Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila

Bismillah, 
Assalamualaikum

Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila  | Dari kemarin lagi sha mengatur urusan pembayaran sampai ke hari ini belum settle lagi, kusut fikiran kita mengatur hihi, ok hari ini hari ke 8 selepas sha hadir taklimat mengenai kemasukan rumah PPR dan kami pun di bagi tempoh sebulan untuk urus pembayaran deposit di pemaju dan sub con, memandangkan bulan agak tua, sha pun tunggu pinjaman dari my sister sebab gaji government kan setiap 25hb haha dia ja harapan tempat meminjam, kalau swasta gajinya 4-10hb kalau tunggu gaji, baki hari mahu urus semua tu tinggal hujung-hujung tanduk jadi baiklah kita settle kan awal


Al-kisahnya, pergilah sha dengan husband ke MPS untuk membuat pembayaran deposit, kena bawa 1 copy ic penyewa dan bawa juga surat tawaran tu sekali dengan duit, ini taklimat tiada bagitahu, nasib baik sha memang ada bawa time tu tapi tinggal dalam kereta, so call husband dia tolong hantarkan..kalau tak sia-sia kami datang hari tu..

Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila 

Bayar di kaunter MPS 
(Masa Bekerja Isnin -jumaat 8 pagi-3 petang *tiada rehat*)

Deposit Sewa 2 bulan RM 288 
Deposit Air RM 90
Yuran Pembaikan Rumah RM240
Total : RM618

Siap bayar, korang kena pergi ke Amal Maju di PPR sungai manila Batu 12 untuk bayar pula sewa rumah dan kos perjanjian..bayangkan jauhnya mps tu ke batu 12, terpaksalah harung drive sorang-sorang ditemani eshal.

Bayar di kaunter Blok 1 
(Masa Bekerja Isnin -jumaat 8 pagi-4 petang)

Sewa 1 bulan RM144
Kos Perjanjian RM50
Total : RM 194

siap bayar di amal maju, relek dulu jangan happy dulu, kena pergi semula ke MPS bahagian jabatan pembangunan komuniti tingkat 1 tempat dimana kita menghantar borang permohonan PPR untuk ambil pula surat penyambungan elektrik, sebelum ke sana sila copy resit yang kamu bayar di kaunter amal maju

Dan di amal maju ni belum siap lagi korang kena sediakan dokumen (dalam gambar di bawah) dan isi borang maklumat penyewa, ini kena hantar cepatlah jadi cepat juga korang dapat kunci. take note lah dokumen yang korang kena sediakan sebelum pergi berurusan sebab mps dan batu 12 tu jauh benar, drive atau naik bas pun makan masa juga


*sediakan dokumen ini dan hantar balik ke amal maju dalam tempoh sebulan

Sha buat entry ini pun sebab sha dah kena, dalam taklimat langsung tak bagitahu benda ni, dia cakap nak mudahkan orang yang memohon berurusan tapi endingnya kena kesana kemari juga lepas tu masa bekerja diorang ni tak flexible bila orang yang bekerja opis hour keluar untuk berurusan diorang dah tutup opis, so korang sabar ja la ya hihhi hadapi dengan tenang semoga urusan kita dipermudahkan untuk mendapat sebuah unit rumah PPR, ada 1 tangga lagi kita nak kena naik..tangganya terlalu panjang hihi..

tak habis di situ lepas ni kena bayar pula penyambungan elektrik, sha tak pasti berapa bayaranya tapi agak-agak dalam 400 lebih jugalah..huhu dan jangan lupa untuk gambar soket tempat karan dan pintu rumah PPR kamu bagi memudahkan kontraktor sesb buat kerja nanti, hal ini nanti sha kongsikan di lain entry.

Ringkasan Pembayaran Deposit Rumah PPR Sungai Manila 


1. Buat pembayaran deposit di kaunter mps RM618 bawa copy ic dan surat tawaran
2. Buat bayaran sewa dan kos perjanjian RM194 di kaunter amal maju PPR Sungai manila sandakan tunjuk resit pembayaran di kaunter mps no.1 dan IC pemohon
3. Sediakan dokumen dan isi maklumat penyewa dan hantar kembali ke kaunter amal maju PPR Sungai manila sandakan
4. Ambil gambar soket tempat elektik dan pintu rumah untuk rujukan kontraktor
5. Ambil surat penyambungan elektrik di kaunter jabatan pembangunan komuniti tingkat 1, original resit no.1 dan orignal dan copy resit no.2 sebagai bukti pembayaran.

Senang cerita apa2 dokumen yang berkaitan dengan permohonan PPR korang sedia dan bawalah sepanjang korang berurusan bagi mengelakkan urusan tergendala..apapun sha belum hantar lagi resit ke mps sebab hujan jadi sha akan hantar pada jumaat ni insyaAllah.


sha doakan semoga dipermudahkan urusan kita semua :)

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)

Previous Post Next Post