Assalamualaikum
Cara yang Sesuai untuk Anak Mula Membaca | Awal bulan 8 hari tu, pra sekolah edan ada buat sesi perjumpaan guru bersama ibu bapa, macam ambil report kad tapi mana-mana tabika atau pra sekolah memang tiada peperiksaan so, cikgu just bagi sepatah dua kata tentang penilaian berdasarkan perkembangan semester pertama anak.
Nak dijadikan cerita, edan ni dah 2 tahun duk sekolah tabika perpaduan, masuk tahun ni tahun ketiga dia bersekolah sha masukkan dia pra sekolah, dalam tempoh 2 tahun sekolah di tabika perpaduan memang dia cepat tangkap dengan pelajaran yang cikgu ajar, cumanya dari segi membaca dan mengira tu agak lambat dan boleh dikatakan hanya kenal huruf dan nombor, sha pun tunggu punya tunggu pandai 2 suku sampai akhir tahun persekolahan still sama, dan sha pernah dimaklumkan oleh cikgu yang dia hanya ikut silibus..ok kita faham sebagai cikgu nak ajar anak murid memang agak ramai tak dapat fokus 3M so kita buat solusi sendiri dengan mengajar anak dirumah.
Bermulalah tugas sebagai cikgu dirumah, langkah pertama yang kita perlu buat adalah kenal pasti cara kita mengajar anak, sejujurnya sha pernah mengajar di tadika swasta tapi tak sampai pun setahun sebab jadi guru ganti ja,sha ada lah tahu sikit-sikit kaedah fonik dengan mengunakan buku cahayaku, mengikut penelitian sha, akan senang ajar bila dah tahu kaedah bunyi huruf tu, sha pernah ajar edan menggunakan cara ini tapi tak dapat, dia tak boleh, ok ajar pula cara lama, iaitu mengeja macam s a, y a , tak boleh juga hampir 1 minggu sha buntuh nak cari cara mengajar dia waktu cuti semester tahun lalu 2023, menangis merajuk marah itu jangan kira lah..dah macam naga setiap kali nak mengajar..
Bila difikirkan sampai bila nak mengajar dia macam ni asyik marah ja, boleh jadi dia malas dan takut nak belajar, ok sha cuba cara menulis sambil mengeja, memandangkan dia dah kenal huruf, kita gabungkan pula dengan huruf vokul, sha memang struggle ya mengajar edan dalam tempoh 2 bulan tu sebab dalam kepala otak nak dia pandai membaca umur dia 6 tahun.
Sha beli buku Bacalah sayang dekat kedai oren, ada 2 buku, mula-mula tu agak susah tapi bila setiap hari baca benda yang sama, dia jadi ingat, tak cukup tu sha cari bahan bacaan dua suku kata dekat google dan print, beli buka latihan dua suku kata dekat one stop dan eco shop, hari-hari buat alhamdulilah dah pandai membaca dengan lancar 2 suku kata dan perkatan macam p u l a n g tu dia dah dapat eja walaupun tak lancar. memang usaha yang lebih membuahkan hasil.
Jangan lupa bagi semangat dekat anak setiap hari, sebelum buka tab kena membaca dulu..sampai sekarang kalau dia nak tab dia kena bawa buku jumpa sha..dan membaca, paling cepat 10 minit setiap hari..kalau lama tu sha suruh dia hafal sifir sekarang baru fokus sifir 2 sekali tambah dan tolak sebab dia dah ok dalam membaca, kalau boleh fokus 1 subjek dulu..kalau ok baru ajar maths..maths pun kena belajar hari-hari kalau nda boleh lupa juga..
Bila cikgu dekat pra sekolah bagitahu yang edan dah pandai membaca dan mengira, sha bersyukur sangat, apapun cara untuk mengajar anak pastikan kamu tahu dari mana mahu mula, sebab setiap anak tidak akan sama cara mengajar, macam c edan ni special sikit sebab dia dulu speech delay jadi itu yang sha tak fokus sangat untuk ajar dia 3M waktu dia umur 4 5 tahun..lagipun masih budak lagi bah kesian cumanya sekarang ni masuk sekolah kena pandai membaca kalau tak anak akan ketinggalan
Jadi bantulah anak kita untuk pandai 3M sebelum dia masuk darjah 1, ada banyak masa lagi, tapi bermula lah dari sekarang..gud luck ibu-ibu
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)