February 10, 2024

Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Bismillah, Assalamualaikum

Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2024 dah kita kan..anak sha yang sulung tahun ni dah masuk 6tahun, tahun depan darjah satu alhamdulilah, tak terasa pula, macam baru ja lahirkan dia..hihi.. tahun ini juga anak bungsu sudah mula bersekolah, tak sabar betul dia mahu sekolah, tiap hari cakap umie lambatnya mau sekolah ni..ok fine, kita sekolahkan lah dia awal walaupun masih 4 tahun. Untuk anak kedua ni, tak susah cari kasut sekolah macam anak sulung sebelum ini..sebab dah nampak kasut anak sulung pakai, keselesaannya dan keselamatan untuk dia..dan juga kesenangan untuk kita.




Kasut Sekolah Pallas sesuai untuk anak Tabika

Kasut sekolah pallas wajib pakai tahun 2024 kerana kasut sekolah pallas satu-satunya kasut yang menekankan aspek:-




1) Penjagaan pada tumit - Reka bentuk dan span yang tebal memberi lantunan yang baik untuk mengurangkan sakit pada bahagian tumit
2) Tapak Kasut Tebal – Cengkaman pada tapak kasut memudahkan anak berjalan dengan selamat dan tapak lambat ‘haus’ walaupun pakai dalam tempoh yang lama.
3) Extra light weight - Walaupun tapak tebal tapi sebenarnya kasut pallas ni bersifat ringan yang mana membantu mengurangkan beban pada kaki anak ketika memakainya.
4) Jahitan kemas – jahitan keliling kasut pallas sentiasa kemas, memastikan kasut tidak mudah tercabut dan cepat rosak.



5) Breathable – material kain yang mudah dilalui angin dan sistem pengudaraan ini memastikan kaki anak dapat bernafas dengan baik dan juga membantu mengekalkan kelembapan pada kaki
6) Quick dry – dicipta dengan fungsi cepat kering memastikan anak memakai kasut ke sekolah dengan bersih setiap hari.
7) Single velcro – Memudahkan anak memakai kasut tanpa bantuan ini kerana pelekat velcro ni senang dibuka dan dilekat kembali. Zap zap
8) Mudah didapati – Malas keluar rumah, kini boleh beli kasut sekolah pallas secara online di www.wow2wee.com atau boleh usha dekat facebook @pallasmalaysia ataupun website www.pallas.com.my , dan sekarang Pallas ada back to school contest, boleh menang cash sehingga RM3000. Jom lah join..
9) Ukuran Kasut - Tidak tahu ukuran kasut sekolah anak? Jangan risau, dalam website wow2wee ada bagi guide cara ukur sesuai dengan kaki anak. Dan Pallas ada ‘size kecil’ untuk anak-anak tabika ya
10) Harga mampu milik – kasut sekolah pallas yang berkualiti dan tahan lama kena dengan harga yang berpatutan dan mampu milik

Kesimpulannya, mak-mak yang ada anak tabika atau darjah, belikan mereka kasut sekolah pallas untuk memastikan keselesaan dan keselamatan untuk keseluruhan bahagian kaki sepanjang memakai kasut di sekolah.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)