Showing posts with label Cikgu Sha. Show all posts
Showing posts with label Cikgu Sha. Show all posts

September 29, 2017

Manfaat Microphone Bluetooth kepada Cikgu Tadika

September 29, 2017 8 Comments


Manfaat Microphone Bluetooth kepada Cikgu Tadika | Assalamualaikum, Fasa kedua diteruskan untuk membida barangan di Chilindo.com yang bermanfaat untuk kegunaan masa hadapan iaitu Microphone Bluetooth, memandangkan sha berpuas hati dengan barangan pada bidaan pertama sha di Pengalaman membida di Chilindo meskipun barangan kali ini hampir sebulan tempoh pengurusan dan penghantarannya, namun agak berbaloi dengan harga yang dibida, sha telah memenangi harga bidaan sejumlah RM43 untuk sebuah Microphone Bluetooth Model Q7 berwarna pink, jika dibandingkan dengan harga pasaran RM70-100. Mari sha huraikan Manfaat Microphone Bluetooth kepada Cikgu Tadika 

Secara umumnya, semua sudah maklum bahawa Microphone Bluetooth ini berfungsi sama seperti microphone yang sedia ada. Ianya lebih mudah dan senang dibawa ke mana sahaja. Didatangi dengan speaker berbentuk kotak di bahagian tengah Microphone Bluetooth ini membolehkan kita sendiri dapat mendengar suara ataupun bunyi dari Microphone Bluetooth tersebut.

Manfaat Microphone Bluetooth kepada Cikgu Tadika
Kebolehan Microphone Bluetooth lain daripada yang lain itu membuatkan sha terpanggil untuk memcubanya sebagai alat penghantaran antara sha dengan murid-murid di tadika. 

Lebih Menyerlah - Rupa bentuk yang comel membuatkan para cilik sangat terpegun dengan Microphone Bluetooth ini. Dan secara tidak langsung mereka lebih khusyuk mendengar suara yang keluar dari Microphone Bluetooth itu. sha masih ingat lagi pada hari pertama sha keluarkan Microphone Bluetooth ini, mereka semua bertepuk tangan dan kelihatan gembira melihatnya, tapi sayang sha tidak benarkan mereka sentuh, hihi.

Mudah Mengajar - Dengan adanya Microphone Bluetooth ini, sha lebih senang berinteraksi dengan mereka, tanpa banyak menggunakan suara yang lebih kuat. Contohnya dari pengalaman sha mengajar, perlukan suara yang lantang lagi-lagi mengajar budak tadika yang masih belum fokus sepenuhnya.

Mendengar Lagu - Terima kasih kepada Microphone Bluetooth, sebab sha tidak perlu membeli speaker untuk melatih para cilik untuk membuat persembahan konvokesyen mereka pada bulan November ini. Sha boleh mengajar mereka dimana sahaja, dengan hanya menyambung lagu persembahan dari handphone melalui bluetooth.

Semangat yang Luar Biasa - Jika dibandingkan dengan semangat mengajar yang dulu, kali ini sha lebih seronok mengajar, terasa diri sedang memotivasikan anak-anak kecil dengan hanya memegang sebuah Microphone hihi. Berjalan mengelilingi mereka dengan mendengar suara sendiri, sha yakin, sha memang tidak mampu masuk pertandingan menyanyi haha.

Adapun kecanggihan teknologi zaman sekarang cenderung ke arah penambahbaikan sesuatu kaedah pembelajaran, haruslah digunapakai dengan niat yang baik. Semoga Microphone Bluetooth ini memberi manfaat kepada semua penggunanya khususnya para guru yang menggunakan tenaga suara yang cukup hebat..hihi.

August 10, 2017

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu

August 10, 2017 4 Comments

Lawatan ke PetroSains Kota Kinabalu |Assalamualaikum, Pada jumaat lepas, Petrosains mengadakan karnival Matematik, dan pihak tadika telah bercadang awal untuk membuat lawatan pada tarikh tersebut, oleh kerana ini lawatan pertama untuk tahun ini, para cilik cikgu amatlah teruja mengikutinya. Hahaha.

Secara amnya, sha sendiri baru tahu yang Petrosains ada di area Kota Kinabalu, yang bertempat di Perpustakaan Negeri Sabah, Luyang. Dan sha beruntung dapat masuk dan terokai benda baru bersama para cilik cikgu untuk kali pertamanya. 


Kami bertolak dari tadika pada 10 pagi dengan menaiki van, untuk pengalaman pertama para cilik cikgu menaiki van bersama cikgu tanpa ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Agak extreme untuk cikgu mengawal para cilik cikgu ini, walaupun pada awal pagi, cikgu sudah siap-siap pesan bila tiba disana, jalan ikut barisan dan jangan nakal-nakal. 


