Showing posts with label Coretanku. Show all posts
Showing posts with label Coretanku. Show all posts

May 26, 2014

Banyak Dugaan Dalam Perniagaan

May 26, 2014 8 Comments
Alhamdulilah sebelum tamat pengajian lagi, sha dah pratikis kan ilmu perniagaan yang sha belajar di UiTM, memang awalnya berniaga kecil2an, sekarang ni dah ada blog shop sendiri [Se-Shop] kira berkembang maju setapak :D

Macam2 sha jual, produk kecantikan, kesihatan dan beralih pula pada printing baju, sangat mengalakkan, sampai tak menang dek tangan bila buka order.

Tapi sangat stress juga bila order yang kita hantar sebulan lebih baru siap, bila dah siap, baju rosak pula, bila nak baiki kena makan masa, aduhai...ok sha cari supplier lain..alhamdulilah siap dalam 3 hari, tapi services kurang memuaskan lah, then baru kena repair balik...dugaan sangat :(

Sha ingat nak stop buat baju dulu, sampai sha dapat supplier yang betul2 high quality and standard price...sha minat maaf kepada customer sha yang dah lama menunggu, penat dari Convo pun tak habis lagi..haha...

May 13, 2014

Saya KUAT !!

May 13, 2014 13 Comments
Sha pernah kehilangan orang yang bergelar AYAH, jadi kenapa perlu bersedih bila kehilangan orang yang bukannya halal buat kita, kan..sha yakin dan pasti Allah will replaced someone more better than him, Insyallah jodoh tak kemana, usaha, tawakal ja..

Sha akui sebelum ni, semua perkara ambil mudah, senanglah ada orang tolong, bila dia tiada bukan bermakna sha tak boleh hidup berdikari, alhamdulilah dengan dorongan kawan2 baik sha, semuanya berjalan lancar, even nak book flight on9 pun sha tak pandai..see betapa sha sakai..haha..

Rugilah mereka yang tidak menpunyai kawan didunia..

Kalau kita dekatkan diri dengan Allah, Allah sentiasa bersama kita, jangan berhenti berharap, jika kecewa, spend your time friends and family dan try untuk busykan diri dari mengingati orang yang tak hargai kita..hihi..p/s : lepas ni awak tolong hargai orang yang sayang awak k :)

Apapun jangan sesekali membenci/mencaci atau mencanang orang yang pernah singgah dalam hati kita, Allah sengaja bagi kita pasangan yang salah untuk kita dekat dengan pasangan yang betul..betul..kan :)

Mr. A, awak tetap dalam kenangan..terima kasih untuk segalanya..
Peace..

May 4, 2014

Tempat Singgahan - Masjid Terapung Likas

May 04, 2014 1 Comments
credit to google
Happy weekend my blog reader, sha baru siapkan blog, alhamdulilah awal subuh buat kerja sangat banyak idea, itulah hikmah subuh :) so mari baca tempat persingahan yang paling sha suka bila jalan-jalan..

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا
Dari Abu Hurairah -radhiyallahu’anhu- Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Bagian negeri yang paling Allah cintai adalah masjid-masjidnya, dan bagian negeri yang paling Allah benci adalah pasar-pasarnya.” 
(HR. Muslim dalam Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Shalah)


Ini adalah Masjid terapung Likas, menjadi persinggahan tersangat menarik buat sha, of cos sebab ia masjid dan tenang solat disana, plus permandangan yang sangat cantik tepi pantai teluk likas, sebelah jalan pula tu, senang orang nak pergi..


Terselfie di kereta hiks :P


Snap-snap dekat tepi masjid, sementara tunggu maghrib, syukur alhamdulilah boleh tersenyum depan masjid, dan I wish that nanti akan dinikahkan di sana..haks..amin..untuk permandangan dalam masjid korang kena pergi sendiri..hihi..




April 30, 2014

Gunting Rambut Selepas BREAK?

April 30, 2014 4 Comments
Asal kecewa rambut jadi mangsa, 10x Break dengan BF, 10x juga rambut pendek, haha..its normal, bagi sha selepas habis kecewa kita inginkan sesuatu yang baru, bak kata orang hidup harus diteruskan dengan kehidupan yang baru, kehidupan yang single,freedom dan kononnya inginkan new look yang sangat berbeza, ala, macam cerita korea, 3 musim bertukar rambut..kan..tapi walau apa pun..

