Kisah Anak Di Cekik Di Sekolah
sHaRiNa (opzzpinky.com)
March 14, 2025
0 Comments
Bismillah,
Assalamualaikum
Kisah Anak Di Cekik Di Sekolah | kebetulan hari yang sha pergi sekolah, sha nak pergi beli lencana sekolah tapi cikgu-cikgu meeting so sha tunggu jugalah dalam setengah jam begitu, murid-murid pengawas yang jaga, jadi ada satu anak kawan sekelas dengan anak sha fyirdhan tahun 1, dia nampak sha tunggu depan pejabat, dia cakap, makcik c fyirdhan bergaduh dengan kawannya, kawannya menangis, ok sha relex lagi tanya dia balik, fyirdhan menangis ka? dia jawab nda..oklah sha suruh dia balik kelas
Kali kedua dia datang balik cari sha, makcik c fyirdhan menangis sudah, mahu tak mahu sha pun pergilah kelas diorang ni, naik ja tangga terus murid-murid panggil sha cikgu ahhahaha, masuk kelas diorang pun kena panggil cikgu...cikgu-cikgu tengok dua orang ni bergaduh..sha tanya kenapa dorang bergaduh..masing-masing mau bercakap, jadi ada 1 orang ni cakap c fyirdhan nda mau kasih pinjam pembaris, jadi kawannya bergaduh ni marah dah teriak..depan mata sha dia pergi cekik c fyirdhan..Allahu macam mana lah dia boleh terfikir buat begitu untuk anak seumur 7 tahun kan..budak tu agak agresif juga, bila fyirdhan cakap tak mau kasih pinjam dia teriak kuat..sha leraikan pun dia masih berkeras..
Jadi sha pun asingkan diorang memandangkan diorang duduk bersebelahan saja..sha bawa fyirdhan pergi tandas cuci mukanya..nampak merah mata dan mukanya..dia peluk sha..sha pujuk dia, nanti umie bagitahu cikgu..abang masuk kelas dulu sama kawan, memandangkan ramai kawan nya follow sha..sha suruh diorang masuk pun tetap mau follow..member diorang menangis kot hahaha
Dalam hati ni risau juga, mana lah tahu lepas ni diorang bertumbuk pula kan, jadi sha pun cepat2 msg cikgu kelasnya bagitahu hal ini, dan cikgunya replay akan jumpa keduanya dan akan asingkan tempat duduk..
Fyirdhan ni agak marah juga jika barang-barang nya dikacau, kecuali kawan minta dengan cara baik, ataupun kawan itu kawan dia suka, tapi entahlah kenapa hari tu jadi sebegitu, selalunya dia ni jenis yang peramah, bayangkan bila kami berjalan pulang dari sekolah nak ke parking, ada saja kawan tegur dia, tak kisah satu darjah atau lain darjah (sebab dia sekolah kafa), dari pra sekolah begitu..bila di tanya sapa nama kawannya nya dia tak tahu pula, tapi kawan boleh pula tahu nama nya hihi..
teringat sha time mengandungkan dia..kalau pergi klinik mesti akan tegur orang yang duduk sebelah time tunggu bas dan tunggu di panggil oleh nurse..sedangkan sha ni boleh dikategorikan sebagai pendiam..:)