January 18, 2024
January 6, 2023
Punca Bekalan Air Bersih Di Sandakan Masin
PUNCA BEKALAN AIR BERSIH DI SANDAKAN MASIN
August 12, 2022
Inisiatif Rumah Ronald McDonald untuk golongan B40 di Kota Kinabalu, Sabah
Bismillah,
Assalamualaikum
Pada 5 Ogos yang lalu, majlis
menandatangani perjanjian persefahaman bagi penubuhan Rumah Ronald McDonald
telah berlangsung di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Kota Kinabalu.
Inisiatif Rumah Ronald McDonald adalah kemudahan penginapan untuk golongan berpendapatan
rendah bagi memudahkan keluarga ulang alik ke Hospital apabila anak mereka
menerima rawatan di hospital berkenaan.
Walaupun Rumah Ronald McDonald ini masih dalam proses perancangan, namun Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) Dato’ Azmir Jaafar berkata, pelan sudah pun disiapkan dan hanya menunggu kelulusan dari kerajaan. Penginapan sementara ini bernilai kira-kira RM 3 juta dijangka siap pada Mac atau April tahun hadapan.
Kadar Bayaran Penginapan sebanyak RM5 satu malam
Ahli keluarga tentu risau dengan kos
penginapan dan buntu mencari penginapan yang dekat dengan hospital. Dengan
inisiatif ini, ahli keluarga hanya perlu membayar RM5 untuk satu malam malah
pihak hospital turut berganding bahu untuk menaja keluarga yang kurang
berkemampuan serta keluarga yang datang dari jauh untuk merawat anak mereka di
hospital berkenaan.
Majlis
menandatangani perjanjian persefahaman penubuhan Rumah Ronald McDonald di HWKKS
disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua
Menteri Sabah
RMHC bantu naik taraf kemudahan sedia ada
Selain dari penginapan sementara
ini, RMHC juga telah menghantar permohonan kepada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk pihak RMHC menaik taraf balai pelawat HWKKS dengan menambah
sebanyak 16 katil yang sebelum ini hanya memuatkan 26 katil berkonsepkan
asrama. Harapan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang dengan
menaik taraf kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada lebih ramai
keluarga yang memerlukan.
Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia
(RMHC)
menagihkan set happy meals kepada media
Penubuhan Rumah Ronald McDonald yang keempat di Sabah
Sesuai dengan lokasi penginapan, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah juga dilihat mempunyai ramai pesakit kanak-kanak dan wad kanak-kanak yang terbesar di Sabah.
Selain daripada Rumah Ronald McDonald yang bakal dibina di HWKKS, terdapat tiga Rumah Ronald McDonald beroperasi ketika ini iaitu di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM), Cheras; Hospital Tunku Azizah di Kuala Lumpur dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Kesimpulannya, usaha murni Persatuan
Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) dalam membantu menyediakan penginapan
bagi golongan B40 sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban kewangan keluarga
yang memerlukan tempat penginapan ketika anak mereka dirawat. Semoga persatuan dan
agensi lain turut sama membantu golongan yang memerlukan, dan saya berharap
semoga perancangan ini siap sepenuhnya seperti yang dirancangkan.
April 4, 2020
Bayaran Fasa 1 - Bantuan Prihatin Nasional Pada 6 April Ini
Baca : Terima Kasih PM
March 28, 2020
Terima Kasih PM
Baca : http://www.opzzpinky.my/2020/03/perintah-kawalan-pergerakan-dilanjutkan.html
- Penangguhan bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran mulai 1 April 2020 hingga 30 September 2020. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500 peminjam
- Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO, persatuan dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan dengan peruntukan sebanyak RM25 juta
- Bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari bawah MySalam, turut dipanjangkan kepada golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)
- Pengecualian pembayaran sewa bagi PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan
- Bantuan RM500 secara one-off kepada lebih 850,000 pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020
- Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020
- Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat-syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP
March 25, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020
September 14, 2019
Mendung Atau Jerebu?
Permandangan dari bilik, itu adalah airport sandakan..kelam ja cuaca kan..
