Bismillah,
Minum Air Putih yang Banyak - siapa-siapa pun diwajibkan mengambil air putih yang banyak apatah lagi bagi ibu yang lepas bersalin dan menyusukan anak, jadi korang sedia lah air di tepi.Jangan Bertangguh - Alahai ini tolonglah jangan bertangguh hasrat jika ingin membuang, dikuatiri nanti makin lama makin keras jadinya, maka korang segerakan lah ya.
Assalamualaikum
Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin | Jika ditanya para ibu selepas bersalin rata-rata mengalami pengalaman yang agak perit iaitu sembelit, sampaikan ada ibu yang mengambil masa sejam berada di tandas untuk mengeluarkan najis yang agak keras. Ini juga akan menganggu emosi ibu selepas bersalin untuk ke tandas. Perasaan takut ini memburukkan lagi keadaan sehinggakan ibu menahan untuk membuang air besar selama berhari-hari.
Kenapa ibu kena sembelit di awal kelahiran baby?
Selepas melahirkan, doktor atau nurse akan tanya, mama sudah buang air besar? Mengikut kajian hanya 20% ibu mengalami sembelit selepas melahirkan baby, Beberapa faktor yang menyebabkan ibu kena sembelit antaranya adalah sistem pencernaan berfungsi agak perlahan dan ibu makan ubat zat besi yang berwarna coklat diberikan oleh pihak hospital.
Pengalaman Sembelit Selepas Bersalin
Dari anak pertama lagi, sha sudah mengalami sembelit yang agak teruk sehinggakan mengambil masa yang lama di dalam tandas, disertakan dengan tangisan, sejurus dari itu, sha takut untuk ke tandas sehinggakan sha berasa tidak mahu membuang air besar kerana mengalami luka pada bahagian tersebut.
Apabila sha beritahu doktor masalah ini, dia beri sha ubat pencair najis yang sesuai untuk ibu menyusukan anak, iaitu Lactul, tapi tetap ada kesannya terhadap diri dan baby yang menyusu, jadi apa iktihar yang mampu sha dan husband buat adalah dengan mencegah dari sembelit dengan buat cara alami
Tips Elakkan Sembelit
Makan buah dan sayuran- Ini sudah semestinya, makanlah buah dan sayuran bagi melancarkan sistem pencernaan, makan buah seperti betik dan sayuran hijau, kalau macam sha, makan rebusan ja, untuk mengalakkan susu yang meriah, ipar sha rebus ayam + sayur hijau, contoh macam sawi, bendi, tomato, masukkan sekali dengan kurma cina, sedap makan time panas namun elakkan rebus bersama halia kalau baby masih kuning ya.
Baca : Tips Kurangkan kuning Baby
Minum Air Putih yang Banyak - siapa-siapa pun diwajibkan mengambil air putih yang banyak apatah lagi bagi ibu yang lepas bersalin dan menyusukan anak, jadi korang sedia lah air di tepi.