Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Gunung Kinabalu. Show all posts

January 18, 2017

Misi Tawan Gunung Kinabalu Kali Kedua

January 18, 2017 0 Comments

Alhamdulilah, sha masih diberi peluang untuk menikmati Pendakian Gunung Kinabalu untuk kali kedua..yeahhh..Sha dan Team sangat-sangat teruja hahaha..Untuk pendakian kali pertama, korang boleh baca di link :-


15 December 2016, adalah tarikh kedua Team Mitaki @ Misi Tawan Kinabalu merancang lebih padat untuk kembali mendaki Gunung tertinggi di Asia ini,walaupun pada awalnya kami memilih 31 December seperti mana pendakian yang pertama, tapi sedihnya tarikh tersebut telah diambil pendaki lain..

 Image may contain: 18 people, outdoor

 Pagi yang indah, Terima Kasih Allah, walaupun hujan lebat pada jam 4 pagi, cuaca kembali cerah pada seawal 8 pagi, sekaligus memudahkan pendakian kami, berkat doa dari ahli team..hihi. Kami, seramai 20 team pendaki ; pakej 10 Sabahan dan 10 Malaysian (dalam gambar lebih 2 orang dari team Mitaki 1 :D)

Image may contain: one or more people 
Sebelum memulakan pendakian, kami diberi taklimat oleh Ketua Guide, En Pollelly, bersama 3 guide lain di Timpohon. Mereka yang akan menjaga dan mengiringi disepanjang pendakian kami.


 Tekun betul ahli Mitaki mendengar taklimat..hahaha

Pendakian bermula dengan Bismillahirahmanirahim

9.30 AM - Cuaca cerah, trek licin sebab pagi tadi hujan  dan semua pendaki memulakan pendakian ke Laban Rata sejauh 6 KM, untuk kilometer pertama memang akan excited naik, maklumlah gunung yang dirindui..hihi..rugi tau tak naik lagi...


Once again, Big thanks to Pakcik Anik (lelaki paling belakang) tolong angkatkan beg sha dari pendakian yang lalu dan kedua ni, pakcik kesian tengok sha angkut beg besar dari orangnya hahaha, so kalau rasa tak larat mahu angkat, korang boleh gunakan service porter 1kg RM13, kalau guide tolong angkat, dorang akan cas mahal, so plan awal..hihih




Di sepanjang pendakian memang akan jumpa tangga, batu dan tumbuhan hijau, so take your time to having berapa banyak picture yang korang nak, nanti turun dah malas mau gambar-gambar dah..




 
 

Terjumpa dengan pendaki korea, sha dah lupa namanya, tapi memandangkan time mendaki tu famous drama Legend of the blue sea, sha namakan dia Lee Min Ho, hahaha...

harap oppa baca blog sha ni, hahahaa, macam lah dia faham :P





3.30 PM - Cuaca sejuk melanda, kabus tebal, penat mendaki, kaki dah kebas, akhirnya sha sampai di Laban Rata, apa yang sha pertama fikir ialah, cafe dah buka? lapar oooow..hahaha..inilah laban rata yang cantik lagi megah, eh yang megah tu gunung belakang tu..hihi..




My team rupanya ada blogger selain sha, presenting SYUSAIDIL korang boleh follow dia di syusaidil.blogspot.my wajib follow tauu...sha pun tengah tunggu entry pendakian versi puja pula..hihi..Happy meals guys, rest well besok akan naik puncak. 

8.52 PM - Hujan lebat, tilam dan selimut  jadi sejuk, sha jadi sesak nafas, report dekat guide, (kesian dorang tengah rest terpaksa bangun tengok sha..huhu)..Terima kasih sufrie dan kawan-kawan tolong sha time emergency tu, lepas jirah offer guna inhaler, alhamdulilah, nafas sha dah ok, guide cakap kalau berterusan, sha tak boleh naik puncak besok..wahhh..nak nangis dengar, tapi sha nak juga naik..nak juga..lepas settle semua, sha tidur dengan tenang dan sejuk huhu.

16 Disember 2016 : Puncak, here I come

02.30 AM - Sha langsung tiada mood mau makan, sejuk dan rasa malas pun ada, tapi tetap nak naik, then sha dan kawan-kawan mendaki naik ke puncak, thanks once again to Sufrie temankan sha naik atas, memang tahap sejuk tak rasa sangat dari pendakian lalu, tapi tetap rasa nak give up tu ada..hahaha..itulah perlunya kuatan mental dan fizikal..