Untuk permulaan, barisan para cilik cikgu, sangat teratur dan tersusun rapi, semua orang teruja melihat kecomelan mereka ini, tapi apabila melihat aktiviti disekitar PetroSains, para cilik jadi semakin aktif dan tidak terkawal. Memang kami sebagai cikgu sendiri susah mengawalnya, haha..sabar jak lah cikgu.


Aktivi Pertama : Pengiraan 
Memandangkan kami lambat sampai, terus masuk dewan untuk pengenalan aktiviti. Para cilik masih dalam keadaan blur + excited untuk memulakan aktiviti, sampai lupa buka beg dan kasut haha. Dalam aktiviti ini, para cilik diajar untuk mengingat nombor dalam bentuk semasa operasi + dan - dilakukan.

Aktiviti Kedua : Mengenal Bentuk
Para cilik diminta untuk membuat 4 bentuk berdasarkan gambar yang diberi menggunakan batang lidi dan stick gum, contohnya, bentuk diamond, star, square dan heptagon. 

Aktiviti Ketiga : Kapasiti
Dalam aktiviti ini, para cilik dibenarkan untuk merasai sendiri kerja berpasukan dalam mengira kapasiti setiap bentuk botol yang disediakan.

Sangat have fun, sampaikan nda sedar cepatnya masa berlalu, dan tiba masa untuk pulang. Sebelum itu, para cilik dihadiahkan beberapa barang dari PetroSains iaitu dinasour, pen dan badge.

Gambar kenangan bersama abang dan kakak PetroSains 


Kami singgah di Tanjung Likas untuk makan tengah hari, kesian para cilik cikgu, perut semua dah krok krok, haha.


And for the last activity, ambil gambar dengan shark replica, teruja nampak shark begitu besar. hahaha, alhamdulilah sesi lawatan telah tamat, semua para cilik telah pulang ke rumah masing-masing sampai ke pintu rumah cikgu tolong hantarkan, cikgu harap, biarlah blog ini menjadi kenangan bila kamu semua besar nanti, mesti comel cari muka masing-masing macam cikgu ja comelnya bila ambil masa mau hafal nama kamu semua, siap ada tersasul nama lagi, haha.

Salam sayang untuk anak-anak cikgu sha :)

August 2, 2017

Cepat, Minta Maaf

August 02, 2017 5 Comments

Cepat, Minta MaafAssalamualaikum, Ingat jadi Cikgu ni senang, rupanya jadi murid lagi best, apatahnya kalau bergaduh, rebut barang, murid lain merajuk, yang lain pula menangis, bila cikgu suruh minta maaf, cepat ja dorang maafkan, then berbaik semula, best kan? tapi lepas tu dengar pula dorang report gaduh balik, Allahu..haha

Mengimbau zaman sha kecil-kecil dulu, terasa tua disitu haha, kita sibuk bermain dengan kawan,pinjam barang mainan, main sama-sama, bergaduh, then baik semula, best kan? Bila meningkat dewasa, kita semakin mengenal erti maaf, ada yang cakap 

"Sudah minta maaf, buat lagi lah tu"

Kita lupa, manusia itu tiada yang lari dari buat kesilapan, walaupun kebenaran sangatlah perit, tapi orang yang berani adalah orang yang mengakui kesilapan dan meminta maaf. Meskipun yang paling indah itu, memaafkan dan melupakan, ada berani? ramai yang sangkut pada ayat melupakan tu, haha sha pun sama, itu lumrah manusia, 1 kesilapan akan menghancurkan 1001 kebaikan, benda yang menguris perasaan memang akan cepat diingati.

Bagi sha, kita harus belajar erti REDHA, redha dengan ketentuan Ilahi, berpijaklah dibumi yang nyata, kita bukan dalam drama pukul 7 atau pun drama korea, kita ini hanyalah pelakon sementara, dan akhirat adalah yang selamanya. So, maafkan dan think positively, kena balik-balik pesan pada hati, mungkin semua yang berlaku ada hikmahnya.

Berbalik pada situasi anak murid sha tadi, seronoknya tengok anak-anak yang masih belum matang lagi dapat memaafkan dan terima kesilapan masing-masing, lagi kagum masih boleh bermain bersama walaupun sudah 'terluka'. 

Lain macam entry cikgu malam ni, haha..maklumlah budak sastera haha..
Akhir kata dari cikgu, ajar hati untuk memaafkan mungkin payah, tapi kunci kebahagiaan itu terletak pada diri sendiri.

July 30, 2017

Rezeki jadi Cikgu Tadika

July 30, 2017 11 Comments

Assalamualaikum, Alhamdulilah, Semua berlaku ada hikmahnya, selepas berhenti kerja dari syarikat Aluminium dan glass di Sandakan, sha memang berniat untuk berhenti di syarikat tersebut, atas sebab-sebab yang lain, baru-baru ini sha dapat offer kerja sebagai Pembantu Tadika di Kota Kinabalu, area Telipok, Sebelum ini, 3 bulan berhijrah ke kampung halaman, setelah 7 tahun menetap di Kota Kinabalu, agak culture shock juga untuk tinggal lama di sana, sebab kampung halaman sha di Sandakan betul-betul di kawasan perkampungan, untuk keluar ke bandar tu jaraknya agak jauh juga, naik bas sejam lebih, belum tambah masa untuk tunggu bas, sangat beza dengan tinggal di kota raya Kota Kinabalu, mungkin itu sebab utama sha ambil offer tersebut. Lagipun zaman sekarang cari kerja sangat susah.