Getting a cut of hair,dosen't help forget the past

Take note ok :)

April 28, 2014

Santai Isnin

April 28, 2014 1 Comments
Lepas pulang kerja, terus bergegas pergi tanjung lipat, apatahnya orang nak belanja Steambot Tom Yam, baru tau kelazatan Tom Yam ni, makan jangan cakap lah, lelaki hensem lalu pun sha tak pandang haha..begitu tekun menikmati makanan tepi laut, nyaman...

Selain dari tanjung aru, makanan di tanjung lipat pun sedop juga, dekat dengan laut, dan masjid likas...sory gambar makanannya tiada sebab tak sempat nak snap, dah habis..kakaka...


Lepas melahap, kita rest2 tepi pantai..muka penat tapi sebenarnya kekenyangan tu haha

Entry ni juga sha selitkan ucapan buat My BFF since form 1, Noramima Gusnadi, selamat hari lahir sayang, semoga jadi ibu yang baik, isteri yang solehah :) dan terimalah hadiah my handmade ur name :P nanti u ambik ok..

Dan ucapan takziah buat suami rakan sekerja sha yang kemalangan motor tadi, tengah koma dan tulang belakang beliau patah, semoga cepat sedar dan cepat sembuh..dan buat rakan sekerja sha, harap awak tabah ya :)

April 27, 2014

The BEST Proposal I've Seen yet :)

April 27, 2014 1 Comments
Tersengih-sengih tengok video clip ni, rasa macam sha ja yang watak heroin nya haha..of cos lah kan, semua nak kena lamar se-sweet macam ni, even pun sha tau semua ni hanya lakonan semata-mata, so my future take note ya..sha nak romantik macam ni haha..
Tapi yang versi Melayu sha dah jumpa the best proposal is DENA BAHRIN dan suami, pun seakan2 macam ni..hihi..cumanya yang tu real :D

April 25, 2014

Aku Memang CENGENG

April 25, 2014 2 Comments
Entry sedih malam ni, rasa macam besok malas pula mau kerja, lately selalu ja rasa nak nangis tapi tak bersebab, so malam ni tak tersengaja belek entry pasal arwah bapa, ingat dulu2 dia selalu gelar sha cengeng..sha memang kuat menangis, kuat terasa, sangat sensitif maklum lah anak bungsu perempuan..hiksss

Sha manja juga dengan arwah..sha rindu dia..rindu sangat2..taip entry ni pun tengah berlumuran air mata, kena tahan mukus lagi..haha..confirm pergi keja mata bengkak..cengeng betul kan :P

Baca entry http://www.opzzpinky.my/2012/07/bapa-tahu-sha-mahu-pulang-kk.html memang buat sha menangis..siapa tak menangis bila kehilangan orang yang kita sayang kan ;(

Al-fatihah..
semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..
amin :)



April 24, 2014

Pencuri Senyap

April 24, 2014 5 Comments

Al-kisahnya bermula tengah hari tadi, lelaki dalam gambar tu, pergi temankan sha pos barang (BAJU I AM) di Pos Office Inanam, dia sampai awal dari sha, bila dah jumpa dia bagitau yang dompet hilang, dia pun tak sedar bila kena curi, pintar betul pencuri tu.

Dia yang pakai beg sandang, dompet letak dalam beg tu, rasanya susah nak buka zip beg tu, ngam pula time tu dia dah keluarkan duit RM150 dari bank, sha rasa dia kena follow dari belakang, kalau tak kenapa pencuri tu tau dimana dia letak dompet tu

Dengar kata, area Inanam tu memang black area, takut juga bila lalu area sana, bila tanya orang lain, orang pun tak perasaan, memang sah pencuri tu main sampuk-sampuk...musykil juga begitu senang dia nak mencuri kan..

Antara barang hilang Duit,IC, card bank, semua pun penting2, kecian dekat dia..
nanti nak kena temankan dia buat IC, sekali buat IC sha kena tukar yang ada 2 muka tu..hihi


January 17, 2013

Jangan mudah buruk sangka kepada Allah dan orang lain

January 17, 2013 6 Comments

“Akak, hari ini adik sangat malang. Nak cari orang mengadu. Boleh Ustazah dengar,” kata Kak Ijat.

“Boleh saja… apa berlaku?” tanya Kak Fidah.

“Hari ini hari malang dan terlalu banyak ujian,” kata Kak Ijat.

