Showing posts with label Hadiah Birthday. Show all posts
Showing posts with label Hadiah Birthday. Show all posts

December 21, 2024

My Simple Birthday

December 21, 2024 6 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum
 
My Simple Birthday | 2 tahun berturut asal ja bulan 12, husband akan bawa family pergi kundasang dan kota kinabalu untuk jalan-jalan tahun ini kebetulan dapat PPR jadi kami ada sikit kekangan kewangan setelah bayar deposit rumah ppr, bayar sambung karan, beli cat dan pada bulan yang sama juga kami new roadtax dan service bezza 50km, pergh masih bertahan di bulan tua hihi..alhamdulilah tahun ni husband sambut dengan beli kek sahaja, itu pun dah memadai, dapat kesihatan yang baik dan rumah untuk berlindung adalah hadiah yang terindah tahun ini.


rumah dah 80% siap cat cuma tak kemas lagi, tandas dah bersih dapur pun dah cuci, walaupun air belum naik lagi, husband gagah ambil air dekat tingkat bawah..tambah sado encik husband hikhik..

36 tahun, lagi 4 tahun untuk melangkah ke 40an, cepatnya masa berlalu kan..tahun ini insyaAllah akan berakhir dengan episode yang cukup sempurna, Allah permudahkan semuanya..Terima Kasih Allah untuk 36tahun ini, pada 13 disember :)  terima kasih husband




July 6, 2021

Kek Birthday Eshal 1 Tahun

July 06, 2021 1 Comments

Bismillah,
Assalamualaikum






Kek Hari Jadi Eshal 1 Tahun | walaupun post lambat tapi umie tetap nak buat entry, maklumlah sibuk memanjang dah sampai sebulan entry tak berupdate, actually masa ada tapi kita yang tak pandai atur, so birthday eshal setahun sha sambut biasa saja, ada kek, mee goreng dan ayam goreng, buat deko sikit, siap untuk jadikan kenangan untuk sambuatan hari jadi NUR ESHAL KHADIJAH 1 tahun 2021


kek macam biasa umie buat sendiri cuma deko pada kek belum pro lagi haha tulisan pun masih failed kan haha tak apa umie try haha, untuk sambutan hari jadi eshal pada 6 julai tempoh hari, umie buat 2 kek, sebab dalam rumah ramai orang, edan pula jenis suka makan kek, so sha siap-siap buat 2 kek, satu perisa vanila cheese cake satu lagi perisa coklat cake, tak sampai besok dah habis haha belum sempat bagi jiran haha semua jenis cepat lapar ni, sha terutamanya haha

Tahun lalu sha pun buat kek edan sendiri Resepi korang boleh usha dekat sini BUAT SENDIRI KEK HARI JADI CONFIRM JADI PUNYA dan RESEPI KEK COKLAT GUNA BLENDER senang bahan pun mudah dapat, cara pun mudah faham sukatan cawan, korang wajib try kalau anak dan suami jenis suka makan kek hihi


umie doakan eshal jadi anak yang solehah, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dengar cakap umie baba, disayang semua orang dan doa yang baik2 untuk eshal sentiasa, amin

insyallah bulan 9 nanti kita sambut birthday abg edan pula ya..



April 29, 2015

Surprise Birthday Box DIY

April 29, 2015 4 Comments

28 April..Happy Birthday untuk My BFF Noramima Binti Gusnadi, dah send dah video box tapi box belum ambil lagi..lagi banyak surprise..nanti baca k sayangs..alhamdulilah buat dia terharu semalam..nasib baik terfikir nak buat video..kalau tak, tak ada nak surprise bagai, memandangkan buat box pun rushing

Plan dah lama nak buat, cuma masa ja tak ada..sha buat box ni 2jam ja tau...ni pun sangat simple..tapi sebelum buat tu dah plan nak design macam mana...siap2 print gambar semua..curi dekat wechat..surprise la konon nya kan..hahaha

Kebanyakkan Explode Box macam ni orang buat nak bagi hadiah anniversary..lagi romantik..boleh isi banyak gambar dalam tu..nanti sha tunjukkan yang kotak besar, anak bos buat untuk boy friend dia..

Yang ni pula Video Surprise Birthday Box DIY yang sha buat sendiri..
Camera Video oleh anak bos..thanks yan yan tolong saya :)
Enjoy...