January 17, 2025

Pertama Kali Harungi Banjir di Sandakan

Bismillah, 
Assalamualaikum

Pertama Kali Harungi Banjir di Sandakan | hari ini dalam sejarah, sha dengan berani harung banjir selepas stuck di jalan raya 1jam lama nya, al kisah sha kemarin pergi ambil buku anak di sekolah lama, semalam ada nampak orang fb share info yang sandakan antara kawasan yang di landa hujan tanpa henti dari 15hb sehingga 17hb.



Pagi 16hb tu memang hujan lebat, sha lemah sikit kalau memandu dalam keadaan hujan sebab tak nampak sangat, tak tahulah kenapa hari itu sha tegas juga nak pergi sekolah lama anak, semata untuk ambil buku ja erm..jadi hujan semakin lebat sha pun lepas ambil buku pergi bataras pula untuk belanja lauk, dalam perjalanan pulang, sebelah jalan dah dinaiki air.


Sampai lampu isyarat batu 8, tiba2 kereta tidak bergerak di hadapan, tunggu punya tunggu langsung tak bergerak selama 30minit, anak sha dah berabis minum air yang dibeli di bataras tadi, confirm sejuk-sejuk begini memang senang rasa mau kencing.

Jadi sha pun nampak banyak kereta lalu satu jalan alternatif, jadi sha pun tawakal lalu juga jalan tu, malangnya jalan tu pun banjir juga tapi masih boleh lalu lagi, sampai di hujung jalan sha nampak banyak kereta berhenti, ini lah punca jem nya. sha teruskan drive belakang lori besar, harung banjir harap ja tak sampai tenggelam kereta bezza ni.




seingat sha dalam 3 kawasan banjir sha dapat limpas (jalan tikus batu 8 sebelum jalan chung hwa, jalan batu 8 belakang tks dan depan petron batu 9) itu pun selepas tengok kereta kecil dapat limpas sha pun ikut belakang lori atau 4x4, alhamdulilah hari tu memang sangat dup dap sebab ini pengalaman pertama sha drive tanpa suami dengan keadaan banjir dan jem..better duduk rumah sebenarnya hahaha..

dan hari ini pun masih hujan lagi, semoga hujan cepat berhenti kebanyakan kawasan dah tak boleh lalu sebab banjir, kawasan pemparitan tidak diselenggar dengan baik maka longkang pun tersumbat dan tanah rendah menyebabkan banjir di beberapa kawasan, 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)