“Pagi tadi lepas solat subuh, adik tidur kembali, dan terbangun lewat untuk bekerja. Masa nak start kereta, kereta pula susah nak start, kalau panggil lembu bergerak, mungkin lebih mudah,” tambah Kak Ijat.

“Ok….” Jawab Kak Fidah.

“Masa tengahari, adik order daging lembu tempatan NFC, tapi pelayan itu kata tak berbaloi suruh ambil daging lain. Adik tengking dia, yang hina daging NFC kegemaran adik… lepas sejam tunggu, daging yang dimasak pula macam plastik,” rungut Kak Ijat lagi.

“Hmmm…” Jawab Kak Fidah.

“Masa adik nak balik rumah, ada call, adik angkat bateri habis – tak apa, sampai rumah nak duduk kerusi urut adik yang berharga RM20,000, kerusi pula rosak. Segalanya tak betul hari ini? Mengapa hari ini teruk sangat,” kata Kak Ijat sambil menggulung kain tangannya dan menghentam meja.

Kak Fidah hanya tersenyum.

“Cuba dengar pula cerita ini. Nasib baik Ijat terlepas tidur, kalau tidak, Ijat akan sakit kepala satu hari. Nasib baik kereta susah nak start, kalau tidak, Ijat akan keluar 10 minit lebih awal dan bertemu dengan satu kemalangan dahsyat.

Nasib baik masa tengahari itu terlebih waktu kerana makanan tak datang-datang, jika Ijat balik awal akan bertemu dengan bos yang bengis dan bakal kena marah.

Nasib baik, di dalam kereta, telefon Ijat habis bateri, kalau tidak, Ijat akan kena tertipu oleh orang sebalik telefon itu.

Nasib baik di rumah kerusi urut rosak, dalamnya ada short, jika Ijat buka akan gelap satu malam kerana semua suis akan rosak dan malam itu Ijat akan duduk seorang kegelapan. Ok tak Ijat? Ada rasa lega?” tanya Kak Fidah.

“Bagaimana Ustazah boleh berfikiran sedemikian rupa?” tanya Kak Ijat.

“Mudah. Akak tak pernah sangsi dengan Allah. Akak tak pernah sangsi bahawa perancangan Allah adalah lebih baik daripada perancangan diri sendiri.”

Sumber FB :)

October 17, 2012

Kisah bau KASTURI dan ZINA.

October 17, 2012 6 Comments

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengin
gatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. 

Sumber : FB

September 17, 2012

Insyallah..tunggu tau

September 17, 2012 8 Comments

Hye korang semua..lamanya sha tak BW blog korang kan? erggrr..sorry..sorry..sorry..janganlah korang merajuk ya..sha baru pulang dari sandakan semalam..line internet tak ada..lagipun busy pergi kenduri kahwin dan jenguk bapa sha di hospital..insyallah nanti sha akan BW habis-habisan..hehe..

Selamat Hari Malaysia :)

Nota pink : sangat busy buat kerja last minit..haha..

September 4, 2012

Sop Nama Saya Review Blog Opzzpinky

September 04, 2012 5 Comments

Penantian..saja nak tunggu orang review..haha..yala..hari tu sha ada join segmen ni..jadi En Sop dengan baik hati jiwa raganya, belek-belek blog sha ni..dia tak bagitahu pun dia telah review..tup-tup dia komen sha pagi tadi..nak buat entry ni pun tak sempat sebab sha ada kelas pagi..curi-curi ja on9 kat lab tadi..

Dengan rasa senang hati, sha nak ucapkan terima kasih atas hasil forensik terhadap blog sha..dan korang boleh tengok komen di bawah ni..insyallah nanti sha akan perbetulkan..
  • Blog agak berat kerana penggunaan banyak widget. Widget yang kurang penting boleh dikurangkan
  • Penggunaan gambar yang bersaiz besar menambah jumlah berat blog. Boleh kecilkan kualiti untuk meringankan blog
  • Shoutbox kecil tidak papar link yang ditinggalkan tidak digemari oleh kaki BW [betul ker?]
  • Ruang iklan banner kurang sesuai pada pendapat Sop. Jika dimasukkan pada sidebar lebih menarik. Apabila laptop atau komputer saiz kecil, ia mengganggu paparan di sebalah kiri.
Korang rasa-rasa mana sangat betul dimata korang? hehe..sha bukan tak puas hati..tapi saja nak korang komen..hahaha..bah..yala kan kritikan korang sangat dihargai..tapi janganlah bah pedas sangat..nanti nda kena kawan hehe..

