August 25, 2024

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game

Bismillah, Assalamualaikum


Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game | Al kisahnya anak perempuan sha memang suka tiru apa yang sha buat di dapur dan dari situ sha nampak dia minat memasak, alhamdulilah tak lama lagi sha bolehlah bersara dari kerja hakiki ini, itu yang bestnya ada anak perempuan kan, tapi kena ajar juga anak lelaki untuk tolong di dapur jadi bila dah kahwin ringan sikit tulang tu.


Minggu lalu sha berusaha untuk buat sendiri dapur idamannya walaupun tidaklah secantik yang dia harapkan tapi dapatlah melepas gian nya untuk memiliki sebuah dapur yang boleh dia bermain. 

Melihat dia gembira dan bermain, sha terimbau kenangan masa kecil yang sha tidak mampu untuk dapat apa yang sha mahu, tapi sha dapat juga bermain masak-masak dengan menggunakan api dan bekas tin susu, campur tanah, air dan rumput, lagi real kan..tapi lepas tu kena marah dengan mak sebab tangan kotor. hihi

Sebagai seorang ibu, kita mesti nak bagi yang terbaik untuk anak kita, bila bercampur usaha dan kerajinan maka jadilah set kitchen toys iaitu singki, peti sejuk dan oven, senang ja sebenarnya sha buat  menggunakan kotak terpakai dan dibalut dengan wallpaper, jimat dan senang dapat, mainan yang lain dah memang ada, sha beli dekat one stop dan eco shop. 

Cungkil Minat Anak dengan Food Education Game 

Food education game? adakah permainan yang macam ni? biasanya kita main permainan yang tembak-tembak ja hihi..saja nak share, ada lah permainan macam ni, sha selalu ja main dengan anak perempuan sha, kami bila dah main dekat laptop dah tak sedar jam 11 nak ambil abang dari sekolah apatahnya dua-dua asyik dengan laman web yang ada beratus permainan online, tak sempat nak bosan, ada ja nak di mainnya.


ini antara permainan yang sha dan eshal main, permainan ni sesuai dengan umuran eshal sebab kita nak ajar dia bukan semua benda boleh masuk mulut, nama permainan ini can I eat it kalau macam sosej ni tekan lah yes, lepas tu dia suruh teka kayu boleh makan tak, ah kita bagitahu eshal kayu tak boleh makan, begitulah seterusnya.


permainan ini pula, namakan buah berdasarkan gambar dan ayat yang sudah disediakan, permainan ini membantu anak mengenal pasti nama buah..kalau tengok gambar memang dorang dah kenal buah tu..jadi kita boleh tolong dorang mengeja dan padankan word yang betul. Best kan jadi cikgu


Berbalik kepada topik kita diawal tadi, anak perempuan sha minat betul dengan memasak jadi permainan ini secara tidak langsung akan mengcungkil lagi minat anak dalam masakan, contohnya cara-cara memasak telur dengan betul, walaupun umurnya baru 4 tahun tapi pendedahan ini bagus untuk menambah ilmu dorang dalam bidang masakan, bak kata orang meluntur buluh biar dari rebungnya, mengajar anak seawal usia manalah tahu dewasa nanti dapat jadi chef hihi



Selain permainan masak-masak, permainan Go To Market ini mengajar anak mengenal barang-barang dapur yang selalu kita beli di market, yang bestnya permainan ini, bila kita drag barang dari troli tu pada tempat yang betul, akan keluar suara menunjukkan nama barang tersebut. Nanti bila kita keluar beli barang, kita buat pula dekat anak, kita kenalkan barang yang kita masukkan pada troli, pasti dia suka.



Culinary Schools

Kalau korang nak tahu, Culinary School bukan sahaja laman web berbentuk permainan semata, tapi ianya laman web yang membantu pelajar dari bidang masakan mencari laluan bidang atau kerjaya yang sesuai dengan keperluan dan aspirasi mereka. Dengan itu, laman web ini telah memilih dan mengetengahkan semua jenis sekolah masakan untuk membantu para pelajar agar dapat menyambung latihan dan bimbingan dalam bidang masakan.

Selain itu juga, dalam laman web ni ada banyak function lain yang korang boleh cuba, contoh macam kalau korang dalam proses kurangkan berat badan, dalam laman web ini ada kongsikan juga pengiraan untuk estimate berapa banyak korang perlukan untuk mengubah cara diet korang dan dapatkan berat badan yang ideal. Dan ada body fat calculator untuk membantu korang mencapai matlamat penurunan berat badan dan mengukur kalori yang dibakar semasa bersenam dan workout calculator untuk menganggarkan jumlah kadar pembakaran kalori dengan 200 pilihan exercise berbeza. Rupanya kalau nak turun berat badan ni bukan hanya kurangkan makan sahaja, sha pun baru tahu kena ada planning yang betul .. so korang boleh mula masukkan 3 langkah pengiraan yang sha kongsikan tadi dalam list proses kurangkan berat badan korang.

Saja nak bagitahu, sha main Food Education Game di laman web Culinary Schools ini semuanya percuma dan tiada iklan langsung ini membuatkan laman tersebut sangat ringan dan cepat loading, so korang boleh main bila-bila masa dan tak kisah pakai handphone, atau laptop lama pun boleh asalkan device korang support any browser yang korang boleh layari laman web ini. jom hilangkan bosan anak dengan main Food Education Game sama-sama. semoga artikel ini bermanfaat :)















No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)