January 25, 2024

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

January 25, 2024 0 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

D era serba kemajuaan kini, zaman 2024, sha masih guna mesin basuh manual ataupun semi auto..yang ada dua tempat satu membasuh dan satu lagi spin tu..sha juga pasti sha tak keseorangan yang masih menggunakannya, ini kerana mesin basuh manual ni jika dijaga dengan baik, ja hayatnya akan panjang berbanding dengan mesin basuh auto, lagipula bila guna mesin basuh ni kita jadi auto rajin haha sebab memerlukan pemantauan yang kerap berbanding mesin auto. hihi




Sha ingat lagi pertama kali pindah rumah, sha belum ada mesin basuh, dan terpaksa mencuci kain menggunakan tangan walaupun sha time tu tengah sarat mengandung anak pertama, Kesian tapi itula perjuangaan seorang isteri ceh..haha..dan paling terpanggil untuk membeli satu mesin basuh ketika itu, waktu sha pindah rumah flat tingkat atas, waktu tu sha cuci selimut tebal, mana la kuat mau perah airnya tu jatuh kebawah macam hujan, datang seorang pakcik komplain marah2 dekat sha sebab habis jemurannya basah waktu pagi, dengan dia sekali basah macam mandi hujan katanya, adui sadis...kesian dekat pakcik tu..maafla belumada rezeki lagi mau beli mesin basuh dia pun kesian dekat sha, diakata beli la mesin basuh..so sha pun bagitahu dekat suami, kebetulan time tu ada duit lebih maka ada lah mesin basuh dari 2019 sampai ke 2024 sangat memudahkan kerja sha sebaai seorang ibu. terima kasih untuk 5 tahun ini

Sha sayang dengan barang2 rumah sha sebab susah nak dapatkan dengan duit yang terhad setiap bulan kami plan beli apa yang perlu dulu..begitulah hidup dipermulaan kahwin..Alhamdulilah, sekarang dah ok sikit..

ok berbalik kepada tajuk kita, panjang pula sha taip kan...haha..actually mesin basuh sha ni dah 2 kali repair dekat kedai, itupun dua2 masalah motor spin dan basuh sebab sha beli ada warranty 5 taun untuk motor, dalam tempoh 4 tahun tu disitulah dia rosak, syukur juga sebab sha hanya bayar cas service ja RM50 untuk setiap kali hantar kedai, kalau beli motor pun dalam ratus juga sha tanya hari tu..nak hantar mesin pun satu hal, sha terpaksa pakai kereta saga, tempat duduk penumpang depan buka, sumbat sampai masuk, itu sha suruh suami yang buat hahaha bila unloading sha suruh staff kedai pula yang keluarkan, senang kerja sha, sebab nak harapkan suami, dia pun kerja, ahad kedai tutup..harung ja lah sebab yang penat cuci kain pakai tangan tu sha haha..

untuk claim pastikan ada warranty card dan date masih available untuk mengelakkan bayaran lain pada part yang rosak, kalau dah expired korang beli ja part dekat shopee lepas tu pasang sendiri, tak yakin hantarlah kedai hihi..



Selesaikan Masalah Mesin Basuh Manual Air Tidak Penuh

Bila kita isi air menggunakan hose, air tetap keluar walaupun kita dah pusing pada button normal, selalunya, kalau sudah siap membasuh tu, kita pusing ke drain-off atau dalam bahasa melayunya buang air haha. Dan paling ketara apabila kita basuh kain dalam tu air makin sedikit, dan kita pun makin panas bilanya nak siap kalau asyik sumbat airnya.

sumber google



Mula2 buka penutup yang ada dibelakang mesin basuh, jangan kacau yang lain hanya fokus pada hose putih ada 2 cabang, tengah tu buka penutupnya dan ada nampak getah atau valve untuk menghalang air dari lalu keluar dari hose sekali gus menghalang air melalui ke bahagian spin




buka dan bersihkan cek jika rosak, koyak dan kendur, biasanya mesin basuh usia sudah 5 tahun memang akan kena gantilah, dekat shopee harga pun baru RM1 kalau suruh orang buat paling murah RM20 buat sendiri jimat banyak, sementara menunggu barang sampai, gunalah dulu, at least airnya hanya sikit saja yang mengalir keluar sebab valve dah tak padat nak sekat dari keluar..ganti setel masalah.

Sha suka guna mesin basuh manual ni sebab sha yakin ja bersih tengok cara dia berputar lepas tu keluarkan kain bilas dengan air yang mengalir, angkat dan spin senang jugalah tapi no hal kalau korang dah ada mesin basuh auto, lagi2 ada ank kecil limit sangat masa untuk membasuh waktu pagi..apapun barang yang ada sekarang memang ada fungsi tersendiri untuk memudahkan kita semua bekerja. jaga baik2 ya..





January 18, 2024

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan.

January 18, 2024 1 Comments
Bismillah, Assalamualaikum

Tular Jalan Kinabatangan, Sabah Bagai ke Bulan 


Baru-baru ni tular jalan di salah satu daerah di Sabah iaitu Kinabatangan berlubang yang sangat teruk sehingga menyusahkan penduduk sekitar serta pengguna jalan raya yang lain untuk melaluinya.

Bercerita mengenai jalan tersebut akhir tahun lalu, suami sha ditugaskan untuk bekerja luar daerah selama seminggu lebih, jadi kami mengambil keputusan untuk ikut sekali ke Lahad Datu, memang akan limpas (lalu) jalan berlubang seperti yang sha cakapkan tadi, tidak hanya 1 tempat, malah 3 tempat yang sha dapati jalannya berlubang sepanjang perjalanan dari kinabatangan ke lahad datu tersebut. Menyukarkan para pengguna bila limpas jalan time hujan dan waktu malam. Sudah begitu tiada lagi lampu..kesian betul bah.

Sha sebagai rakyat sabah amat kecewa dengan perkara ini, sudah 2024, jalan raya di sabah masih begitu malah lebih teruk, jangankan di kinabatangan, sedangkan jalan telupid pun sama teruknya, hari itu Raja dan permaisuri datang melawat sabah, itu pun pihak berkenaan baru bertungkus lumus membuat jalan, terima kasih jugalah sebab terbuat juga jalan walaupun hakikatnya tidak tahan lama.

Ini juga sangat memalukan bagi pelancong dari luar negara mahupun dalam negara, di sabah banyak tempat perlancongan tapi fasilitinya sangat daif.

Jadi di harap pihak berkenaan sila lah ambil perhatian dengan isu ini, jangan sampai ada yang terkorban dengan jalan yang sangat teruk ini, atau tak kan mau kena viral baru ada tindakan macam jalan di Kinabatangan ni, Yb yang lain tolonglah turun padang tengok masalah jalan disabah..

Baru-baru ini ada kemalangan melibatkan pemandu lori sampah terbalik ketika sedang mengelak lubang di kawasan berkenaan.


gambar credit to facebook


Update jalan kinabatangan sudah kena tampal, mungkin musim hujan jadi dorang kubur ja tu lubang pakai pasir/tanah..jadi boleh la gambar bikin bukti kena buat..