Nota Pink : Tengok blog sha kena review di sini thanks juga kepada blogger yang telah singgah di blog ini dan telah memberi pendapat tentang blog sha di kotak komen En sop..insyallah ada masa sha akan kurangkan widget di sidebar :)

August 12, 2012

Siapa Nak Voucher RM300 ??

August 12, 2012 8 Comments

sorry gambar blurr
ni ahh..sha dapat voucher dari kak Lida Rahim

Hadiah sha menang GA..ala..saguhati ja..dapat ketip kuku..cute..hehe..thanks kak..tapi ni voucher kata kak  Lida Rahim sempena hari raya, dia bagi voucher untuk Premium Beautiful boleh tengok ~> SINI

Kalau korang berminat boleh komen SINI, actually sha dah tanya kak Lida Rahim, dia kata ok ja..so tanpa membazirkan voucher tersebut, sha nak pass lah pada orang yang betul-betul nak..sayang ja kalau tak guna kan??
Nota Pink : voucher ni 1 ja, so siapa-siapa yang berminat cepat-cepat contact sha tau !! besok sha umumkan sapa yang bertuah tu :D

August 5, 2012

Asyraf Meragam..egrrhhhh~

August 05, 2012 7 Comments

Welcome back Asyraf Firdaus..alala..makin cumil kau nak <~ trep mama..hahaha..but kenapa sayang auntie nie..nangis ja..nda kenal sama auntie ka?? mengka baru 2 minggu dia di sandakan..suruh merengge~..karau sha menjaga..edit blog pun nda senang..

Sha pun terus periksa perutnya..macam kembung ja ni..alala..jap ah..auntie cari minyak yuyie dulu..ok dah siap..eh..eh..kenapa nangis lagi ni dear..lololo..auuuu..cakkk..ba~ hahaha
auntie tersayang..ngee~

Akhirnya dia berhenti meragam..setelah 3-4 kali dia teriak..adui..penat..sakit otak dengar..arrggggghh..awas kau asyraf..nanti auntie gigit pipi kau..ah..auntie memang vampire..ha ha ha..amik kau !! sekarang dia tengah lena di pangkuaan mama dia..rasanya dia cari susu ibu kot..hehe..puasa asyraf..puasa..mama kau puasa tu sayang..hehe..

Sesibuk mana pun, masih ingat dia..

August 05, 2012 6 Comments

Dia insan pertama yang ku cinta..Dia insan pertama yang ku puja..

Cuba korang teka itu lagu siapa? hehe..yeah!! betul lagu c Fauziah Latif..best bah lagu dia kan? dulu-dulu ini lah lagu yang selalu dinyanyikan time pergi kbox..pitching lari bah hahaha

Siapa dia yang sha maksudkan? BF ?? nope..lirik lagu di atas bukan sha tujukan pada insan yang belum sah jadi milik..sesibuk mana pun sha dengan blog, dengan study dengan kegembiraan, dengan makanan yang banyak, sha masih ingat dengan bapa sha yang masih terlantar di wad ICU..masuk hari ini dah 13 hari terbaring di katil, tidak makan, hanya dibantu oleh hos untuk bernafas..

Sha ingat dulu, kalau time puasa, dia yang akan kejutkan kami..sahur sama-sama, sungkai sama-sama..tapi sekali sha pulang sandakan hari tu..kami terpaksa sahur dan sungkai di hospital..

Perkara yang sha AKAN buat bila sha pulang sandakan :~ bila sha sampai dirumah ja mesti bapa sha suruh kasih vakum biliknya, memandangkan dia tidur berlainan bilik dengan mama, mama pun kerja..tiada orang kasih bersih biliknya melainkan sha, dia sanggup tunggu sha pulang rumah kasih bersih..tapi hari tu sha pulang, dia sudah terlantar di hospital..

Sha sedih tak dapat tengok dia sekarang ni sebab sha study di KK, jauh kalau nak pulang sandakan, mungkin sebab itu dia tak mahu jauh dengan anak-anaknya..