04.30 AM - Rekod lama sha kekalkan untuk sampai ke Sayat-Sayat, rindunya mau borak dengan guide dalam pondok tu, ewahh, tapi kan time sha nak guna toilet, sejuk gila air dari gunung..haha..tak dapat dibayangkan korang haha..then sha pun memulakan pendakian ke puncak..


Sha tak ingat jam berapa sampai di KM8 ni, tapi yang pastinya perut sha dah mula masuk angin, kepala dah pusing, asyik muntah-muntah dan give up teruk, AMS menguasai diri, sha dah rasa berjalan macam mayat hidup dah, semuanya weak, alhamdulilah atas dorongan Sufrie, akhirnya sha mau juga teruskan perjalanan, dan sedinya ini bukan puncak wawawa...haha


7.00 AM - Finally, Sharina was at the highest peak of Asia, yeahhh..allhamdulilah, macam di usung naik ja sha rasa, sikit pitam pun ada, rasa nak terbang pun ada time naik tu, haha..muka pucat sangat



 


Sejujurnya, untuk merasa nikmat kepuasan diatas puncak untuk kali pertama ni, sha memang tak puas, dengan keadaan sha turun ke Laban Rata sangat lemah, didukung oleh kawan dan guide, sangat sedih bila ingat balik, tambahan ada 'drama' berlaku time diatas puncak, huhhh, sha dah maafkan..sha pun bukan kawan yang baik, apapun sampai puncak sangat best..hihi


10.03 AM - Sha sampai di laban rata, oww...lamanya proses nak turun dari puncak hahaha..terbang RM100 sha untuk bayar guide yang dukung sha haha, sampai ja laban rata, sha makan, alhamdulilah lepas dah makan, tenaga dah charged, siap-siap nak turun Timpohon

04.26 PM - Sha sampai Timpohon, masih lapar seperti selalu, hahaha, penat sangat kaki sakit, tapi sijil berwarna dan kenangan adalah reward terindah sepanjang 2016, terima kasih kepada Team Mitaki, Guide Gunung kinabalu dan keluarga Fuza..



Good luck korang yang merancang naik Gunung Kinabalu, make sure korang prepare fizikal dan mental, mesti dalam keadaan sihat supaya tak banyak menyusahkan orang (pengalaman mengajar sha) hihi, jangan bawa benda yang tak perlu bila naik nanti..haha..

At least mesti sampai puncak, masukkan dalam wishlist korang, terutamanya orang Sabah..kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik, sha nak naik setiap tahun..hahah..(orang dah warning dah, jangan naik lagi..erghhh)

InsyaAllah, Gunung Kinabalu, akan didaki lagi..
Sentiasa dihati kami, Team Mitaki <3

January 12, 2016

Barang Keperluan untuk Mendaki Gunung Kinabalu

January 12, 2016 7 Comments

 
Ok, seperti yang dijanjikan sha nak bagitahu Barang Keperluan khas untuk mendaki Gunung Kinabalu, tidak boleh bawa barang lain sesuka hati..karang ada yang tinggalkan masa naik Laban Rata nanti...ingat senang nak bawa beg naik atas hahaha...Boleh baca pengalaman sha naik Laban rata dekat sini..menangis tak berlagu...
 
Untuk barang keperluan hendaklah disediakan paling lewat 1-2 minggu sebelum mendaki..
Barang Keperluan untuk Mendaki Gunung Kinabalu :-
 
Makanan dan minuman
1. 1 Botol kecil mineral (nanti boleh topup dekat every pondok)
2. Coklat size kecil, dalam 5-10 bungkus penting sebab akan lapar nanti
3. Apple untuk tambah tenaga
 
Ubatan
1. Minyak kapak untuk pening sakit sendi
2. Panadol untuk sakit kepala
3. Spray/Yokoyoko untuk kaki krem
 
