Showing posts with label PERMOHONAN. Show all posts
Showing posts with label PERMOHONAN. Show all posts

November 21, 2024

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?

November 21, 2024 2 Comments
Bismillah, 
Assalamualaikum

Permohonan Rumah PPR DiLuluskan, Apa Perlu di Buat?


Alhamdulilah setelah 3 tahun memohon akhirnya tahun ini, dekat-dekat nak hujung tahun 2024, permohonan kami di luluskan, sha ingat lagi time kami memohon pada july 2021, sha jangan cakap memang naik turun bawa eshal pergi MPS, pergi JPN sebab nak cop pengesahan IC, lepas tu pergi print dan buat surat sumpah, pergi lagi minta sokongan YB, bak kata orang usaha tidak mengkhianati hasil, di saat kami mula berputus asa dengan permohonan rumah ppr yang sunyi tiada khabar, 


Kami mula mencari iktihar sendiri dengan membeli rumah (story pindah rumah korang boleh baca dekat sini) kami tak jadi beli pun rumah tu atas sebab masalah dari pihak tuan rumah (faraid) so kami pun menyewa di rumah itu tanpa hala tuju, dengan rumah yang high maintenance, banyak rosak tapi rugi bagi kami untuk repair balik, dekat 2 tahun tinggal situ kami pilih untuk teruskan menyewa di tempat lain, untuk tempoh 3 tahun menunggu rumah ppr tu kami dah pindah 2 buah rumah..haha bila diingat balik penat bah pindah ni, dengan angkat barang mana lagi manage barang, kena lagi almari baju baru beli terkupas sana sini, peti sejuk kemek, sedih tapi apa boleh buat kami dah cuba yang terbaik dan inilah jawapan setelah pindah rumah 2x plus tak jadi beli rumah, ada hikmahnya kan.






Syukur Allah lebih mengetahui kemampuan kewangan kami mungkin kami hanya bertahan menyewa untuk short term tapi tidak long term sebab sewa rumah di sandakan ni makin mahal dengan ekonomi yang mendadak naik.

Taklimat berkenaan ppr dan deposit pembayaran 

Pada jumaat yang lepas, petang tu sha tengah mengkopi di meja, tiba-tiba ada 1 panggilan masuk, nombor peribadi, dia bagitahu yang dia dari MPS dan dia kata permohonan rumah ppr sg manila yang sha mohon sebelum ini lulus dan diminta untuk hadir ke dewan ppr muhibah untuk taklimat tentang ppr ni, sha sebenarnya gembira campur tidak percaya, sebab manalah tau kan scammer hahha..scammer ppr ni banyak, ramai dah kena, lagipun kenapa diorang tak email ja kan, atau wasap ja surat tawaran tu, rupanya diorang col satu persatu pemohon yang layak 120 orang dan hanya 80 orang sahaja yang respond yang lain tidak dapat dihubungi..dalam 120 orang tu sha antara yang lulus dan layak memiliki sebuah rumah ppr di ppr sg manila, alhamdulilah


dalam taklimat tu panjang dia ceritakan apa yang perlu dibuat dan apa yang dilarang, sha memang sedia maklum sebab sebelum ni sha tinggal dengan kaka sha di ppr telipok ria, ppr ni memang kecil ja kalau keluarga macam sha ni ada 2 anak kira oklah, keluasan dalam 750sf, 3bilik 2 tandas, 1 ruang tamu dan 1 dapur, basic untuk sebuah rumah.

Baca : Pembayaran Deposit Rumah PPR Sg Manila Sandakan


so lepas dapat surat tawaran kami dibagi tempoh sebulan dari tarikh kami ke taklimat tu, selesaikan deposit, untuk ppr sg manila 812 termasuk deposit sewa 2 bulan, 1 bulan sewa, deposit air, yuran penyelenggaraan dan kos perjanjian menyewa lain lagi sambungan karan dibuat sendiri oleh pemohon.

sha belum buat lagi sebab tengah tunggu gaji hihi, tapi kami dimaklumkan untuk pergi MPS buat bayaran deposit dan terus ke jabatan pembangunan komuniti tingkat 1 untuk ambil borang penyambungan karan dan pergi ke kaunter amal maju untuk bayar 1 bulan sewa dan terus ambil kunci

Permohonan PPR kawasan sandakan

sebelum ini sha ada share tentang pemohonan atas talian bagi ppr batu putih tapi ppr tu dah tutup dorang pun dah banyak yang pindah masuk, tapi kalau untuk permohonan ppr lain korang boleh apply manual, insyallah ada masa sha buatkan entry untuk memohon manual, apa dokumen yang diperlukan.




