January 24, 2025

Semakin Benci Semakin Cinta By Shuib Dan Siti Sarah

Bismillah, 
Assalamualaikum


Semakin Benci Semakin Cinta By Shuib Dan Siti Sarah | saja petang ni sha nak share lagu favorite sha sejak arwah siti sarah meninggal dunia..lagu ni bagi kesan betul dari segi lirik nya melodi nya..siti sarah juga antara penyanyi berbakat kegemaran sha, lagu-lagu nya tak lapuk di telan zaman..of course antaranya kesetiaan. 

Arwah siti sarah meninggal dunia akibat covid19 ketika dia sedang mengandung dan terpaksa bersalin kan anaknya bertapa beruntungnya arwah meninggal di saat melahirkan dan akibat wabak, besar pahalanya..mudah-mudahan ditempatkan di syurga hendak-Nya..amin

bayangkan sha terima ja berita kepemergiaan arwah, seharian sha menangis sebab terasa betul kesedihan hati sebagai seorang mak yang bertarung nyawa melahirkan anak dan meninggalkan anak-anak yang masih kecil..

Sha teringat lagu ni sebab anaknya dekta viral nyanyi lagu ni dengan bapanya shuib..ia lah taklah sama macam maknya nyanyi tapi tetap ada iras samar suara diorang..dah nama anaknya kan..tak apa dekta, kalau minat dalam bidang nyanyian boleh belajar lagi.

dan lagu ini release 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia..rasa macam lagu ni tersirat perasaan siti sarah yang akan terjadi selepas dia 'pergi'

"aku juga seperti mu, menyesali segala yang terjadi"

"bila tiba saatnya nanti harus bersama"

"sayang..kau tahu hati ini, haruskah ku tinggalkan, memori yang tercipta"

melodi lagu ni memang best, part siti sarah nyanyi dengan nada lenggoknya sendiri tu yang buat sha terkesan dan sedih dengar, Allah masih beri peluang untuk sha jadi seorang ibu dan isteri untuk suami dan anak2..itu sebenarnya buatkan sha sedih..sha pasti mom di luar sana pun begitu..

marilah kita sedekahkan al fatihah untuk arwah siti sarah dan kepada ahli keluarga kita yang telah pergi menghadap Ilahi..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum..terima kasih sebab singgah, komen yang baik2 ja tau !! nanti sha singgah blog korang..In Sha Allah :)