Assalamualaikum
Penyerahan Kunci Rumah PPR Sungai Manila | sabtu lepas sha dapat whatsapp dari Amal Maju dimana sha dah boleh ambil kunci rumah di kaunter diorang, alhamdulilah senang dan mudah nak kemas-kemas rumah bila dapat kunci awal, jadi kami pun pergi sabtu tu, sebab memang plan mahu pergi beluran cousin husband sha kahwin hari tu, jadi kami pun geraklah sebelum jam 2 kena sampai sana sebab samapi jam 2 ja kaunter diorang buka..settle ambil kunci kami pun gerak ke beluran
Besok paginya kami tengok rumah, agak kotor ya haha..dinding kotor boleh cat, tiada kerosakan hanya perlu tampal sedikit simen pada dinding yang terkopak, jadi kami plan bersihkan sawang dan beli cat.
Memandangkan pili air masih berkunci so kami pun cuma dapat cat rumah kemarin, husband mula cat rumah bahagian ruang tamu dan laluan ke bilik, kami beli cat kansai paint easy clean 1 pale ni 15liter RM250 free 1liter cat putih dan free 1 rolling brush, bagus cat ni, cepat kering dan tiada bau cat..lepas tu senang cuci..setanding harganya, dapat cover banyak tempat sebab hanya perlu 1 2 lapisan pun dah cukup.
Baca : Pembayaran Deposit Rumah PPR
bila dah setel cat dinding sha kira nak cat pintu dan tingkap warna hitam bagi style premium..hihi banyak lagi yang kena bersihkan, bab tandas jangan cakap, sha xmampu nak bersihkan kotor sangat, nanti nak upah orang bersihkan..lantai simen sha rasa macam nak buat flooring ja bahagian ruang tamu, bahagian bilik sementara pakai tikar dulu, sebab bab pindah ni banyak sangat pakai duit, hihi..tak apa pelan-pelan kayuh kan, setel yang penting dulu, doakan sha dipermudahkan urusan :)
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)