April 7, 2020

Permohonan Rumah PPR Kg. Batu Putih Sandakan Sabah

April 07, 2020 4 Comments

Permohonan Rumah PPR Kg. Batu Putih Sandakan Sabah | Assalamualaikum program perumahan rakyat atau singkatannya PPR adalah satu skim perumahan khas untuk golongan berpendapatan rendah B40. Seperti yang telah diwar-warkan di media sosial, pada awal tahun 2020,  PPR Kg. Batu Putih Sandakan telah siap sepenuhnya dan dibuka untuk permohonan secara online sahaja.

Sha pun sekarang tengah apply, tapi ada beberapa dokumen yang belum lengkap, disebabkan oleh tempoh PKP yang tidak membenarkan sha dan husband keluar untuk menguruskannya, tapi jangan risau permohonan dibuka sehingga hujung tahun ini, tapi cepat settle dokumen senang sikit hati kan..

Untuk pengetahuan korang, PPR sekarang tidak lagi dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Sandakan MPS, so tidak perlu pergi bangunan MPS untuk memohon, korang boleh mohon online sahaja ya, adapun kaunter yang dibuka oleh SPRN hanya untuk menerangkan details dokumen sahaja.


Syarat Kelayakan Program Perumahan Rakyat 

Antara syarat-syarat kelayakan Program Perumahan Rakyat yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur 18 tahun ke atas.
3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.
4. Pemohon belum memiliki rumah.
5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Ciri-Ciri Rumah Program Perumahan Rakyat 
  • Kawasan bandar-bandar besar : Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.
  • Kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
  • Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
  • Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
  • Kemudahan Asas:
  • Dewan Komuniti/ Ruang Orang Ramai, Surau/ Ruang Solat, Gerai Makan/Ruang Niaga, Tadika, Kemudahan OKU, Taman Permainan/Kawasan Lapang dan Rumah Sampah.

Berikut adalah senarai Permohonan Rumah PPR bahagian Sabah >> Link Permohonan

1. PPR BATU PUTIH SADAKAN 
2. PPR ULU PERASAN KOTA BELUD 
3. PPR SAPAGAYA LAHAD DATU 

Sebarang maklumat lanjut tentang Program Perumahan Rakyat, sila hubungi di ;

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
Aras 33, No.51, Persiaran Perdana
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya, MALAYSIA
(Bahagian Pengurusan Perumahan)

Terbaik kerajaan dapat membantu meringgankan bebanan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah atas nama sendiri walaupun hanya sewa hihi, tapi at least boleh lah renovate rumah tu sesuka hati, lagipun rumah PPR sewanya jauh lebih murah dari rumah sewa yang lain. Insyaallah semoga dipermudahkan.

November 9, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN KOLEJ VOKASIONAL 2013

November 09, 2012 6 Comments
 Daftar Says dan Tips dapat RM5 dengan mudah ♥

Sementara menunggu keputusan PMR diumumkan...ada tak pelajar lepasan PMR yang berminat untuk masuk ke SM Teknik..kalau ada..jom mohon sekarang..hanya perlu menyemak keputusan percubaan PMR dan isi borang on9 sebelum itu kita tengok info yang sha copy dari sumber :D

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama 
  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional
Pendidikan Teknikal
Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.
Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Elektrik
  • Perdagangan
  • Sains Pertanian
Pendidikan Vokasional
Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu:
  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  • Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Hospitaliti
  • Perniagaan
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Pertanian
Latihan Kemahiran
Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.
Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.
Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu:
  • Pemesin Am
  • Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  • Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  • Juruteknik Automotif
  • Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  • Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  • Furniture Maker
  • Jurubina Bangunan
  • Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  • Jurupaip
  • Juruteknik Elektrik
  • Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  • Demi Chef
  • Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  • Pendandan Rambut
  • Jurukecantikan
  • Juruteknik Akuakultur
  • Pekerja Ladang Pertanian
Pendidikan Asas Vokasional
Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus. Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan Menservis Motosikal Membuat Perabot Automotif Tanaman Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Penyediaan dan Penyajian Makanan Akuakultur Pendawaian Elektrik Hiasan Dalaman Visual dan Animasi
Syarat Umum Permohonan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
Pemohon hendaklah:
  • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
Kesihatan diri pemohon:
  • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
  • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.
Syarat Khusus
  • Pendidikan Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Pendidikan Vokasional
    - Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    - Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    - Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Senarai Kolej, Sekolah dan Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik  2013 tidak dinyatakan di laman web Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pelajaran tetapi biasanya pada pertengahan bulan Disember.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember nanti.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional yang berhampiran atau Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional di talian 03-8884 5154 / 5031 atau e-mel info@bptv.edu.my