Dalam masa yang sama, sha masih berfikir untuk mencari kerja lain di Sandakan, memandangkan sha sudah ambil keputusan untuk menetap di Sandakan 3 bulan lepas, barang yang ada di Kota Kinabalu, semua dah pindah balik Sandakan, nda kan mahu pindah balik ke KK kan? haha. Kalau tanya pada hati memang kuat mengatakan pergi KK, dan Sandakan terpaksa ditinggalkan untuk sementara waktu, bye orang Sandakan haha...

Berbalik kepada topik entry ini, *maaf sudah, melalut-lalut cerita sha hahaha*

Macam mana sha boleh jadi cikgu tadika?
Ramai yang chat tanya sha soalan ini, sebenarnya sha mengajar di tadika swasta yang awalnya sha hanya jadi pembantu cikgu tadika sahaja, disebabkan murid ramai dan kekurangan guru, sha di offer untuk menjadi Cikgu secara tidak langsung. Alhamdulilah, sha memang ada pengalaman menjadi cikgu part time tuisyen sebelum ini, tapi untuk handle sekelompok cilik yang aktif dengan ragam tersendiri, agak mencabar kecomelan cikgu juga..haha kadang-kadang lucu, kadang-kadang geram, ada masa sha story pasal anak murid sha

Namun, jalan kehidupan kita sudah diatur cantik-cantik oleh Allah, macam sha sendiri, sha belajar komputer sistem + pengajian perniagaan, tapi kerja sebagai pendidik. Kita tidak akan tahu apa dan bila rezeki kita di masa akan datang, kecuali kita yang usahakan.

Apapun kerja yang kita dapat sekarang, sentiasa bersyukur kepada Allah.



July 26, 2017

Autisme, Apa yang Kamu Tahu Tentangnya?

July 26, 2017 3 Comments


Assalamualaikum, Sejujurnya sha tidak tahu sedikit pun tentang penyakit ini, tapi selama sha mengajar di Tadika, ada dua orang murid yang mengalami masalah Autisme dan secara tidak langsung sha kena ambil tahu cara efektif mengajar mereka ini.

Apa itu Autisme? 
Pada pemahaman sha, Autisme ini adalah gangguan otak seseorang yang membuatkan mereka sukar berkomunikasi dengan orang lain, disamping itu juga, mereka ini sangat aktif dan terlalu emosional berbanding dengan budak yang lain. Positfinya, mereka yang tergolong dalam penyakit ini memiliki sifat cepat belajar dan meminati sesuatu akan melalukannya dengan sehabis baik. (Betulkan sha kalau salah)

Golongan Kanak-Kanak Autisme ini sangat tidak suka belajar secara berkumpulan, sebab mereka ini sangat aktif, kadang-kadang boleh menganggu dan mencederakan murid yang lain, oleh itu, peranan seorang guru latih belajar secara berkumpulan. Namun, mereka akan bagi respon bila suka ataupun tidak suka dengan kumpulan tersebut.

Antara ciri-ciri kanak-kanak Autisme

1. Perbualan satu pihak
2. Tidak menunjukkan minat
3. Mengulangi sesuatu perbuatan
4. Tidak bermain (permainan bahaya) olok-olok
5. Mengibas-ngibaskan tangan
6. Ketawa berdekah-dekah tidak sesuai keadaan
7. Suka memutar objek
8. Tiada hubungan mata
9. Benci perubahan
10. Mengulangi percakapan perkara yang sama
11. Tidak bermain dengan orang lain
12. Hanya menyertai kumpulan jika dibantu atau didesak
13. Tunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa

Kanak-Kanak Autisme sangat memerlukan lebih perhatian berbanding dengan Kanak-Kanak lain, oleh itu, bagi ibu bapa yang mengesan awal, ada baiknya berjumpa doktor pakar untuk menerima rawatan lanjut. 

July 16, 2017

Sambutan Hari Raya Tadika Sinaran Jaya 2017

July 16, 2017 7 Comments

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya, sambutan raya kali ini, sha join sekali dengan anak-anak didik sha di Tadika Sinaran Jaya, Hartamas Telipok. Walaupun sha baru 3 hari berkhidmat di tadika ni, haha..memang impian sha nak jadi seorang cikgu, alhamdulilah diberi peluang juga walaupun hanya sementara, InsyaAllah.






itu sahaja cerita cikgu sha, haha *kekok gelarkan diri sebagai cikgu*
jangan lupa join GA cikgu sha di SINI :P