January 15, 2025

Hari Service Penapis Air Sendiri

Bismillah, 
Assalamualaikum

Hari Service Penapis Air Sendiri | Disember 2023 adalah hari terakhir sha bayar bulanan penapis air cuckoo, terasa bahagia setelah habis hutang selama 5 tahun, awalnya sha ambil penapis air dan penapis udara cuckoo RM159 sebulan waktu tu kami laki bini memang ejen cuckoo dan time tu anak sulung lahir, terus terang sha kata kan dua barang ni sangat berbaloi beli ianya memudahkan kami dalam kerja seharian.


Contohnya macam penapis air dah ada air panas dan sejuk tak perlu masak air kalau buat susu, sakitnya angkat botol mineral sampai tingkat 3 terasa bila air mati, hahaha time tu baru hargai penapis air cuckoo dan penapis udara sampai sekarang sha masih guna walaupun barang dah lebih 5 tahun, kalau sha masak di dapur kadang asap banyak kan..maklumlah rumah flat, penuh 1 rumah, sha pasangkan penapis udara cuckoo, asap akan hilang perlahan, oh ya sha pun ada juga beli pressure cooker cuckoo, sha masih guna juga sampai sekarang, semua tu hadiah dari suami untuk sha, walaupun bayar ansuran hakss

Hari ini sha service penapis air sendiri, senang ja kalau nak tukar filter, filter pun boleh beli dekat kedai oren harga dalam 50 ringgit termasuk ship ke sabah untuk 1 set free tubing putih, cara pasang pun banyak dekat you tube dan tik tok.

Pastikan filter berada dalam keadaan betul, ganti tube lama, lap tangki dengan kain bersih, flush air dalam 2 3 besen baru hidupkan semula mesin penapis air senang kan.

setahun tak service rasa air dah lain dah..tapi kalau di ikutkan setahun 4x tukar filter, dia tukar 1 filter ja setiap kali tukar, baik tukar setahun 1x semua kan..kalau coway pula dia just flush ja tak tukar pun..kalau ambik pula service cuckoo tahunan rm400 lebih juga errgghh..baik tukar sendiri jimat banyak disitu..pilihan di tangan anda hihi


 

2 comments:

  1. Kat rumah akak pakai coway, tak tau la camne dia cuci tapi 2 bulan sekali memang dia datang service, baru ni dia tukar filter 1...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dlu rumah mak pakai coway..skg dah tukar ke cuckoo sbb coway tu bsr sgt..amik yg kcil ja

      Delete

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)