Barangan Lain
1. Tongkat beli dekat daiso RM5.30 atau yang boleh laras..tongkat buatan sendiri tidak dibenarkan
2. Glove sebab nanti naik atas akan terasa sejuknya
3. Kasut hiking, kasut sukan pun boleh..boleh pakai adidas kampung tapi bila turun sangat sakit
4. Baju gantian tuk mendaki ke Puncak esoknya 1set, tak payah bawa tuala berat nanti beg
5. Head Lamp untuk mendaki ke Puncak sebab start pendakian jam 2.50 pagi
6. Penutup Mulut untuk ke Puncak esok, sebab udara sangat sejuk dan nipis..pakai kalau tak mau sesak nafas ya..
7. Tak perlu bawa tisu sebab nanti mandi guna air panas juga..ala sha mandi juga walaupun sejuk ok apa hihi..bawa berus gigi yaa
8. Beg ringan untuk masukkan barang..jangan pakai beg yang sedia berat..
9. Sweater paling penting..sejuk d atas puncak macammmm 5x sejuk dia bila ujan...sesak nafas gia
 
Apa lagi sha terlupa..?
 
Walaupun sha tak sampai puncak tapi sha dah buat yang terbaik untuk sampai sayat-sayat...In sha Allah next time bulan 3 sha pasti naik puncak..doakan..
 
Apapun naik kena kuatkan semangat..mesti sampai puncak gia..mesti kalau tidak akan menyesal tak kesudah hahaha..apapun semua nya berdasarkan pengalaman sha..so kena naik puncak tauu..
 
Good Luck untuk pendakian kamu ke Gunung Kinabalu

Baca kisah pendakian sha KE LABAN RATA dan KE PUNCAK

January 3, 2016

Semangat kena kuat untuk ke Puncak Kinabalu

January 03, 2016 6 Comments
01/01/2016 - Allahu, malam sebelum kepuncak, sha dah berputus asa..sebab ada guide cakap keadaan puncak sekarang makin curam..kena lagi sha orang yang gayat..memang tak akan pergi la..tapi semua team pendaki bagi semangat..try mana yang mampu..alhamdulilah sha try juga naik..
Malam tu sha memang tak dapat tidur sebab sha kena gastrik..kembung perut dan rasa nak muntah ja..so malam tu sha tidur dalam sejam gitu..kena tidur juga yang bikin herannya, semua tidur pakai selimut..lena ja..yang sha langsung tak pakai selimut..tak sejuk pun..emm..
Bangun jam 1.30 bersiap lepas tu turun makan..makan bubur ja memandangkan sha tak boleh makan nasi awal pagi..bubur boleh sebab favourite sha..hihih..
Bila nak start jalan tu, rasa macam hilang semangat, rasa nak balik bila kawan sha yang tadinya excited, tak jadi ikut mendaki..baru beberapa langkah sha dah rasa sesak nafas..rasa macam orang cekik sha ja..dahlah tangga tinggi..curam gila..
Nasib baik ada lelaki dari team kami..sanggup tunggu dan jaga sha..sha dah tak larat, dia naikkan semangat sha..dia cakap sha kuat stamina tapi semangat kurang..terima kasih pakcik pejal..kalau korang mendaki kena ada lelaki yang boleh tarik tangan kalau gayat la..kalau tak gayat pun kena ada juga sebab sangat curam dah batu besar

Tiada gambar sebab time tu sangat gelap dan sejuk
Start jalan 2.50 am sampai ke check point tu dalam jam 3.30 am, sha dah tak tahan,,kaki sha luka kena batu, tangan sejuk, muntah-muntah kena AMS sejenis penyakit sejuk bila naik gunung..memang sha tak mampu..dan malangnya sha tak sampai puncak..sedihnyaaa....
Bila tak sampai puncak, kami stay rest dekat gate,,dalam bilik tu pun sangat sejuk..tak boleh pulang selagi tiada matahari..takut nanti tak dapat turun..sejuk sangat




Guide yang temankan sha turun ke Laban Rata..terima kasih Zen sebab tolong sha turun dan tolong ambil gambar hahah..Dia dah jadi bestfriend sha..haha..muda lagi dia ni lahir tahun 1994 tapi naik gunung macam tiada apa-apa ja..dah biasa dahh..Insya Allah kalau sha naik lagi nak dia jadi guide sha..hensem kan dia?? hihi..

Selepas selfie bagai..turunlahh..ingatkan curam sangat rupanya tak pun..sikit ja..jangan risau ada tali..tapi mesti kena pegang tangan juga (ada gloove) sebab curam sikit..sha tak berani..

