Showing posts with label KPOP. Show all posts
Showing posts with label KPOP. Show all posts

January 11, 2015

Video Peminat KPOP Dicium dan dipeluk diatas pentas !!

January 11, 2015 5 Comments


Kuala Lumpur : "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.

Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.

Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.

"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.

Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.



Astagfirullah...terkejut dengan video tadi, kerana terlalu taksub dengan korea sampai hilang akal peluk bagai...perempuan tu yang pertama peluk pinggang lelaki tu, aduhai..sha tengok pun malu la...sha pun gila korea juga..memang tak pernah jumpa korean artis tapi taklah sampai nak buat macam tu..ish..ish..ishh

Sampaikan MC berbangsa Cina pun halang dia buat macam tu, dia pukul MC tu..apa nak jadi entah perempuan2 tu..