Umie decide xmo keluar ari ni, lagipun baba kerja halfday..ingat mau pergi ninso cari barang..Tapi cuaca xbagus pula huhu
March 23, 2018
March 16, 2018
Pendaftaran ADAM50 - Bajet 2018
- Maybank
- Maybank Islamic
- CIMB
- CIMB Islamic
- RHB
- RHB Islamic
- Pos Malaysia
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- AmBank Islamic
- Kad pengenalan (MyKad) ibu/bapa/penjaga berdaftar
- MyKid bayi atau Sijil Kelahiran
- Sebarang dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain jika penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi
Berikut kriteria dan syarat kelayakan permohonan ADAM50:
- Lahir pada atau selepas 1 Januari 2018
- Warganegara Malaysia
- Ibu/bapa atau Penjaga berdaftar berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas
- Peserta serta Penjaga Berdaftar tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan
- Untuk makluman, 200 unit insentif tersebut tidak boleh dijual semula dan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.
October 19, 2017
Ribut Tropika Turut Jejas Sabah
AMARAN HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah : Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Kudat, Sandakan (Daerah Beluran) dan WP Labuan dari Selasa, 17 Oktober 2017 sehingga Khamis 19 Oktober 2017.
Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu sehingga Sabtu, 21 Oktober 2017. Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. Manakala di Labuan dan Pahlawan angin 40 - 50 kmsj dengan ombak 2.5 - 3.5 m.
Keadaan cuaca ini terjadi adalah disebabkan oleh pertembungan antara angin barat laut dengan angin barat daya dalam perjalanan ke zon tekanan rendah utama iaitu Ribut Tropika Lan di Timur Filipina. Jangkaan sekarang ribut tersebut akan menghala ke utara Filipina.
Azemi Daud
Pej Meteorologi Sabah
October 12, 2017
Sumbangan Bantu Suria Lekat Lekit
Saya seorang blogger yang banyak menulis review & pendedahan tentang produk produk kecantikkan untuk masyarakat. Akibat dari perkara tersebut saya telah di kenakan saman sivil kerana menulis satu pendedahan
Saman telah di failkan di negeri pantai timur sedangkan saya di Selangor Memang pada permulaannya saya memilih untuk membiarkan saja kes ni Kerana saya tiada kemampuan untuk membayar kos guaman Tapi atas nasihat peguam.. Jika saya tidak melawan atau membela diri Saya bakal berhutang sebanyak RM3juta kerana tuntutan saman tersebut & di mufliskan Sekarang kes saya masih dalam prosiding di Mahkamah Saya sedang membuat rayuan untuk memindahkan kes ke mahkamah shah alam Bagi menjimatkan kos.
Saya perlu Berjuang kerana bagi saya perjuangan ini bukan hanya untuk diri saya Malah untuk mereka yg lain juga Saya berharap akan ada ramai pihak akan tampil membantu Memberi sumbangan supaya saya boleh terus berjuang di mahkamah
September 9, 2017
Laudya Cynthia Bella Sah Menjadi Isteri Engku Emran
"Alhamdulillaaah Ya Allah atas izinMu kini anakku @laudyacynthiabella dan @iamkumbre sudah SAH sepasang suami istri, jaga mek terus Ya Allah, jadikan pernikahan yg terakhir, abadi samai jannah amiiiin Ya Allah ......,"
August 28, 2017
Bayi 10 Bulan Berjaya Ke Puncak Gunung Kinabalu
August 6, 2017
Penyakit Difteria
Tanda-tanda Difteria:
- Demam 37.5°c keatas
- Kesukaran bernafas atau pernafasan menjadi cepat.
- Sakit tekak
- Sukar menelan makanan
- Batuk – Kuat seperti 'Anjing Menyalak' & suara serak.
- Air liur meleleh
- Kulit pucat dan kebiruan
- Hidung berdarah
- Selsema – Bersin serta berair hingus.
- Sesak nafas
- Ruam kulit
- Lapisan membran berwarna aneh di dalam mulut serta lelangit mulut
Petikan sumber : Whatsapps