Disebabkan sha tak sampai puncak, terpaksa balik ke Laban Rata awal untuk bergerak pulang ke Timpohon..gerak Jam 9 am dan sampai ke Timpohon Gate Jam 1.30 pm improve 2 jam setengah ja dari start naik ke Laban Rata haha..

Untuk pengetahuan korang, turun lebih senang dari naik..tapi kena control kaki..so kasut kena ngam..sebab batu sangat banyak dan licin..mahu patah juga kaki..hahah

Finally kami selamat naik dan turun..seramai 5 orang tidak dapat tawan puncak termasuk sha..tapi sha happy dapat buat semampu hingga 3668.10 meter, dah ok kan..hihi





Bagi pendaki yang tak sampai puncak akan dapat sijil hitam putih dan duit RM 8.00..terima kasih banyak-banyak buat team mendaki gunung kinabalu 31/12/2015 - 01/01/2016 atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan..

January 2, 2016

New Year's Eve at Mount Kinabalu

January 02, 2016 4 Comments
31/12/2015 - Alhamdulilah, selamat naik dan turun Gunung Kinablau seperti yang diharapkan..Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan pendakian kami..setelah merancang naik gunung bulan Februari lepas untuk naik bulan Disember..perasaan teruja namun gayat pun ada haha..


Name card penting, jangan hilangkan..sebab nanti naik puncak dekat check point kena ada Name Card ni..bertuah sangat no. 12 ni..dah lah bulan kelahiran sha..name card pun 12..room pun no 12..hihih..





Team mendaki gunung kinabalu seramai 18 orang
7 perempuan 11 lelaki


Nanti sha share persiapan dan barang untuk naik gunung
Pada hari yang sama..kami bergerak jam 9.00 am ke Laban Rata, 6km dari Timpohon gate, barang dah pack siap-siap..ringan ja rasa..bila bawa beg naik..Ya Allah berat sangat..sebabnya badan kita ke bawah..so beg akan jadi berat..better bawa pakaian yang perlu ja..nasib baik ada pakcik dari team kami tolong bawakan beg..maybe sebab dia kesian tengok sha keberatan..terima kasih pakcik anik..
Kalau tak mampu nak naik bawa beg, boleh minta guide bawakan..bayar RM50.00 ikut berat kot..so kurangkan beban beg korang..hihi




Setiap 500 meter akan ada pondok untuk berehat..kalau nak naik gunung air tak payah bawah banyak sebab air gunung ada disetiap pondok..boleh minum, sangat bersih dan sejuk..macam sha perasan ada satu pondok tiada paip air..lupa dah pondok mana..


Mendaki memerlukan tenaga, so kerap makan coklat untuk hilangkan lapar..jangan sampai gastrik pula..karang muntah bila sampai laban rata..


Perjalanan naik gunung start Jam 9 pagi sampai laban rata jam 3.30 petang..sha orang ke 4 dari 7 perempuan yang sampai awal..hahaha..lepas check in semua..rest sekejap..penat tak habis lagi tu..lepas tu makan..




Tak perlu bawah makanan sebab bayaran termasuk 5 kali makan, so taklah kebulur..makan sampai kenyang ok..






Inilah permandangan dari Laban Rata, Alhamdulilah..rasa macam bermimpi ja dapat sampai ke tahap tinggi macam ni..bagi orang gayat macam sha..atas awan tauu..sangat sejuk..




 Dari timpohon sampai ke Laban Rata mesti sampai sebelum Jam 7 malam..sebab makanan disediakan dalam Jam 4.30 - 7.00 ja..untuk beli makanan atau minuman dari kedai Laban Rata sediakan duit banyak..sebab Air mineral botol kecil harga RM7.00..mati !! hahaha



Boleh mandi air panas sementara matahari masih ada..sebab guna solar jadi kena mandi cepat kalau tidak mahu bergegar..teramatlah sejuk bila pegang air..untuk yang solat jangan risau ada arah kiblat..tak payah bawah telekung..guna baju masa naik mendaki pun boleh solat..cuma bersih kan baju dulu..boleh jamak kan waktu zohor dan asar..


Time to sleep..untuk bekalan tenaga besok 2.50 am mendaki ke puncak esok..
Sha dapat naik puncak atau tidak nanti sha update ya..

Sambungan...


Siapa naik Gunung Kinabalu nanti sha bagi tips pendakian..hahaha..first time mendaki dah boleh bagi tips..sharing bah kan hahaha...