August 2, 2012

Hadiah Dari Penang

August 02, 2012 6 Comments

Ini entry semalam yang nda sempat pos..sha sangat happy dapat hadiah yang ke bla..bla..bla.. dari penang..jauh tu..orangnya pos dari Bangi ja pun..mesti korang dah agak siapa kan..kan..kan..hehe..pandai-pandai lah korang..apa pun jum tengok apa hadiah itu..


sha dapat 2 biji jam yang ada lakaran bangunan di bandar penang, 6 biji keychain pun ada bangunan or simbol-simbol negeri penang, 2 helai tudung, 2 kotak coklat..
alahai bila lah nak sampai sana..mesti pening sebab bahasanya beda dengan bahasa sabah..ah..amik kau !! hehe

hadiah ini sempena apa ya?? entahlah dia sengaja bagi hadiah sebab mahu mengayat lah tu..haha..tak dalah..apapun..thanks to MR. A, sha suka sangat tudung tu..ngee..nak tengok sha jadi model tudung?? hhehe


lena ja Spongebob tidur atas katil..ok dah..tak leh pandang lama-lama..

July 31, 2012

Bapa tahu sha mahu pulang KK

July 31, 2012 6 Comments

Alhamdulilah setelah 7 hari terlantar kaku di wad ICU di hospital Duchess of Kent Sandakan bapa sha kembali membuka matanya, memang agak lemah..dan tidak mampu berkata-kata, dia bangun sebab dia tahu sha mahu pulang KK hari ini..T.T

Mama : bang..ni nah sasa..dia mau balik kk hari ini..
Bapa mengerakkan kedua matanya yang layu dan kebiru-biruan..

Ya Allah..menitis air mata sha melihat bapa mencari-cari keberadaan sha..apa lagi yang sha harus lakukan selain dari menangis kesedihan melihat keadaannya masa itu..disebalik itu tanda syukur kepada Allah masih diberi peluang untuk memohon ampun pada bapa sha..

Sha : Pa..aku mau pulang KK sudah ni..bapa kuatkan semangat..ingat Allah..cepat sembuh..pa..ampunkan dosaku pa...(sambil mencium tangannya)
Air mata bapa mengalir..mulutnya terasa seperti ingin berkata sesuatu..tapi masih tidak mampu..

Memang saat ini sha sangat sedih dan menangis..tapi hidup perlu diteruskan..sha kena pergi kuliah..sebelum ini sha harap bapa sedar..sebab sha mau pulang dengan hati yang tenang...alhamdulilah saat sha mahu pulang KK bapa sedarkan diri..Terima kasih Allah..semoga dia semakin sembuh..be strong dad !! 

July 28, 2012

Alhamdulilah, Bapa semakin sembuh

July 28, 2012 5 Comments
Setelah sha sampai ke sandakan pada rabu lepas, terus direct ke hospital, penat sangat..lagi time tu sha puasa..tapi tetap mahu tengok bapa di hospital..apabila sampai memang sangat tenat dan menyedihkan..dengan keadaan pucat dan tidak sedarkan diri, tekanan darah beliau memang rendah sangat..

Tekanan darah bapa naik mendadak, Alhamdulilah..setelah kami adik beradik berkumpul di hospital bersama keluarga sebelah bapa yang sha tak pernah kenal, dalam situasi itu juga, memang banyak hikmah disebaliknya..Dalam 2 malam tu, sha tidur diluar wad semata-mata nak tunggu bapa sedar, keadaan hospital sangat panas dan bising..memang penat berjaga..

Alhamdulilah, kata adik sha, doktor dah buka hos penafasan dan dia dah sedarkan diri..syukur alhamdulilah..terima kasih Allah..terima kasih juga pada kawan-kawan yang mendoakan beliau..doa korang..Allah ja yang mampu balas..sha belum lagi ke hospital..insyallah petang ni sha lawat dia..semoga dia dapat keluar dari wad ICU hari ini :D

Sorry ya kawan-kawan yang telah komen di blog ini..sha belum dapat lagi nak balas komen korang..sorry juga pada yang belum balas blogging korang..nanti sha akan balas juga..

July 25, 2012

Doa korang diperlukan

July 25, 2012 5 Comments

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga." Abu ad-Darda' r.a

Apa yang penting sekarang adalah tenang dan banyak berdoa..Bapa sha sekarang dalam keadaan tenat setelah di masukkan ke dalam wad ICU semalam, tekanan darah rendah dan amat membimbangkan..dan hari ini sha skip semua kelas..terpaksa sebab nak pulang sandakan..

Jadi sha sangat perlukan doa kalian..sebagai teman yang baik marilah kita bersama-sama mendoakan agar beliau cepat sembuh, amin..amin..amin..

Terima kasih buat kawan-kawan yang ambil berat tentang sha dan keadaan bapa sha..dan doa kalian..Allah saja yang dapat membalas ya..salam Ramadhan :)