March 3, 2023

Kasut Pallas Hitam Pilihan Terbaik Keselesaan Anak Ke Sekolah

Bismillah, 
Assalamualaikum

Kasut Pallas Hitam Pilihan Terbaik Keselesaan Anak Ke Sekolah | Sedar tak sedar edan dah masuk 5 tahun buka sekolah pada Mac ini, dan tahun ni tahun kedua dia sekolah di Tabika Perpaduan, tahun lalu banyak juga aktiviti luar tabika buat. Memandangkan sekolah tidak lama lagi buka untuk sesi 2023 ini, sha nak kongsikan barang baik yang patut mak-mak ambil tahu mengenai pemilihan kasut sekolah untuk sesi sekolah yang akan datang.



Kasut Pallas Hitam Pilihan Terbaik Keselesaan Anak Ke Sekolah

Sebagai mak, kita mesti mementingkan keselesaan pada kaki anak apabila memakai kasut sekolah, kita ni tak mahu lah anak bila pakai kasut sekolah mengadu kaki sakit sebab tapak dah haus, lenguh setiap kali pakai dan bila melangkah terasa keras, itu semua membuatkan anak tiada mood nak ke sekolah, apatah lagi anak baru pertama kali ke sekolah, kesian tengok. Kita nak anak pakai kasut selama setahun ke sekolah dengan selesa, bergaya dan mampu milik, adakah kasut macam tu? ada ja, sebab sha pakaikan anak kasut pallas hitam pilihan terbaik keselesaan anak ke sekolah.

Bukan sahaja selesa tapi mementingkan aspek kesihatan dan keselamatan. dalam entry ini sha akan cerita pasal dua aspek kesihatan dan keselematan pada kasut pallas hitam ni.

Anak tabika dan darjah yang aktif sangat sesuai pakai Kasut Pallas

Masuk sekolah kita ni mak-mak mana tahu yang dia terpaling aktif disekolah, tahu ja bila dia dah balik rumah, dengan seluar penuh lumpur, baju kusut masai, beg tunggang langgang, kasut pula apa khabar ya? hihi biasalah budak-budak di sekolah kalau aktif tu bagus sebenarnya tapi terfikir juga anak kita di sekolah ni selesa, sihat dan selamat tak bila pakai kasut yang kita beli sekarang?



 

Reka bentuk pada tumit kaki memberi lantunan yang baik untuk memgurangkan sakit kaki serta memberi keselesaan pada kanak-kanak yang tengah membesar. Juga mempunyai span tebal menjaga tumit kaki anak kita  Selain itu juga, cengkaman pada tapak kasut membantu anak melangkah dengan penuh berani semasa melakukan aktiviti lasak seperti lumba lari dan bermain bola. yang bestnya, tapak kasut pallas tebal dan lambat menipis dan boleh dipakai dalam tempoh yang lama.



Jika mak-mak perasan bila kita pegang kasut pallas ni, tapak kasut tebal dan tapi bila kita angkat ianya ringan. Kasut pallas hitam adalah Extra light weight membantu mengurangkan bebanan yang di bawah anak ke sekolah, jahitan pada keliling tapak kasut juga kemas membuatkan kita tidak risau pada tapak yang mudah tercabut dan cepat rosak.

Kasut Pallas cepat kering (Quick Dry) dan material kain yang mudah dilalui angin (breathable) 


Musim hujan tiada lagi masalah dah sekarang sebab kasut pallas model PX dicipta untuk budak sekolah tabika dan rendah yang sangat aktif menerokai dunia mereka di sekolah tanpa menjadikan mak-mak stress apabila pulang rumah kasut sekolah dah serupa lembu mandi lumpur ini kerana apabila mak-mak cuci pada malam hari pun, kasut sekolah cepat kering dan anak akan pakai kasut ke sekolah dengan bersih dan selesa, itu yang kita mahu.

Selain itu juga material kain yang digunakan adalah kain yang mudah dilalui angin dan sistem pengudaraan ini memastikan kaki anak dapat bernafas dengan baik ketika berada lama disekolah ianya juga membantu mengekalkan kelembapan pada kaki

Saiz kasut untuk anak sekolah tabika

Risau kasut sekolah anak yang nak masuk tabika tiada saiz? biasalah budak tabika mesti pakai saiz yang kecil comel, Boleh beli onlie di www.wow2wee.com kalau mak-mak tak tahu macam mana nak ukur kasut anak, takut nanti sampai rumah kasut longgar atau sempit, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur sesuai dengan kaki anak info lanjut bole check it out dejat Facebook @pallasmalaysia ataupun dekat website http://www.pallas.com.my

Kesimpulannya disini, sebagai mak, kita semua tahu bertapa pentingnya pemilihan kasut untuk memastikan anak kita memiliki satu 'alas kaki' terbaik untuk memberi keselesaan berpanjangan, jadi pilihlah kasut sekolah pallas untuk kembali ke sekolah tahun 2023

1 comment:

  1. anak2 sy pun suka pakai kasut Pallas ni. tahan lasak n harganya berpatutan...

    ReplyDelete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)