Showing posts with label Rayaku. Show all posts
Showing posts with label Rayaku. Show all posts

July 14, 2018

Raya Berdua 2018

July 14, 2018 5 Comments

Raya Berdua 2018 | Assalamualaikum hi guys, habis dah raya, dan sha baru nak up entry hari raya haha..sha tersangat excited dapat beraya berdua bersama suami, InsyaAllah tahun depan raya bertiga dengan baby...

Tema raya tahun ini adalah peach, maklumlah raya pertama sebagai isteri, suami kena ikut tema hahaha..overall isteri yang kena plan everything sampailah sesi beli kain dan hantar tailor, memang harga baju raya lelaki lagi mahal dari perempuan kan? Huhh..tapi alhamdulilah my husband jenis yang masuk air ja..apa apa lah isteri dia buat yang penting isteri dia happy hahha.

Okey, raya pertama dirumah sha, rumah sha dengan kampung husband nda berapa jauh..dekat area sandakan juga..dibeluran drive pun hanya makan masa sejam sahaja..tiada gaduh gaduh macam dekat facebook tu hihi..so raya kedua boleh pergi kampung husband..tapi raya kedua rumah sha ada buat kenduri doa selamat..lagipun family husband tahun ni beraya dekat taman mawar, sandakan..so memang dekat sangat hihi.

Macam raya tahun sebelum ni, kerja hakiki sha tetap iron baju raya adik adik tambah 1 pasang baju raya suami haha..dan ingatkan sha tengah pregnant boleh skip kerja mencuci piring yang tegar rupanya huuuu...tapi it's ok haha..

Apapun sha terasa raya berdua bersama suami tahun ni best sangat haha..siap salam beremosi lepas solat raya tu hahaha..semoga ramadhan dan syawal tahun ni bermakna buat kita semua..

August 5, 2014

Cerita Raya Opzzpinky 2014

August 05, 2014 11 Comments
Sha tak sangka begitu cepat gemuk sejak habisnya Ramadhan..Ya Allah..kuat betul makan raya pertama tu, even pun 1st raya Family adakan kenduri doa selamat, sempatlah melantak masakan mama yang paling sedap..hihi..Ayam Masak Merah Special + Sup Ayam Kundur yang pergh..hihi..

Seperti biasa, raya tahun ini suram dan sederhana..mungkin sebab kehilangan anggota tetap (arwah bapa) pada 2 tahun yang lalu..tapi yang improved sha dah tak menangis depan kubur ataupun tengah tengok takbir raya..mungkin sebab Allah bagi sha kekuatan :D tapi sedih tetap ada..miss u dad


Raya kedua sambut birthday my little niece Nurul Ain Syuhada #7 years old

My siblings, ini separuh ja..yang separuh lagi malu mau bergambar hihih


Raya ke 4-5 : Ready to beraya..mode raya is on :) even muka macam tak bermaya..

Tahun ni tak dapat duit raya..waaa...tu yang tak best tu..haha..kalau dulu asal balik KK ja (study) ada RM200 ++ jugalah dapat, mungkin time tu sha student, muda lagi kan..haha

oklah itu ja cerita sha, simple kan..kikikiki..
selamat hari raya..puasa tak full, jangan syok sangat raya tuu
jangan lupa puasa 6 ok ! :)