Assalamualaikum
Cara Jana Pendapatan Melalui Intellifluence | Banyak platform untuk blogger jana pendapatan, sha pasti mesti ramai dah tahu pasal Intellifluence, ianya adalah platform marketing untuk influencers dan brands. Dan yang paling best sekali banyak job dari luar negara available di negara kita, sha dah terima 4-5 job dimana semua job tersebut dibayar menggunakan currency USD. bayaran Job yang sha terima antara 5USD sehingga 100USD cuba convert ke RM hihi, best kan..
Cara Jana Pendapatan Melalui Intellifluence
Job nya senang ja, sign up melalui apps Intellifluence <---klik sini, isi details kalau blogger, isi link blog, banyak job yang blogger dapat rate tinggi sampai 100USD, job post macam biasa, boleh Bahasa Melayu dan English, kadang client minta kita campur bahasa, masukkan link yang dia request dan content biar panjang sikit, siap terus post.
Conoth post : Fasa Endemik, sesuaikah beli kereta sekarang?
Banyak saingan untuk dapatkan 1 job
Maklumlah bukan kau seorang ja memohon job tu, hihi jadi banyak saingan, client pun mesti pilih the best untuk promote dia punya service kan. Sha pun banyak apply job, ada yang archive ada yang masih pending, dan ada juga yang reject haha, tak apalah apply ja la job yang masih available kalau ada rezeki 4 bulan sekali dapatlah job yang harga 100USD tu setakat ni baru sekali sha tengok job 200USD terbeliak mata sha nak apply haha, tapi tak dapat pula, banyak juga job yang tak available dekat Malaysia, setakat ni sha dah terima 3 job yang 100USD, alhamdulilah adalah untuk beli susu dan pampers anak.
Sha pun baru start tahun lalu rasanya Job pertama sha Permainan PC popular zaman sekolah dahulu, memang mengimbau kenangan betullah content job tu, agak panjang tapi berbaloi lah kan. lagipun dia bagi due date sebulan lebih juga so tak perlu rushing pun cumanya, kalau siap awal, maka awallah kita dapat duit kan hihi.
Bukan Blogger boleh join?
Boleh ja, ada juga job yang tak memerlukan post di blog, contohnya share dekat instagram dan review apps client tapi payment dalam 5-10 USD thats why sha suggest korang buatlah blog paling kurang pun dapat 50 USD paling kurang ya guys..
summary earning sha dapat sepanjang 2021-2024 terlalu sikit untuk di kongsikan tapi sha bersyukur dapat duit hasil dari job Intellifluence
Pembayaran Melalui Paypal
Setel post link dekat apps, dia akan review dalam masa 7 hari bekerja, bila dah ok semua, dia akan email untuk progress payment, payment pula akan dibayar selama tempoh 15hari waktu bekerja, dan akan dibayar melalui paypal pada setiap hari jumaat, kalau ngam-ngam kiraan15 hari tu terkena hari isnin maka jumaat lah dia akan bayar hihi, sabarlah..tak kemana juga duit tu kan..haha
korang sign up awal-awal account paypal, terus link kan pada account bank korang, jadi bila dah dapat payment terus cashout terus senang tak perlu tunggu lagi, sebab cashout tu makan masa 3hari waktu bekerja..lagipun paypal ada cas sikit duit cashout tu, tak banyak lah, duit kupi-kupi ja hihi.
Tahun 2024 sha hanya dapat 1 job dari Intellifluence, hope tahun ini akan ada banyak dapat job dari sana, amin..jom kita apply manalah tahu rezeki korang dapatlah rm400+ 1 job..masyuk kan..nak daftar Intellifluence <---klik sini
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)