kemaskan barang diorang dahlah lambat bagi kunci dan sha terpaksa cat rumah lama dengan barang ada dalam rumah susah dan menyusahkan, banyak barang sha kena cat, sabar ja la.




Ramai tanya nak pindah rumah kenapa cat rumah lama? actually kami masuk rumah tu dengan keadaan dinding nya bersih tak semua tapi bahagian ruang tamu tu memang lepas dia cat la sebelum kami masuk, tapi tahu lah ada anak yang nak mengembangkan bakatnya sebagai pelukis, habis semua dinding dia lakar, takkan kita nak biar rumah kotor kan, jadi memandangkan owner rumah sangat baik sha labur lah duit sha untuk beli cat 3 tin tambah 2 tin kawan husband bagi free kami cat 1 rumah kecuali tandas dan dapur dalam masa 5 hari baru settle, alhamdulilh owner siap puji kami lagi rumah dijaga dengan baik dan bersih itu sebenarnya yang kami suami isteri mahu, bila kita permudahkan urusan orang insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.



Kami angkat barang time musim hujan, Allah permudahkan urusan ipar sha dapat pinjam 2x lori company nya jimat duit sikit haha, sebab nak sewa lori pun agak mahal juga kan, nak dijadikan cerita time pindah barang besar2 almari pakaian sha kena hujan, tak terpikirlah nak cover almari tu sampai ja rumah tahu2 dah kembang dah huargggghh nak ngis ja rasa sebab sha baru ja beli almari tu 3 bulan yang lalu..betullah kata arwah mama sha, dia kata jangan beli barang perabot sampai lah kau ada rumah sendiri..kan dah menyesal almari kena basah 1 hal bawa turun barang 1 hal, banyak betul entah mana menyorok barang2 tu selama ni..

Sha nak ucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam mencat mengemas rumah lama, mengangkat barang turun ke bawah mengemas rumah baru, mencuci rumah baru, Allah penat sungguh tak habis penatnya. tapi slowly kita buat sebab 2 3 minggu ni busy dengan majlis perpisahan dan convo edan, oh ya edan pun dah tukar sekolah baru tapi sha tetap masukkan dia dalam tabika perpaduan, rumah baru ni dekat dengan tempat kerja husband senang dia nak balik makan lunch, dan alhamdulilah terima kasih Allah terima kasih husband edan eshal suka rumah baru ni besar katanya senang diorang lari-lari hihi